Monday 24 June 2013

SUPERMOON 2013

23 Jun 2013 yang lepas kita telah digemparkan dengan fenomena 'Supermoon' iaitu fenomena di mana bulan paling hampir ke bumi. Fenomena ini menampakkan bulan 14 peratus lebih besar dan 30 peratus lebih terang berbanding keaadaan bulan penuh yang berlaku pada setiap bulan. Fenomena ini berlaku ekoran daripada pergerakan bulan di dalam orbit yang sedikit membujur dan mengakibatkan jarak antara bulan dan bumi boleh jadi sangat dekat dan sangat jauh.




"Dia lah yang menjadikan matahari bersinar-sinar (terang-benderang) dan bulan bercahaya, dan Dia lah yang menentukan perjalanan tiap-tiap satu itu (berpindah-randah) pada tempat-tempat peredarannya masing-masing) supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa. Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar. Allah menjelaskan ayat-ayatNya (tanda-tanda kebesaranNya) satu persatu bagi kaum yang mahu mengetahui (hikmat sesuatu yang dijadikanNya)".
(Surah Yunus : 5)

BULAN :

Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam sistem suria dan hanya bersaiz satu per empat daripada Bumi. Bulan tidak mempunyai sumber cahaya dan cahaya bulan sebenarnya berasal daripada pantulan cahaya Matahari. Bulan berada dalam putaran segerak dengan Bumi dan sentiasa menunjukkan muka yang sama dengan sisi dekatnya ditanda mare gunung berapi yang terletak di antara tanah tinggi kuno yang terang dan kawah hentam yang menonjol. Bulan ialah objek yang paling terang di langit selepas Matahari, walaupun sebenarnya permukaannya amat gelap dengan kepantulan yang sama dengan arang.



Geologi Bulan

Bulan memiliki kerak, mantel dan teras. Pemetaan geokimia dari orbit menunjukkan bahawa kerak terbina kebanyakannya daripada anorthosite yang meletus di permukaan qamari dan mengandungi lebih banyak besi berbanding Bumi. Kajian geofizik menganggarkan bahawa ketebalan kerak bulan puratanya adalah lebih kurang 50 km.

Kesan Bulan Tehadap Bumi

Pasang dan surut air laut terjadi kerana graviti bulan dan matahari terhadap bumi serta gaya sentrifugal yang dihasilkan sistem putaran Bulan-Bumi. Namun, Bulanlah yang mempunyai pengaruh besar yang mengakibatkan air laut pasang dan surut. Air laut di bahagian bumi yang menghadap bulan akan mengalami air pasang.


"Dia menyinsingkan pagi dan menjadikan malam untuk beristirahat dan (menjadikan) matahari dan bulan untuk perhintungan. itulah ketetapan Allah Yang Maha Perkasa, Maha Mengetahui." 
(Al An'am :96) 



No comments:

Post a Comment