MEDAN MAGNET MATAHARI TERBALIK
Washington : Saintis (NASA) berkata, medan magnet matahari akan mengalami pembalikan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, fenomena yang berlaku sekali setiap 11 tahun.
Todd Hoeksema dari University Stanford, berkata perubahan itu tidak akan mencetuskan ribut suria yang kuat atau kesan besar seperti peningkatan lidah matahari dan letusan super panas.
"Adalah amat menarik untuk melihat bagaimana medan magnet matahari yang kuat, muncul selepas pembalikan itu terjadi. Bagaimanapun dunia tidak akan berakhir dengan fenomena yang berlaku" katanya.
Ahli astronomi di balai cerap matahari Wilcox (WSO) Phil Scherrer berkata beliau memantau medan magnet global matahari setiap hari untuk mendapatkan gambaran fenomena berkenaan.
"Medan magnet kutub matahari menjadi lemah, hingga ke paras sifar, dan kemudian muncul lagi dengan kutub yang bertentangan ini sebahagian biasa kitaran suria"
Sumber : Berita Harian ( 11 Ogos 2013/Ahad)
No comments:
Post a Comment