NATIONAL GEOSCIENCE CONFERENCE 2013
Kinta Riverfront Hotel & Suites
8 - 9 June 2013
Geoscience For Environmental Wellbeing
8-9 jun yang lepas kami mahasiswa dan sarjana geologi Universiti Kebangsaan Malaysia telah berangkat ke Ipoh Perak untuk menghadiri persidangan geosains yang dianjurkan oleh Persatuan Geologi Malaysia. Kami wakil pelajar tahun satu geologi UKM mengambil kesempatan ini untuk melihat buat pertama kalinya bagaimana persidangan ini berlangsung dan mencari pengalaman dengan terlibat sama dalam persidangan geosains seperti ini. Sememangnya tanggapan pertama terbukti di mana di dalam persidangan ini kami di kelilingi oleh professional-professional geosaintis, ahli geologi dan pensyarah-pensyarah dari seluruh negara. Perasaan memang agak janggal pada awalnya, mana tidaknya kami hanya 'first year' berada di dalam majlis yang besar dan berprestij.
Walaubagaimanapun, berpegang kepada tujuan utama kami ke majlis ini adalah untuk mencari pengalaman, menambahkan ilmu pengetahuan dan minat terhadap bidang geosains, memupuk semangat untuk membuat kajian dan rujukan dan memberi pendedahan kepada kami sendiri dalam bagaimana pengendalian kajian saintifik geologi dilaksanakan melalui persembahan pembentangan dan juga melihat contoh-contoh daripada para Senior Geologi UKM memberi pembentangan teknikal dan poster. memang tidak dinafikan, senior2 kita memang OUTSTANDING. :) kajian yang menarik dengan persembahan yang baik..
Penglibatan kami juga sebenarnya membawa sebab yang lebih praktikal di mana kami mahu melihat dengan lebih dekat bagaimana persidangan ini berlangsung, mengenal tetamu kehormat yang dijemput, membina perhubungan (networking) dan mendekatkan diri kami kepada penglibatan dalam aktiviti dan program Geosains.
Persidangan berlangsung selama 2 hari dan banyak perkara baru yang dapat kami pelajari dan antara tajuk pembentangan yang menarik perhatian kami adalah :
1. Prof. Mohd Shafeea Leman: Proposed Kinta Valley Geopark – utilizing geological resources
for environmental quality improvement and society well being enhancement.
2. Jasmin Saw, Chow Weng Sum & Bernard J. Pierson: Potential impact of pollution by oil spills on
coastal facies in Pulau Pangkor, Malaysia.
3. Siti Hafizah Ramli, Abdul Rahim Samsudin, Mokhtar Saidin, Nur Hamizah Mohd Jafar, Umar
Hamzah & M Shyeh Sahibul Karamah: Magnetic signature of impact structure at Lenggong,
Perak, Malaysia.
4. Nadiah Hanim Shafie, Abdul Rahim Samsudin, Tjia Hong Djin, Abd Rahim Harun, Ibrahim
Abdullah, Wan Zuhairi Wan Yaacob & Kamal Roslan Mohamad: Geological analysis of GPS data:
Malaysian case study.
5. Abang Caspian Abang Thairani & Wan Zuhairi Yaacob: Virtual geological fieldwork app for
eLearning.
6. Abdul Rahim Samsudin, Mokhtar Saidin, Abdul Rahim Harun, Mohd Hariri Ariffin, Umar
Hamzah, Dewandra Bagus Eka Putra & M Shyeh Sahibul Karamah: A possible structure of
impact crater at Lenggung Perak: Gravity evidences.
7. Mustaffa Kamal Shuib: Paleoearthquakes and active faulting in Cameron Highlands.
8. Hamzah Hussin, Tajul Anuar Jamaluddin & Muhammad Fadzil bin Deraman: Potensi aliran
puing di Bukit Panji, Kuala Terengganu: Penilaian bahaya dan langkah mitigasi yang sesuai.
9. Abdul Ghani Rafek & Amirruddin Rosni: Influence of water on buckling failure of thinly stratified
phyllite rock mass at Kampung Jeram Bungor, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur.
Upacara Perasmian NGC |
Pembentangan oleh Siti Hafizah Ramli (Master) |
Pembentangan oleh Prof. Dr. Abdul Rahim Samsudin
fitur karst di Ipoh |
Pengalaman ini sememangnya pengalaman yang bermakna kepada kami terutama sekali untuk terlibat sama dalam pembangunan ilmu dan kepakaran geosains dalam memberi manfaat kepada masyarakat dan negara. Diharap kami dapat sekali lagi menyertai persidangan ini pada tahun depan dengan membawa semangat dan harapan baru dan mungkin juga dapat bersama menjayakan banyak lagi program seperti ini di masa depan.
sekian,
No comments:
Post a Comment