Saturday 1 March 2014

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMETAAN GEOLOGI

"Seminar Geological Mapping for Industrial Minerals Exploration"

Disember lalu, satu seminar praktikal khas telah diadakan khusus bagi kursus Teknik Pemetaan Geologi yang dibawakan khas oleh En. Amiruddin graduan Sarjana Geologi UKM yang kini berkerja sebagai ahli geologi di salah sebuah syarikat perkuarian terkemuka di Selangor. Seminar yang dibawakan bertajuk Geological Mapping for exploration of Industrial Minerals”

Sepanjang sesi ini, En. Amiruddin telah berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang, pengetahuan dan pengalamannya semasa belajar dan kerjayanya sebagai ahli geologi yang sememangnya menarik dan membuka mata kami untuk melihat bidang dan kerja ini dengan perspektif yang lebih luas.


 Seminar ini telah memberi pendedahan kepada kami untuk mengaplikasikan dan memanfaatkan teknologi sedia ada sebagai persediaan kami untuk menghasilkan suatu kajian yang baik apabila melaksanakan kajian tesis pada tahun akhir kelak.

Kami telah ditunjukkan dengan beberapa kaedah memetakan kawasan, contoh-contoh pemetaan suatu kawasan seperti PA Plan dan Peta Topo di mana En. Amir amat mengetengahkan konsep sempadan yang sangat penting dalam pemetaan geologi.



Perisian ‘Google Earth’ :

En. Amir telah membuka mata kami bahawa perisian google earth ini juga berguna dan boleh dilakukan pelbagai kaedah dalam pemetaan jika dipelajari dengan lebih mendalam aplikasinya dan dimanfaatkan sebaik mungkin.

Dengan menggunakan perisian ini kita dapat mengenalpasti jenis taburan batuan sesuatu kawasan dengan ‘overlay’ peta geologi pada kawasan sasaran di dalam perisian ‘Google earth’. Kita juga dapat mengira keluasan dan isipadu sesuatu kawasan sasaran. Selain itu, bentuk muka bumi, relief(ketinggian) dan lain-lain informasi yang berguna juga boleh diperolehi menggunakan perisian canggih ini. Ianya percuma, mudah, berguna dan sangat bermanfaat.


Selain itu juga, kami digalakkan untuk meneroka dan mencuba lebih banyak teknologi-teknologi dalam geologi selain daripada hanya menggunakan kaedah klasik dalam kajian. Hal ini kerana kemahiran dalam penggunaan aplikasi seperti ini pasti memberi banyak kelebihan dan manfaat kepada kami untuk membentangkan suatu projek/kajian dengan baik.

Kami sangat berbesar hati dan berbangga dengan kehadiran En. Amiruddin yang juga bekas anak didik Geologi UKM kerana sudi meluangkan masa, berkongsi ilmu dan kemahiran dengan kami ini yang mana masih mentah dalam ilmu geologi. Alhamdulillah, semangat yang ditonjolkan dan ditiupkan En. Amir kepada kami telah membangkitkan lagi semangat ingin tahu dan usaha kami dalam mendalami ilmu geologi dengan lebih lagi. Ribuan terima kasih diucapkan.


*Diharap di masa depan lebih ramai lagi Alumni dapat meluangkan masa untuk berkongsi pengetahuan, pengalaman dan perkembangan dengan kami Mahasiswa/i di Geologi UKM J

No comments:

Post a Comment