Tuesday 11 June 2013

TAHUKAH ANDA?....

Tahukah anda bahawa Lenggong Perak pernah menjadi kawasan hentaman meteorit pada suatu masa dahulu?

kajian geologi (graviti rantau) menunjukkan terdapat bukti hentaman meteorit ini dengan kewujudan kawah hentaman di sekitar kawasan kajian dan kewujudan batuan metamorphisme kejutan (suevit breccia) dan canggaan kejutan pada mineral kuarza (planar lamella features)  di kawasan kajian.

Penemuan ini menunjukkan bukti bahawa fenomena hentaman meteorit juga pernah berlaku di negara kita dan merupakan sejarah yang patut diketahui dan bukan sahaja sejarah ketamadunan manusia yang dikaji di Lenggong Perak, ini adalah kerana kerana sememangnya ramai antara kita yang tidak tahu mengenainya


walaubagaimanapun, kawah hentaman tidak lagi kelihatan kerana telah ditimbus sedimen

contoh kawah hentaman yang terhasil
"Dan demi sesungguhnya! Kami telah menghiasi langit yang dekat (pada penglihatan penduduk bumi) dengan bintang-bintang, dan Kami jadikan bintang-bintang itu punca rejaman terhadap Syaitan-syaitan; dan Kami sediakan bagi mereka azab neraka yang menjulang-julang".

(AL-MULK : 5)

 (Penulisan ini sekadar perkongsian untuk menambah ilmu pengetahuan dan memupuk minat terhadap ilmu geologi)


pembacaan lebih lanjut sila rujuk abstrak (Kajian Graviti Kawah Impak Bukit Bunuh di Lenggong, Perak, Malaysia)

No comments:

Post a Comment