Tuesday 6 August 2013

PENGETAHUAN ASAS GEOLOGI : 
SISTEM BUMI 

Bumi terdiri daripada 4 komponen iaitu :

Litosfera/ Geosfera
Hidrosfera
Atmosfera
Biosfera

  • Keempat-empat komponen bergantung antara satu sama lain
  • Litosfera merupakan lapisan luar bumi. Lapisan ini terdiri daripada bahagian kerak bumi dan bahagian atas mantel. Bahan yang membentuknya terdiri daripada mineral,batuan dan tanah tanih
  • Hidrosfera merupakan kawasan air di permukaan bumi seperti sungai,tasik, lautan dan air bawah tanah
  • Biosfera ialah bahagian kerak bumi yang didiami oleh hidupan seperti haiwan,tumbuh-tumbuhan dan manusia.
  • Atmosfera merupakan lapisan udara yang terdiri daripada :
  • TROPOSFERA : lapisan yang paling nipis dan paling hampir dengan permukaan bumi. Lapisan ini menampung kehidupan dan fenomena cuaca seperti angin,HUJAN, ribut dan salji berlaku di lapisan ini.
  • STRATOSFERA : lapisan yang mengandungi gas ozon dan berfungsi untuk menyerap,menyerak dan memantulkan sinar lembayung (UV) dari matahari. Lapisan ini amat penting sebagai pelindung kepada hidupan di bumi.
  • MESOSFERA : terletak 50 hingga 80km dari permukaan bumi. Suhunya amat SEJUK dan di lapisan ini berlakunya penghancuran meteorit.
  • TERMOSFERA/IONOSFERA : lapisan ini memiliki banyak ion yang boleh memantulkan gelombang radio. Suhunya amat PANAS sehingga mencecah 1200’c. Lapisan  ini memiliki AURORA
  • EKSOSFERA : lapisan yang paling luar dan paling  jauh dari permukaan bumi. Lapisan ini terdiri daripada gas helium dan hydrogen dengan lapisan udara yang sangat nipis.
  • Unsur-unsur atmosfera ialah HUJAN,SUHU,KELEMBAPAN UDARA, TEKANAN DAN ANGIN


STRUKTUR BUMI

  • Struktur bumi terbahagi kepada 3 lapisan iaitu Kerak bumi, Mantel dan Teras bumi
  • Kerak bumi ialah lapisan paling luar yang sangat keras. Ketebalannya antara 5km hingga 65km
  • Kerak bumi terbahagi kepada dua bahagian iaitu sial dan sima. Sial adalah pentas benua dan sima adalah pentas lautan. Mempunyai unsur silika, aluminium, ferum dan magnesium. Ketumpatan batuan ialah 2.7 -3.0g/cm kubik
  • Mantel terletak di bawah lapisan kerak bumi. Ketebalannya kira-kira 3000km
  • Lapisan mantel meliputi 82% daripada isipadu bumi. 
  • Mantel dipisahkan daripada kerak bumi oleh ketidakselanjaran Mohorovicic. Batuannya lebih padat dan dalam bentuk pepejal dan cecair. Ketumpatan batuan 5.5g/cm kubik
  • Teras bumi terbahagi kepada 2 bahagian, teras luar dan teras dalam. Mengandungi nikel dan besi. Perolakan didalam teras luar menghasilkan medan magnet bumi Dipisahkan daripada mantel oleh ketidakselanjaran Gutenberg

No comments:

Post a Comment