MENGUPAS PERKARA-PERKARA YANG MENJURUSKAN MINAT TERHADAP BIDANG GEOLOGI
Kenapa nak belajar pasal batu ? apa yang best sangat pasal batu? knape awak minat batu eh? hah dinosaur wujud? banyak tgk cite jurassic park ni...dan yang paling teruk "geologi? pe tu".. itulah persoalan yang sering ditanyakan mengenai geologi malahan ada juga yang memandang bidang ini sangat bosan dan tak menarik langsung
Tetapi ada juga yang minat geologi kerana terpengaruh dengan cerita-cerita yang ditayangkan di kaca tv contohnya, movie pasal gempa bumi (2012), tsunami, hentaman meteorit (armageddon), keterbalikan kutub yang menghancurkan bumi, letusan gunung berapi dan banyak lagi di mana AHLI GEOLOGI (seismologist, paleontologist, volcanologist, geophysict etc) memainkan peranan penting dalam menerangkan dan mencari penyelesaian kepada masalah yang berlaku. Geologist sebagai (main actor) dalam mengerakkan cerita dan dilihat sebagai saintis yang sangat hebat dan WOW..
Dan Sememang tidak dinafikan memang ada mereka-mereka yang sangat berminat mengetahui mengenai alam, bagaimana bumi terbentuk, kagum dengan keajaiban proses-proses kejadian alam dan bagi mereka bidang ini sangat MENAKJUBKAN dan MENARIK ...WOW ..(sekali lagi).. dan ada yang minat bidang Geologi kerana peluang pekerjaan dan profession ini menawarkan gaji yang lumayan $$$ terutama dalam bidang eksplorasi petroleum.
ehem..ehem ...Jadi anda yang mana satu?
Sememangnya dalam ilmu Geologi ada mencakupi pengetahuan-pengetahuan tentang gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, tanah runtuh dan peristiwa-peristiwa menakjubkan yang berlaku pada bumi. Walaubagaimanapun, ilmu ini hanyalah salah satu bidang dalam geologi, sebenarnya apabila anda melangkah dalam bidang ini anda akan melihat perbezaan daripada apa yang anda bayangkan mengenai geologi dan apa sebenarnya itu GEOLOGI..(suatu pengakuan) :D . Geologi sebenarnya merupakan bidang yang mempunyai cakupan yang sangat luas dan sesetengahnya menguntungkan dan membawa kepada kemajuan dan pembangunan
Pengetahuan GEOLOGI memberi kefahaman mengenai Bumi ini daripada kejadian, pergerakkan bumi, proses-proses yang berlaku, pembentukan topografi, kandungan mineral dan galian di dalam bumi, aplikasi geologi dalam pembinaan, alam sekitar, mengawal pencemaran dan kaitannya juga dengan bidang sains yang lain hingga kepada pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah alam
kepakaran dalam bidang geologi juga membolehkan berpeluang untuk menceburi bidang-bidang yang sangat asing seperti
Volcanologist |
Mineral Exploration
Antara pilihan kerjaya geosaintis dalam industri
Petroleum Geoscientist |
Mining geologist |
Engineering Geologist |
Antara cerita-cerita yang menggunakan konsep geologi dan seterusnya mempengaruhi orang ramai untuk minat terhadap bidang sains bumi
2012 MOVIE
ARMAGEDDON
THE DAY AFTER TOMORROW
THE CORE
JURASSIC PARK
THE SINKING OF JAPAN
POLAR STORM
BRAD PITT SEBAGAI GEOLOGIST DLM OCEAN'S THIRTEEN
Apa yang penting adalah kita perlu faham apakah itu geologi, asas-asasnya dan aplikasinya kepada pembangunan dan kehidupan. Geologi merupakan bidang yang semakin berkembang dan antara bidang yang penting pada masa kini. Secara keseluruhan Geologi sememang bidang yang sangat MENARIK dan anda akan kagum dengan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah S.W.T ini :)
No comments:
Post a Comment