Sunday 30 March 2014

PROGRAM MAHASISWA GEOLOGI UKM SEPANJANG BULAN MAC


PROGRAM CHIT CHAT GEOLOGI





Date: 7 March 2014
Time : 2.30pm-5.00pm
Venue : Univ. Malaya
Moderator : Cik NoraZianti Asmari
Panel 1:  Pn. Siti ZaniZa Tohar
Panel 2:  Cik Kurshiah Arshad
Panel 3: En. Adenin Hashim


Program ini merupakan anjuran Kelab GeoAssist di mana ia merupakan suatu program santai perbualan dan perkongsian alumni-alumni dalam bidang geologi dengan pelapis-pelapis muda geologi daripada UKM & UM.

Melalui program ini, ahli panel banyak berkongsikan tentang pengalaman mereka, pengetahuan, kemahiran serta serba sedikit mengenai syarikat mereka kini (syarikat Kejuruteraan) seperti GeoData Services, Ikram dan Maccaferi.

Antara Input yang diperoleh daripada pengisian ini adalah pencerahan mengenai realiti alam pekerjaan, perbandingan antara kerja di 'offshore' dan 'onshore', motivasi untuk terus maju dan berkembang dalam kerjaya dan serta memberikan suatu platform untuk berkongsi pendapat secara lebih formal dan teratur.

Diharap dengan penganjuran program ini, pelajar-pelajar akan lebih memahami dan berusaha dengan sebaiknya sebagaimana yang diharapkan dapat menjadi ahli geologi yang proaktif dan berkualitii serta membantu menaikkan dan menjenamakan geologi sebagai suatu bidang yang dipandang tinggi.






GEO UKM & GEO UM

Alumni & Mahasiswa Geologi UKM


About GeoAssist Club :

Through giving awareness to developer companies on the landslide risk of hillside development, GeoAssist Club aims to reintroduce geology to the public. 
Mission
The missions of GeoAssist Club (GAC) are:

1. The rebranding of geology to the public

2. Creating awareness to the society (specifically developers) of the geohazards of hillside developments

3. To become a helping hand to the society in any way possible

4. To be able to assist geology graduates to search for any job opportunities through our database

5. To be a medium to promote volunteerism in youths through various activities

6. Act as a hub for employees or students with a geology background to share or ask anything related to geology
Description
GeoAssist Club (GAC) was founded in 2013 by a team of geologists and an environmentalist as an effort to reduce the geohazards (e.g. landslide) occuring due to developments around hillside areas. We also address the lack of knowledge and awareness of the guidelines of hillside developments to developer companies as well as the public.

Apart from awareness, we also work closely with the geology industry to create a wide database for any job opportunities in the geology field. We are also ready to assist in any geological-related problems. Feel free to shoot a question.

Contact us by reaching us through our email or leave a message on our page.



LAWATAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM) KE MUZIUM GEOLOGI UKM (14 MAC 2014)





























PERNIAGAAN DI TAPAK KARNIVAL FESSAT UKM 
(20-23 MAC 2014)





CAREER TALK BY HESS OIL & GAS (27 MAC 2014)

TITLE : GEOLOGIST IN OIL & GAS INDUSTRY

Pertama sekali, ribuan terima kasih diucapkan kepada panel jemputan, Puan Ilyah Abdul AZIZ yang juga alumni Geologi UKM kerana sudi hadir dan meluangkan masa untuk sesi perkongsian ilmu dan kerjaya ini kepada kami adik-adik di Geologi UKM.

Dalam sesi ini Pn. Ilya banyak menerangkan mengenai peranan geologi dalam bidang 'Oil & Gas' terutama dalam kegiatan eksplorasi petroleum. Menurut panel, terdapat banyak jawatan yang memerlukan kepakaran ahli geologi dalam bahagian 'downstream' dalam industri ini, antaranya :

1. Wellsite Geologist
2. Operation Geologist
3. Development Geologist
4. Exploration Geologist
5. Geophysicist
6. Geomodeller
7. Marine Geologist
8. Petrophysicist


sesi soal jawab

Pn. Ilya telah memberi penerangan mengenai kaedah 'subsurface mapping' & 'well log interpretation' yang melibatkan kajian struktur, korelasi, 'reservoir characteriZation', teknologi-teknologi yang digunakan dalam eksplorasi dan masalah dalam interpretasi.

Mengenai syarikat Hess Oil & Gas juga, Pn. Ilya menceritakan mengenai perkembangan bidang geologi di mana Hess telah melaksanakan kajian yang lebih luas untuk mencari potensi takungan hidrokarbon iaitu "Shale Energy" di North Dakhota, Kanada di mana pemerolehan sumber gas asli daripada syal.



Pendedahan sebegini sememangnya telah memberi semangat dan keyakinan kepada kami untuk belajar dengan lebih lagi di samping persediaan awal untuk kami memperoleh pengetahuan mengenai bidang eksplorasi dan pengeluaran petroleum. Terima Kasih sekali lagi diucapkan kepada Hess Oil  Gas :)



OFFSHORE TECHNOLOGY CONFERENCE ASIA
(OTC ASIA 24-28 MAC 2014)








Saturday 1 March 2014

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMETAAN GEOLOGI

"Seminar Geological Mapping for Industrial Minerals Exploration"

Disember lalu, satu seminar praktikal khas telah diadakan khusus bagi kursus Teknik Pemetaan Geologi yang dibawakan khas oleh En. Amiruddin graduan Sarjana Geologi UKM yang kini berkerja sebagai ahli geologi di salah sebuah syarikat perkuarian terkemuka di Selangor. Seminar yang dibawakan bertajuk Geological Mapping for exploration of Industrial Minerals”

Sepanjang sesi ini, En. Amiruddin telah berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang, pengetahuan dan pengalamannya semasa belajar dan kerjayanya sebagai ahli geologi yang sememangnya menarik dan membuka mata kami untuk melihat bidang dan kerja ini dengan perspektif yang lebih luas.


 Seminar ini telah memberi pendedahan kepada kami untuk mengaplikasikan dan memanfaatkan teknologi sedia ada sebagai persediaan kami untuk menghasilkan suatu kajian yang baik apabila melaksanakan kajian tesis pada tahun akhir kelak.

Kami telah ditunjukkan dengan beberapa kaedah memetakan kawasan, contoh-contoh pemetaan suatu kawasan seperti PA Plan dan Peta Topo di mana En. Amir amat mengetengahkan konsep sempadan yang sangat penting dalam pemetaan geologi.



Perisian ‘Google Earth’ :

En. Amir telah membuka mata kami bahawa perisian google earth ini juga berguna dan boleh dilakukan pelbagai kaedah dalam pemetaan jika dipelajari dengan lebih mendalam aplikasinya dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dengan menggunakan perisian ini kita dapat mengenalpasti jenis taburan batuan sesuatu kawasan dengan ‘overlay’ peta geologi pada kawasan sasaran di dalam perisian ‘Google earth’. Kita juga dapat mengira keluasan dan isipadu sesuatu kawasan sasaran. Selain itu, bentuk muka bumi, relief(ketinggian) dan lain-lain informasi yang berguna juga boleh diperolehi menggunakan perisian canggih ini. Ianya percuma, mudah, berguna dan sangat bermanfaat.


Selain itu juga, kami digalakkan untuk meneroka dan mencuba lebih banyak teknologi-teknologi dalam geologi selain daripada hanya menggunakan kaedah klasik dalam kajian. Hal ini kerana kemahiran dalam penggunaan aplikasi seperti ini pasti memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada kami untuk membentangkan suatu projek/kajian dengan baik.

Kami sangat berbesar hati dan berbangga dengan kehadiran En. Amiruddin yang juga bekas anak didik Geologi UKM kerana sudi meluangkan masa, berkongsi ilmu dan kemahiran dengan kami ini yang mana masih mentah dalam ilmu geologi. Alhamdulillah, semangat yang ditonjolkan dan ditiupkan En. Amir kepada kami telah membangkitkan lagi semangat ingin tahu dan usaha kami dalam mendalami ilmu geologi dengan lebih lagi. Ribuan terima kasih diucapkan.


*Diharap di masa depan lebih ramai lagi Alumni dapat meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan perkembangan dengan kami Mahasiswa/i di Geologi UKM J