Monday 12 August 2013

KONVENSYEN KEBANGSAAN MAHASISWA GEOSAINS MALAYSIA 2013
(NATIONAL GEOSCIENCE STUDENT CONVENTION 2013)



Konvensyen Kebangsaan Mahasiswa Geosains Malaysia akan diadakan buat julung kalinya di Universiti Kebangsaan Malaysia yang dianjurkan oleh Kelab Geologi UKM. Idea penganjuran program ini diilhamkan daripada keinginan Mahasiswa Geosains untuk berhimpun, berperanan dan bekerjasama dalam penganjuran program serta menggalakkan perkongsian ilmu dalam aspek akademik dan teknikal. Konvensyen ini akan melibatkan penyertaan tujuh buah universiti utama yang terlibat dalam bidang geosains iaitu :

  • Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 
  • Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  • Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
  • Universiti Malaysia Kelantan (UMK) 
  • Universiti Sains Malaysia (USM)


Konvensyen ini akan berlangsung selama tiga hari dan merangkumi pelbagai aktiviti ilmiah, program teknikal, pameran industri & kerjaya geosains, aktiviti mesra mahasiswa dan pameran geologi yang terbuka kepada khalayak ramai untuk memperkenalkan bidang geosains dan memperkasakan perkembangan bidang ini dalam kalangan mahasiswa. Usaha yang dilakukan melalui konvensyen ini dijangka dapat menambah ilmu pengetahuan dalam bidang sains bumi, memberi pendedahan yang lebih mendalam terhadap aspek geosains, menyediakan peluang baru untuk kerjasama yang utuh dan mewujudkan ikatan yang lebih mesra antara mahasiswa-mahasiswa geosains se-Malaysia.





Matlamat Konvensyen :
  • Merapatkan hubungan akademik dan sosial antara mahasiswa geosains seluruh negara.
  • Memberi maklumat dan peluang dalam bidang-bidang geosains kepada mahasiswa dan seterusnya kepada umum
  • Menyebarluas informasi kepada mahasiswa geosains dalam menghadapi cabaran sains dan teknologi.
  • Menyediakan peluang untuk penerokaan hubungan awal antara mahasiswa dengan pihak industri dalam dunia kerjaya.
  • Menubuhkan Persatuan Mahasiswa Geosains Malaysia
_________________________________________________________________________________

The National Geoscience Student Convention (NGSC) will be held for the first time in National University of Malaysia which is organized by Geology Club of UKM. This convention involves 7 well known universities : National University of Malaysia (UKM), University Malaya (UM), Technology University of Petronas (UTP), Malaysia University of Sabah (UMS), Malaysia University of Technology (UTM), Malaysia University of Science (USM) and Malaysia University of Kelantan (UMK).

The main purpose of this convention is to foster collaboration among universities to organize a Geoscience festival . This convention aims to serve as a platform for students of geosciences and industries to gather and cooperate in programme organizing as well as sharing knowledge academically and technically.

This convention will be held for 3 days and feature various programmes include technical programmes, Geoscience Industry exhibitions, student programmes and gala dinner . The effort that is taken through this convention is expected to enhance the current academia in the field of earth science, besides providing in-depth exposure in a geoscientific aspects. This convention also aspires to produce new opportunities for student to get involve in the organization and building up networking between students of geoscience throughout Malaysia.
_________________________________________________________________________________


Maklumat Program :

Tempat : Universiti Kebangsaan Malaysia

Tarikh : 3 Disember - 5 Disember 2013

Tema : “One Bond, One Geosia”





Pengarah - Pengarah Konvensyen




No comments:

Post a Comment