Friday 8 May 2015

Alumni Geologi UKM
(bermulanya sejarah gerakan Sains Bumi di Malaysia)


Jabatan Geologi adalah satu daripada lima jabatan diwujudkan di Fakulti Sains ketika UKM mula ditubuhkan pada 1970. Sejarah gerakan Sains Bumi bermula di sini. Walaupun, Universiti Malaya (UM) mempunyai Jabatan Kajibumi ketika itu, ia sekadar kelangsungan penjejahan Barat untuk meneroka sumber mineral yang terdapat di negara kita. Profesor Tjia Hong Djin dari Institut Teknologi Bandung (ITB), Indonesia telah dijemput untuk menjadi Ketua Jabatan pertama untuk membangun kursus dan ahli akademiknya. Hari ini UKM telah melahirkan lebih 2000 orang graduan berijazah Geologi, ratusan pemegang ijazah PhD dan puluhan ahli akademik bergelar Profesor.

Saya merupakan pelajar kohot ke-3, meraih ijazah Sarjanamuda Sains Geologi dengan Kepujian pada tahun 1976. Seterusnya melanjutkan pelajaran untuk ijazah PhD di Strathclyde University, Glasgow. Sekembalinya pada tahun 1979 saya bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Geologi UKM. Anak Melayu pertama menjadi Ketua Jabatan Geologi menggantikan Pak Tjia pada tahun 1980 ialah Dr Ahmad Jantan. Pada tahun 1984, saya telah dilantik menjadi Ketua Jabatan Ke-4 selepas Prof Ismail Mohd Noor. Inilah permulaan kerjaya saya menjadi pemimpin bidang ilmu Sains Bumi di sebuah universiti kebangsaan yang menjadi harapan rakyat dan bangsa Melayu.

Pada akhir tahun 1990an, saya telah dijemput oleh Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Malaysia untuk memberikan seminar kepada Pengarah JMG negeri. Saya kagum apabila melihat semua Pengarah Negeri ketika itu adalah alumni geologi UKM. Sebelum memulakan ceramah, mereka menyatakan 'ini seperti dalam bilik kuliah ketika Prof menyampaikan kursus Geologi Kejuruteraan kepada kami di UKM dahulu'.

Malam tadi, pelajar Program Geologi telah menganjurkan Makan Malam Gala Alumni Geologi UKM di sebuah hotel di Putrajaya. Saya turut sama meraikan alumni geologi dan pelajar sedia ada dalam majlis yang sangat nostalgia itu. Bukan makanan menjadi tumpuan, tetapi pertemuan rakan lama, perkongsian memori dan perasaan kebersamaan yang tinggi. Saya terharu dan sangat gembira bertemu dengan Pak Tjia, mahaguru dan pelopor ilmu Sains Bumi di Malaysia. Walaupun telah berusia lebih 80 tahun, beliau kelihatan sihat, ceria dan bertenaga apabila memperkatakan soal geologi. Saya yakin ramai alumni yang hadir malam itu, melihat saya seperti saya melihat Pak Tjia!

Sebelum wujudnya UKM, bidang geologi dilihat sebagai ilmu sains tulen yang hanya merungkai sejarah evolusi Bumi. Di UM mereka berminat meneruskan legasi penjajah, meneroka sumber mineral ekonomi untuk di lombong sebagai bahan komoditi untuk diekspot. Di UKM, ilmu geologi telah diperluaskan untuk melihat isu pembangunan dan kesejahteraan sosial yang memerlukan input ilmu geologi ini.
Geologi Kejuruteraan diperkenalkan untuk membantu jurutera membangun prasarana secara lebih selamat dan optimum. Geologi Sekitaran diperkenalkan bagi membantu negara menangani masalah pencemaran dan bencana alam, termasuk tanah runtuh dan banjir besar. Untuk pembangunan industri petroleum pula, UKM telah memperkenalkan sub-bidang Geologi Petroleum. Mereka di belakang tabir dalam industri petroleum, kuari, pembangunan prasarana dan penjagaan alam sekitar.

Dato Yunus Abdul Razak, Ketua Pengarah JMG, juga alumni geologi UKM ketika menyampaikan ucapan perasmian menyatakan 'kini terbukti, UKM telah melahirkan graduan geologi yang berwibawa, berjawatan tinggi dan menjalankan industri perkhidmatan yang membanggakan. Soalnya, apakah yang kita semua dapat sumbangkan kepada UKM?' Ini persoalan kebersamaan menjaga masa depan dan imej cemerlang UKM sebagai sebuah universiti kebangsaan. Saya fikir masanya telah tiba, kita mewujudkan Persatuan Alumni Geologi UKM, dan bersama menyumbang kepada meningkatkan kecemerlangan program geologi di UKM.

Kita sedia maklum, seperti bidang ilmu sains tuleh lain, bidang Geologi kini berada di persimpangan. Sub-bidang penting yang menjadi asas kepada ilmu geologi seperti mineralogi, petrologi, paleontologi, geomorfologi, sedimentologi, geologi struktur semakin kurang digemari - kononnya tiada nilai ekonomi. Semua bidang ini sedang mengalami kepupusan, pakar yang ada hampir atau sudah bersara, pelapis baharu tidak berminat untuk meneruskan perjuangan gurunya. Pesatuan Alumni Geologi boleh memainkan peranan penting mengembalikan kegembilangan geologi lampau.

Ahli geologi tidak boleh lagi berada di belakang tadbir, mereka perlu memimpin di barisan hadapan pembangunan negara. Sebahagian besar daripada penyelesaian isu negara seperti bencana alam, perubahan iklim, sumber air bersih, sumber bumi, perancangan guna tanah, kesihatan alam sekitar dan pembangunan lestari memerlukan input dan kepakaran bidang geologi. Alumni Geologi UKM boleh memainkan peranan penting untuk mengarusperdanakan ilmu sains geologi untuk pembangunan negara.

Melihat ke belakang, alumni Geologi UKM merupakan pelakar sejarah perkembangan ilmu Sains Bumi di Malaysia. Sebahagian besar daripada pakarnya telah bersara atau hampir bersara. Jika negara ingin mengumpul sejarah lisan perkembangan sains bumi moden negara, inilah masa terbaik untuk melakukannya.


Nukilan Prof. Emeritus Dato' Dr. Ibrahim Komoo

Friday 24 April 2015

PERMATA DALAM BIDANG GEOLOGI


PROF. EMERITUS DATO' DR. IBRAHIM KOMOO


Ibrahim Komoo - Guru, Penyelidik, Pensyarah, Pemikir, Pendidik, Profesor, Perintis, Penasihat, Malim, Pakar, dan mentor yang luar biasa. Ibrahim Komoo ialah pemimpin akademik terkemuka Malaysia dan dunia. Beliau mencurahkan bakti selama lebih tiga puluh tahun dalam bidang Sains Kelestarian iaitu pemanfaatan ilmu sains untuk penghidupan seimbang masyarakat. Ibrahim berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian dalam bidang Geologi UKM (1976) dan lulusan PhD dalam bidang Geologi Kejuruteraan dari Universiti Stratchclyde, Scotland (1979).

Ibrahim pernah bertugas sebagai Profesor Geologi di UKM ; Ketua Jabatan Geologi UKM; Felo Utama, Pengarah Bersekutu dan Timbalan Pengarah Pengasas, serta Pengarah LESTARI. Pengurus Kanan di Pusat Penyelidikan dan Perkhidmatan Saintifik “PETRONAS”; Timbalan Presiden PKAUKM; Ahli Majlis dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM); Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi UKM; Naib Presiden Persatuan Geologi Kejuruteraan Antarabangsa (IAEG); Perintis Gagasan Geopark Langkawi; Penilai Geopark Global UNESCO; Presiden Persatuan Geologi Malaysia; Pengarah, Pengasas Institut Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI) ; Ketua Kluster Sumber Asli dan Alam Sekitar (Majlis Profesor Negara) dan Penasihat Menteri Pengajian Tinggi Malaysia. Kini beliau berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) sejak April 2012.

Ibrahim yang dipanggil “IBK” oleh para sahabat ialah seorang ahli motivasi, penginovasi, penulis, pakar tanah runtuh dan intelek yang sentiasa berkongsi ilmu dengan para pelajar, rakan akademik serta masyarakat melalui pelbagai cara dan menerusi berbagai media termasuk sebagai penulis jemputan terkenal di akhbar tempatan.

Ramai yang telah memberi anugerah dan pengikhtirafan kepada beliau kerana jasa dan kehebatan beliau, antaranya adalah Anugerah Cemerlang UKM; Anugerah Citra UKM; Anugerah Langkawi 2010; International Union of Geological Sciences (IUGS) Science Excellence Award 2012 dalam bidang Environmental Geology; Serta Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Sembilan (DSNS) yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2006. Pada tahun 2012, beliau telah dianugerahkan gelaran Professor Emeritus dalam bidang Sains Kelestarian.

Ke Tanjung Malim Beli Kelapa
Perisa Sihat Putera Bistari
Budi Ibrahim UKM Tak Lupa
Sentiasa Terpahat di Sanubari

Meningkat Umur Si Anak Watan
Diri terpegun Bila Bersua
Ibrahim Komoo Sentiasa Di Ingatan
Seribu Tahun Terkenang Jua  


Dipetik daripada petikan teks Pidato oleh Prof. Dr. Mazlin Mokhtar




Prof. Emeritus Dr. HD Tjia   (Dr. Tjia Hong Djin)



Atas sumbangan yang begitu cemerlang terhadap perkembangan ilmu geosains di rantau ini, pada 8 ogos 2004 Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganugerahkan Dr. Tjia Hong Djin gelaran Profesor Emeritus dalam bidang Sains Bumi. Sebelum itu, pada bulan Julai 2001 beliau telah dianugerahkan oleh UKM Ijazah Kehormatan Doktor Sains dalam bidang yang sama. Penghargaan yang begitu tinggi oleh UKM terhadap beliau turut dikongsi bersama seluruh komuniti geologi di rantau ini dan dipersada antarabangsa. Tidak hairanlah mengapa beliau telah sering dijadikan sumber inspirasi oleh pelajar, para penyelidik dan ahli akademik yang mengenalinya.

Tjia Hong Djin telah dilahirkan pada 19 Februari 1934 di Bandung Indonesia dan telah mendapat pendidikan awal dibeberapa buah institusi pendidikan di Bandung. Pada tahun 1966, beliau meraih ijazah kedoktoran daripada insitutsi terulung di rantau ini, Institusi Teknologi Bandung. Kerjaya beliau bermula di Malaysia sebagai pensyarah di Jabatan Geologi di Universiti Malaya pada tahun 1968 sebelum berpindah ke UKM pada tahun 1970. Sejak itu beliau tidak pernah meninggalkan perjuangannya memartabatkan ilmu berasaskan geosains di negara ini.

Bagi komuniti geosains Malaysia, nama Tjia Hong Djin atau nama penghormatan tidak rasminya pak Tjia begitu sinonim dengan nama Jabatan Geologi UKM yang tertubuh bersama penubuhan universiti tersebut pada tahun 1970. Ketika itu beliau merupakan tunggak utama dalam merangka kurikulum awal geologi yang menekankan pembangunan ilmu geologi dalam bahasa melayu di samping membangun prasarana pengajaran dan menentukan halatuju penyelidikan di jabatan tersebut. Berkat usaha gigih beliau, Program Geologi UKM kini boleh berbangga sebagai salah sebuah institusi pendidikan ilmu geosains terulung dirantau ini. Jasa bakti beliau mengharumkan nama UKM telah dibalas apabila beliau dilantik sebagai profesor pada tahun 1973. Beliau telah berkhidmat di UKM hinggalah ke tarikh persaraan wajib beliau iaitu 1990.

Umur persaraan bagaimanapun tidak membuatkan aktiviti akademik dan penyelidikan beliau terhenti. Selepas persaraan wajib beliau dari UKM pada tahun 1990, khidmat beliau telah ditagih pelbagai pihak yang perlukan kepakaran serta tenaga minda beliau. Ini dibuktikan oleh tawaran bertali arus yang diterima beliau daripada pelbagai institusi penyelidikan dan pendidikan. Selepas persaraan beliau dari UKM, beliau menyambung perkhidmatan sebagai Profesor Pelawat  di Universiti Sains Malaysia (1990-1993), kemudian sebagai Penasihat Teknikal Bahagian Huluan di Petronas Research & Scientific Services sdn. Bhd. Dan sebagai pakar Geologi Struktur di PETRONAS Carigali sdn. Bhd. (2002-2004)

Dalam bidang penerbitan, beliau merupakan antara penyumbang terulung karya tulisan dalam bidang geosains di rantau ini. Lebih 300 makalah beliau telah diterbitkan dalam pelbagai jurnal, prosiding dan ensiklopedia tempatan serta antarabangsa. Beliau telah menerbitkan 6 buah buku ilmiah pendidikan Geologi dalam Bahasa Melayu. Buku-buku beliau telah dijadikan sumber rujukan asas pelajar walaupun beliau telah lama bersara daripada tugas pengajaran wajib. Yang amat terserlah, penulisan beliau tidak sahaja terhad kepada bidang kepakaran beliau iaitu Geologi Struktur. Karya ilmiah beliau merangkumi hampir semua displin geologi, daripada paleontologi, stratigrafi, sedimentologi, volkanologi, geotektonik, geomorfologi, geologi struktur, geologi petroleum, geologi kuarterner hinggalah kajian bulan dan impak jatuhan bahan ekstraterestrial.

Usia bukan penghalang buat anak kelahiran Bandung ini untuk bergiat aktif dalam bidang pendidkan dan penyelidikan Sains Bumi. Pada usia lebih 7 dekad Dr. Tjia masih aktif mengajar secara sukarela, walaupun terpaksa mengorbankan waktu cuti rehat peribadi beliau yang amat berharga. Sebagai geosaintis veteran, beliau masih tetap berjuang mendokong aktiviti - aktiviti tahunan anjuran Persatuan Geologi Malaysia. Beliau tidak putus-putus menyumbangkan idea dan menulis makalah saintifik untuk dikongsi bersama komuniti geosaintis pelbagai generasi. Apa yang lebih menarik ialah keupayaan beliau untuk menyertai generasi geosaintis lebih muda dalam mengembangkan pelbagai disiplin baru geologi seperti geoarkeologi, geoperlancongan, geowarisan, geologi pemuliharaan dan sebagainya. Atas komitmen beliau terhadap pemuliharaan alam sekitar ini pihak Institusi Alam Sekitar  dan pembangunan (LESTARI) UKM telah melantik pak Tjia sebagai Felo Bersekutu Kanan (2000-2003) dan Felo Kehormat mulai 2004.

Ketinggian komitmen beliau terhadap bidang akademik mungkin sesuatu yang begitu sukar ditandingi. Oleh itu, ramai para geosaintis muda di rantau ini memilih Pak Tjia sebagai idola mereka. Sesiapa saja yang telah cuba mengenali beliau secara lebih dekat akan mendapati bahawa Dr. Tjia Hong Djin adalah seorang yang mesra dan mudah untuk dihampiri. Bagi beliau, selagi hayat dikandung badan, ilmu geosains yang beliau miliki harus dikongsi bersama.


 Dipetik daripada Penulisan Prof. Dr. Mohd Shafeea Leman


Artikel ini di edit oleh Muhd Adib Haris & Nusaibah Syahidah Abu Bakar

Wednesday 22 April 2015


PENGETAHUAN UMUM GEOLOGI : OFIOLIT


Ofiolit adalah himpunan batuan ultramafik, gabro, serpentinit, diabes dan rijang. 

Ofiolit merupakan kompleks batuan dengan berbagai jenis batuan ultramafik, dengan ketebalan dari beberapa ratus meter hingga beberapa kilometer berlapis dengan batuan gabro dan batuan dolerite, dan pada bahagian atasnya mempunyai pillow lava dan breksia, berasosiasi dengan batuan sediment pelagik (Ringwood, 1975). Menurut Hutchison (1983), ofiolit merupakan kumpulan khusus batuan mafik-ultramafik dengan batuan igneus kaya dengan sodium plagioklas dan berasosiasi dengan batuan sedimen laut dalam.

Menurut Hutchison (1983), susunan ideal ofiolit terdiri dari rangkaian beberapa jenis batuan. Berikut jujukan umum ofiolit :



a. Kompeks ultramafik, terdiri daripada harsburgit, lerzolit dan dunit, biasanya dengan batuan metamorf akibat tektonik (umumnya serpetinit).

b. Kompleks gabro, biasanya membentuk lapisan, peridotit dan piroksenit.

c. Kompleks volkanik mafik, terdiri dari pillow lava (lava bantal).

d. Pada bahagian atas assemblage (kumpulan batuan) tersebut, berasosiasi dengan batuan sedimen pelagik seperti fasies laut dalam rijang dan batu kapur mikrit.



Monday 13 April 2015


KAJIAN GEOLOGI


GUNUNG BERAPI VESUVIUS, ITALI

Bandar Pompeii bukanlah suatu nama yang asing jika disebut mengenai Gunung Vesuvius. Dengan jarak antara kedua-duanya dalam anggaran 8km, Bandar Pompeii menyimpan rekod musim panas tahun 79 M di bawah lapisan tebal debris dan debu volkano. Gunung Vesuvius terletak di pantai barat Itali di atas krater gunung berapi Somma kuno dengan elevasi 1281 meter. Vesuvius merupakan sebahagian daripada lingkungan gunung berapi Campanian, yang terletak di dalam jalur gunung berapi yang terbentuk di atas Zon subduksi; pertembungan antara Plat Afrika dan Plat Eurasia. Gunung Vesuvius yang mengambil nama sempena dengan konnya yang mula membesar di dalam kaldera Gunung Berapi Somma yang meletus buat kali terakhirnya sekitar 17000 tahun lalu. Kebanyakkan batuan yang diletuskan terdiri daripada batuan kelas pertengahan seperti andesit, oleh kerana kandungan silika di dalam lava dianggarkan sebanyak 53% - 63%. Letusan lava andesit ini adalah bahaya dan tidak dapat diramalkan. Aliran piroklas dan debu volkano mampu meranapkan keseluruhan  Bandar-bandar purba yang berdekatan dengannya. Gunung Vesuvius mengalami lapan letusan besar sejak 17000 tahun yang lalu. Bukan sekadar menyimpan sejarah geologi di sebalik struktur-struktur pembinaan yang masih utuh, malahan sejumlah besar rakyat Pompeii turut disemadikan di dalam acuan plaster sendiri mengikut gaya kematian masing-masing. Sehingga kini, jutaan manusia yang mendiami kaki-kaki Gunung Vesuvius berdepan dengan risiko berlakunya letusan berapi yang kali terakhirnya meletus pada 1944.

Siti Hajar Ishak


kemusnahan akibat letusan Gunung Berapi Vesuvius Itali



Letusan Gunung Berapi Toba

Danau Toba merupakan sebuah tasik kaldera sedalam 505 meter yang terletak di Sumatra, Indonesia. Kaldera gergasi ini berukuran 100km panjang dengan kelebaran 30km. Tasik yang menjadi tarikan pelancong saban tahun ke Indonesia ini dibentuk hasil beberapa episod letusan gunung berapi. Letusan terbesar  di Toba dianggarkan berskala 8 pada skala VEI (Volcanic Explositiviti Index) dan berlaku kira-kira 73 000 tahun yang lalu. Letusan berusia Kuartener ini memuntahkan 2800km³ magma, iaitu 560 kali ganda lebih banyak bahan volkanik berbanding letusan Pinatubo pada tahun 1991 dengan kira-kira 800km³ gas dan debu volkanik dilepaskan secara terus ke atmosfera bumi. Kesan-kesan letusan gunung berapi Toba telah menyebabkan perubahan suhu global, kesan-kesannya terhadap alam sekitar dan genetik manusia masih dikaji sehingga hari ini.

Suraya Hilmi HaZim


Kaldera Toba



Tektonik Keping : Satu Teori Penyatuan

Teori tektonik keping  merupakan satu teori saintifik yang menggambarkan pergerakkan pada kerak bumi yang terdiri daripada kerak benua dan kerak lautan. Teori ini boleh menjelaskan pelbagai fenomena yang terjadi di kerak bumi. Asas daripada teori tektonik keping adalah teori hanyutan benua dan pemuaian dasar lautan. Ada banyak idea-idea awal tentang hanyutan benua tetapi yang diterima sehingga kini adalah hipotesis daripada Alfred Wegener, seorang ahli meteorit yang menyatakan bahawa semua daratan di bumi asalnya adalah satu benua besar yang disebut Pangea dan kemudian bergerak saling berpisah sehingga membentuk benua-benua dengan kedudukan sekarang. Alfred Wegener memberikan bukti-bukti untuk menyokong hipotesisnya iaitu bukti benua yang sesuai jika digabungkan, keserupaan jujukan batuan, bukti glasier, bukti fosil dan bukti longgokan bijih. Pemuaian dasar lautan juga merupakan salah satu teori asas pengembangan teori tektonik keping. Pemuaian dasar lautan menyebabkan pergerakkan kerak lautan dan kerak benua serta membentuk kerak baru dan memusnahkan kerak yang lama. Pergerakan kerak bumi ini terjadi kerana adanya perolakan haba daripada mantel bumi. Pemuaian dasar lautan juga menyebabkan terbentuknya permatang tengah laut. Paleomagnetik dapat dilihat selari dengan permatang tengah lautan. Pemuaian lantai lautan akan menghasilkan sempadan-sempadan kepingan. Ada 3 jenis sempadan kepingan iaitu sempadan mencapah, sempadan menumpu dan sempadan transformasi. 
Adi Suryadi




Hydromulching Sebagai Kaedah Mengawal Erosi Pada Cerun

Kejadian tanah runtuh boleh mengakibatkan kehilangan nyawa dan kerugian harta benda. Langkah yang sistematik perlu dijalankan untuk menjamin kestabilan cerun. Terdapat pelbagai kaedah penstabilan yang telah dipraktikan bergantung kepada kesesuaian dan tahap kecuraman di kawasan cerun. Antara kaedah yang sering dijalankan adalah hydromulching atau biasanya dikenali sebagai hydroseeding yang merupakan kaedah penstabilan cerun dan hakisan tanah dengan teknik semburan bahan pengikat dan benih. Hydromulching ini telah wujud sejak tahun 1950 dan mula diperkenalkan pada tahun 1960 di United Kingdom. Kaedah Hydromulching ini adalah kaedah menutupi hamparan atau permukaan cerun dan tanah dengan tumbuhan. Ianya merupakan kaedah penanaman rumput yang pantas, efisyen dan lebih ekonomi berbanding dengan kaedah sodding iaitu kaedah penanaman rumput secara berkepingan. Hydromulching ini menggunakan campuran beberapa bahan seperti air, serat kayu atau kertas, benih rumput dan baja. Kaedah ini berkeupayaan mengawal hakisan tanah dan mengekalkan kelembapan tanah untuk menggalakkan persekitaran tumbuhan hijau. Walaupun kaedah ini merupakan kaedah penstabilan cerun dan hakisan tanah yang baik, tetapi ianya masih dalam kajian dan pertimbangan dalam penggunaannya secara meluas di Malaysia.

Muhammad Farhad Bin Ramli


Hydromulching on slopes


Penilaian Bahaya Jatuhan Batuan

Jatuhan batuan adalah salah satu geobencana yang sering berlaku pada kawasan perbukitan, pergunungan dan bukaan bawah tanah. Ia adalah proses di mana serpihan batuan terpisah secara gelongsor, rebah atau jatuhan dari tebing yang tegak atau separa tegak. Umumnya jatuhan batuan berlaku pada kawasan cerun yang curam dan juga bukaan bawah tanah seperti gua dan terowong. Jatuhan batuan boleh merosakkan pembangunan dan infrastruktur serta mampu mengancam nyawa manusia. Antara faktor yang membawa kepada bencana jatuhan batuan adalah set ketaselanjaran, kadar hakisan dan jenis batuan. Faktor sebegini adalah semulajadi dan dipengaruhi oleh cuaca, tumbuhan dan haiwan. Faktor lain yang sering dilakukan manusia pula adalah potongan cerun yang tidak stabil, kelebaran jalan raya yang sempit dan tidak membina perangkap jatuhan batuan. Namun masih ada penilaian bagi tahap bahaya jatuhan batuan. Terdapat beberapa parameter ditekankan dalam penilaian jatuhan batuan seperti kadar gred luluhawa batuan, ketinggian cerun, jenis permukaan batuan dan sebagainya. Kejadian geobencana ini boleh diatasi dengan mengurangkan bahaya jatuhan batuan seperti mengenal pasti gred luluhawa batuan dan set ketakselanjaran, memasang pagar perangkap jatuhan batuan dan merendahkan ketinggian cerun.


Abdul Qayyum Bin Jalal

Tuesday 7 April 2015

INTERNATIONAL GEOMAPPING COMPETITION 2015

Univ. Gadjah Mada, Yogyakarta Indonesia
23 Mac  - 31 Mac 2015

Team Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

MENGENAI PERTANDINGAN

'International Geomapping Competition 2015' merupakan pertandingan tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Gadjah Mada Jogjakarta Indonesia. Acara tahun ini merupakan acara kali kelima diadakan yang disertai oleh 15 Universiti terkemuka asia iaitu 3 daripada Malaysia, 1 daripada Thailand dan 11 daripada Indonesia termasuk Papua. Secara umumnya pertandingan ini merupakan pertandingan Pemetaan Geologi yang terbesar yang diadakan di Asia tenggara. Para peserta berentap untuk menghasilkan pemetaan geologi yang terbaik, melalui pembentangan dan poster. Pelajar Geologi menghasilkan pelbagai analisis dan interpretasi untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam menjelaskan keadaan geologi kawasan kajian.


PERINCIAN PERJALANAN PROGRAM

Pertandingan ini diadakan selama satu minggu iaitu 3 hari diperuntukkan untuk kerjalapangan pemetaan, 1 hari membuat laporan dan penyediaan pembentangan dan hari terakhir untuk membentangkan segala hasil kajian. setiap kumpulan diberi kawasan kajian masing masing yang berkeluasan 2km x 2km iaitu 4km persegi untuk dipetakan selama 3 hari. Hari terakhir program, merupakan majlis penutup gilang gemilang yang dipersembahkan dengan kepelbagaian budaya di Indonesia.


KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian adalah di Banjaran Selatan Kepulauan Jawa. Secara umumnya, kawasan kajian berbentuk muka bumi, perbukitan yang sederhana curam sehingga ke dataran sawah padi. Sungai yang terdapat secara geomofometrinya adalah sungai order pertama dan kedua yang dipengaruhi oleh keadaan morfologi. Geomorfologi yang terdapat antaranya karst, permatang dan air terjun yang terhasil akibat pengaruh sesar. Berdasarkan perihal geologinya, 80% batuan yang yang tersingkap merupakan batuan volkanik yang diendapkan secara proses sedimen. Sebagai contoh batu laplili, agglomerat, konglomerat bertuf, batu pasir bertuf dan batu lodak bertuf. dibeberapa kawasan juga tersingkap batu kapur/ karbonat klastik yang menindih formasi dibawahnya secara selaras. kesemua formasi yang tersingkap berusia daripada Miosen Awal -Miosen Akhir.



PEMBENTANGAN KAJIAN

 PEMBENTANGAN POSTER


HUBUNGAN AKADEMIK & SOSIAL


HARAPAN

Diharap penyertaan kami kali ini memberi inspirasi kepada junior-junior geologi untuk turut sama merebut peluang untuk pengalaman berharga ini pada pertandingan akan datang. Ilmu yang diperoleh daripada pertandingan ini akan kami gunakan dan menyumbang pula kepada pembangunan akademik dan aplikasi dalam bidang geologi.


UNIVERSITI YANG MENYERTAI IGC 2015

Sunday 15 March 2015

CAREER : GEOLOGIST


Engineering Geologist : Roles & Responsibilities
  • Carrying out detail geological logging and mapping;
  • Preparation of desk study reports including review of geological maps and aerial photographs;
  • Ground investigation - scoping, specifying fieldworks;
  • Check and verify field test data, samples, laboratory test results and prepare factual report.
  • Soil and rock mass strength characteristics for planning and design of cuts, fill embankments, pipelines, tunnels, foundations for structures, and drainage facilities
  • Experience in slope stabilization, land reclamation, ground improvement, deep excavation works and usage of Finite Element software (e.g. PLAXIS) would be an added advantage.
  • Proficient in using related engineering softwares such as Autocad, GeoStudio, DIPS, RockFall Analysis, Surfer, PDS or other related software;
  • Collation and assessment of data and production of geotechnical interpretative reports including engineering parameters and considerations;
  • Ensure accurate scheduling reports are generated through standard planning procedures.


 Mining Geologist : Roles & Responsibilities
  • Field mapping
  • logging of core
  • core logging data input,
  • supervision of core cutting
  • Analyze and interpret geological,geochemical and geophysical information from sources such as survey date, well logs, boreholes and aerial photos.
  • Plan and conduct geological, geochemical and geophysical mapping and surveys, sample collection, and drilling.
  • prepare goelogical maps, cross-sectional diagrams,charts,and report concerning mineral extraction.
  • Plan for exploration of sites for minerals and ores
  • Survey and mapping geologically promising sites
  • Prepare technical report for mining, engineering and management personnel
  • Examine maps, drilling locations or mines to determine the location, size, accessibility, contents, value and potential profitability of minerals and ores
  • specifying processes, labor usage and equipment that will result in safe, economical and environmentally sound extraction of minerals and ores
  • Monitor resource and grade control drilling program
  • Ensure highest quality of samples collected and sent to lab
  • Carry out geological logging of drill core and drill cuttings
  • Carry out geological mapping and other geological data acquisition
  • Record field data into database
  • Ensure all SOP’s and Safe Work Practices are followed
  • prepare goelogical maps, cross-sectional diagrams,charts,and report concerning mineral extraction.


Geophysicist : Roles & Responsibilities

  • Seismic velocity analysis
  • Seismic Processing and Depth Imaging
  • Learn wave propagation theories and wavelet processing using our proprietary software
  • Process seismic surveys for various clients by applying noise attenuation and imaging techniques
  • Responsible for the planning, assessing and approving seismic test line data
  • Seismic interpretation and manipulation of well data and other supporting technical data
  • Assisting the sub surface team in documents / mapping / presentation slides preparation.
  • Assisting the geoscientists in technical works as requested.
  • Managing and monitoring the existing data resources (maps / logs / seismic data tapes /reports / documents) in the warehouses and the sub surface data library.
  • Compiling and updating the received documents / reports / maps / logs / CDs in the sub surface data library.


Saturday 7 March 2015

IF I WANT TO CHOOSE GEOLOGY AS MY FUTURE COURSE IN UNIVERSITY WHAT SHOULD I EXPECT?


Hai everyone. So this entry is basically to guide all of the SPM leavers out there and those who are currently in their final year in diploma or matriculation or foundation. As you guys can see in the title I will talk about geology course in UKM. I will try to cover all the aspects in term of what you guys need to do, what you guys can expect and whats your future hold ( even though I cannot guarantee mine haha ). Maybe I should start with my introduction. So im Syahida currently in my final semester in UKM and im taking Geology OBVIOUSLY.

So the first thing is, what is geology? I actually knew geology when I was in form 3 when my science teacher mentioned that he was a geologist before he decided to resign and become a teacher ( OF COURSE ). He mentioned about him had to travel and have some problem with juggling time with him being with his family. So the word TRAVELLING kinda caught my attention ( AND YES YOU HAVE TO TRAVEL A LOT AND WE’LL GET THERE )  and I decided to apply for this course when I finished my foundation. Ops, I kinda off track, geology simply means the study of rocks. LITERALLY. ( Sounds boring? Don’t go. Stay with me. Im not done yet ).



Now, you get the idea what a geology is. How can I apply for this course? And what is my educational background? I am a science student. I took biology, physics and chemistry during my school years and also when I did my foundation in Puncak Alam. Some of you guys might wonder “ What if I don’t have a science background and wants to take Geology?”. The answer is, doesn’t matter. But yes to have the basic knowledge about science could be an advantage. One of my lecturer said during our first class “ Today all of you guys have the same start, it does not matter, whats matter is how you finish it” GITTEW. ( My classmates came from different background too.)

See, now you guys have already passed the first baby step. Oh before that, these are the non private universities that offer Geology/Geosience Course for the degree UKM, UM, UMK, Uitm ( But I guess they offer Petroleum Geology, *sorry kalau salah*) and UMS ( might have others, tak ingat.) But since I study in UKM so im just gonna tell how my university works. During my year, UKM only offered to those who achieved 3.75 CGPA and above ( belajaq elok elok guys ) and it is advisable for you guys to apply for scholarship ( JPA ) because it requires a lot of money. Why? Remember I did say something about travelling. And it is important for you guys not to be broke before the new semester start.


Freshman year is important for you guys to actually recognize rocks. Oh trust me, they look the same all the time to me when I was first year. But it gets better with time. Don’t be afraid to learn. And don’t worry you guys are in a great hands. We have the best lecturers in Malaysia no doubt. First year is not really busy and it is advisable for you guys to be able managing your own schedule. Yeah we arranged our own schedule. For the first semester students will be travelling to Segamat and Negeri Sembilan (couldn’t remember ) and this fieldtrip is to expose student on how to identify rocks in field. Second semester also not that busy ( or is it just me feel that way ) but during the semester holiday, you guys will be travelling to Pantai Timur. This will cover Kelantan, Pahang and Terengganu for a week. Imagine yourself have to be in 3 states for a week. Yes you will drain yourself obviously. Berpanas berhujan for like 10 hours on field. BUT, YOU WILL GET USE TO IT.


Second year first semester and hello to NO WEEKEND at all. Who took your weekend? It is this subject call Mapping Technique or in UKM known as Teknik Pemetaan. And I know you guys were like..? What Peta? Relax, like I said, you guys are in a great hands. You will be learning this subject with Prof. Madya Dr. Zaiton (Sila Google). She will bring you travel every 2 weeks during weekend and after each week when you guys went travelling , you guys will provide her a geological map using the data you guys acquire during the fieldwork. Don’t worry, you’ll work in pair. Its hard, its really hard. Im not gonna lie. Full of tears, frustration and exhausted but you guys have friends who feel the same way like you do. So keep on encouraging each other. Before you guys enter second semester, you guys will have to go for a fieldwork for a week and will cover Langkawi, Kedah and Perlis for a week. Trust me it is fun and exciting. And don’t you guys THINK that’s the only fieldwork you guys are going. NO. you have another fieldwork in Terengganu. Also a mapping technique but this time you guys are gonna camp. Set up tent and cook and have a guitar session at the beach ( that’s what we did ). You guys will camp there for like a week, daylight do the fieldwork during night staying up and finishing the report. THIS WILL TAKE PLACE DURING YOUR MIDSEMESTER BREAK.  Then you guys will be off to Kuala Krai Kelantan also do the same thing as you guys do in Terengganu but you guys will be staying in a hotel. 


That very year also you guys have to start pondering about your major and your choosing a SV for you FYP ( we called thesis ). Geology Department in UKM offers Environmental Geology, Tourism Geology, Engineering Geology, Petroleum Geology, Pure Geology and Mining Geology ( I guess I already cover it all ).  For your thesis, some lecturer will provide you with the title and some are not. Choose wisely.

During your final year and this is currently where I am, I had to prepare for my thesis a month prior to my fieldwork ( Duit sendiri, maka simpanlah duit anda ). The period of staying in your site is depending on how much work is needed. So TIME REALLY IS MONEY. You have to prepare it yourself, your SV will only guide you. But don’t worry, all the knowledge from your fieldwork will be applied during your own fieldwork. Thus, don’t worry okay?

So now you know what to expect during your degree. The last step.. What is your future hold? To be honest Im also worried. Everyone is but be positive in your life. Don’t just aim for the oil and gas company. Yes the income is good, great actually but if you don’t get any offer from them you can always try for onshore. Who do you think people will look for before they develop an area? Who do you think people will look for before they mine gems? Who do you think they look for before extract the groundwater? Do not narrow your life to an offshore only.

Okay guys, any inquiries, feel free to drop it here on the comment sections. The admin will try to answer.

Loves,

Syahidaton Akmal J


Thursday 5 March 2015

Dengan berbesar hatinya kami ingin menjemput Warga Geologi UKM ke

Majlis Makan Malam Alumni Geologi



Perasmi: 
YBhg. Dato’ Yunus bin Abdul Razak 
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 


Tarikh: 25. 4. 2015 (Sabtu)
Masa: 8.00 pm -11.00pm
Tempat: Dewan De’ Seri Endon, Putrajaya

Tema
'English Style- A Day to remember past, present & future'


Pembayaran : 
RM 100 - dewasa
RM 50 - 15 tahun – 7 tahun
Free - Under 6

Hubungi kami :

Email : figageo@gmail.com 
017- 2985897 ( Syahir) Syahir Jamaluddin
012-6991027 (Nabilah) Nabilah Zainuddin
019-5331671 (Jumaini) Jumaini Silamuddin
017-3265789 (Aishah) Aishah Azli


Wednesday 4 March 2015


HIDROGEOLOGI

Air bawah tanah  merupakan air yang terdapat pada semua rongga di dalam satu lapisan geologi. zon tepu ini boleh dibezakan daripada zon tak tepu atau zon pengudaraan. zon tak tepu selalunya didapati di atas zon tepu dan menganjur ke atas ke permukaan.

AKUIFER

Akuifer adalah satu lapisan tepu, mempunyai ketelapan yang baik dan menghasilkan sejumlah air ke telaga. (mempunyai keupayaan untuk menakung dan mengeluarkan air). Formasi tersebut boleh menyimpan air di dalam pori batuan/sedimen. Contoh yang baik adalah mendapan tak konsolidat seperti endapan alluvial. Keporosan diperoleh daripada ruang antara butiran atau retakan yang berkedalaman (100-200m). Kawasan akuifer biasanya luas dan mungkin menindih atau terletak di dasar satu lapisan yang tidak telap.









AKUITARD
Satu lapisan tepu tetapi ketelapannya tidak baik. Masih boleh juga mengalirkan air ke arah atau daripada akuifer berdekatan. Contoh seperti syal.


AKUIKLUD
Satu lapisan tak telap dan tidak boleh menghasilkan sejumlah air bermakna ke telaga. Contohnya batuan segar yang tiada retakan.





JENIS-JENIS AKUIFER


Akuifer Tak Terkekang
Juga dikenali sebagai akuifer bebas di mana tiada lapisan penekan di atas zon akuifer.


Akuifer Terkekang (Confined aquifer)
Terdapat lapisan/strata penekan yang tidak telap menindih zon akuifer dan menghasilkan tekanan yang tinggi berbanding tekanan atmosfera. Tekanan yang tinggi didalam akuifer menyebabkan air mengalir keluar tanpa di pam. (artesian flow/ telaga aliran)



"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendaki Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendaki Nya menjadikan mereka gembira. 
(SurahAr-Rum: 48)



Rujukan :

Brassington. R. 1988. Field Hydrogeology. Geological Society of London
Todd, David Keith 1989. Hidrologi air tanah.(Tej) Mohamad Ali Hasan. 
Dewan Bahasa & Pustaka.

Monday 2 March 2015

GEOLOGI STRUKTUR : SESAR

Sesar / retakan ricih / satah gelincir / satah ricih


Sesar merujuk kepada satah itu sendiri iaitu merujuk kepada anjakan yang terjadi di sepanjangnya.

Penamaan sesar pada mulanya digunakan dalam perlombongan batu arang apabila didapati lapisan batu arang tidak berlanjutan pada tempat yang dijangkakan. Sambungan lapisan batu arang itu didapati berada lebih tinggi/ lebih rendah disebabkan oleh anjakan di sepanjang retakan yang dinamakan sesar.



Terdapat pelbagai jenis penamaan sesar :

1. Sesar Normal

2. Sesar Songsang
3. Sesar Mendatar
4. Sesar Gelinciran jurus
5. Sesar Kemiringan 
6. Sesar Serong
7. Sesar Sungkup
8. Sesar Transpresi
9. Sesar Transtensi
10. Sesar Silinder Dll



Mengenalpasti sesar :

1. Berlaku anjakan perlapisan
2. Lipatan terseret (Drag fold)
3. Breksia sesar / Bubuk sesar


Breksia sesar

Sesar songsang dan lipatan terseret

Permukaan sesar :
4. Muka upam - slickensides
(Garitan/ Gores garis sesar & Jenjang cabutan/ tanda gelatuk)


Garitan dan jenjang cabutan ( permukaan menghalus menunjukkan arah pergerakan)


Zon Sesar :
5. En enchelon 
6. Milonit/ filonit (canggaan rapuh mulur)


Milonit

satah sesar kelihatan di Batu Cave

Rujukan :

Hills, E. Sherbon. 1972. Unsur-unsur geologi struktur (Tej) Ibrahim Abdullah 1993. Dewan Bahasa & Pustaka.