Tuesday 6 August 2013

KERJA LAPANGAN JALUR PANTAI TIMUR
1 JULAI - 8 JULAI 2013

"Down to Earth, Up to The Challenge"


Hari ini kami pelajar Geologi tahun 1 (Batch 2012-2015) akan bekerjalapangan  ke Pantai timur [Pahang, Terengganu dan Kelantan]. Kerja lapangan kali ini dibimbing oleh 3 orang pensyarah iaitu Prof. Dr Syafeea Leman, Prof Dr. Abdul Ghani Rafek dan Dr. Azimah Hussin serta 2 orang pengiring iaitu En. Abdul Rahim Nayan dan En.zulkepli Samsu. 

Secara keseluruhan, 32 orang pelajar Geologi (14 lelaki dan 18 perempuan)  mengikuti kerja lapangan ini dan kami dibahagikan kepada 3 kumpulan. Sesuatu yang menarik mengenai fieldwork kali ini kami dikehendaki membuat Jurnal harian untuk merekodkan semua pengalaman akademik sepanjang kerja lapangan ini, sama ada ilmu geologi yang baru, pemerhatian yang menakjubkan, termasuk fitur yang dilihat sepanjang perjalanan bas/ di kawasan berhampiran.





kami telah dimaklumkan bahawa Kaedah Penilaian Pelajar adalah berdasarkan :

1. Keaktifan penyertaan di Lapangan
2. Laporan Amali
3. Jurnal Harian
4. Peperiksaan Kerja lapangan

*Dinilai oleh mentor lapangan berdasarkan ketekunan pelajar mendengar penjelasan, keaktifan membuat cerapan, keaktifan berinteraksi dengan semua tenaga pengajar dan sesama pelajar, sikap dan kebolehan membaca jurus dan kemiringan.

*Dinilai oleh mentor lapangan berasaskan jumlah nota saintifik, ketepatan fakta saintifik, pemetikan sumber, kreativiti, penyataan falsafah dan pandangan keseluruhan tentang kursus

Pemakluman ini telah membangkitkan dan menaikkan semangat kami untuk membuat/memberi yang terbaik sepanjang pengembaraan mencari ilmu pengetahuan ini. Seperti biasa antara kelengkapan yang wajib dibawa oleh pelajar Geologi semasa bekerja lapangan adalah :

1. Tukul
2. Kompas
3. Kanta Tangan
4. Buku Cerapan / Nota Lapangan 
5. kamera

kami juga telah mengariskan beberapa Objektif yang hendak dicapai sepanjang kerja lapangan ini :

OBJEKTIF :

  • Menambahkan ilmu pengetahuan dan menguasai perkara-perkara asas Geologi seperti Jenis-jenis batuan, ciri batuan, struktur perlapisan dan singkapan, fasis dan formasi, fitur geomorfologi dan banyak lagi
  • Melatih diri untuk mencari ilmu pengetahuan dengan cara yang lebih praktikal, belajar dengan melihat sendiri, menyentuh dan berfikir bagaimana ianya terhasil dan kaitkan dengan apa yang telah dipelajari
  • Mendapatkan peluang untuk belajar dengan pensyarah yang berpengalaman dan professional. menanyakan persoalan-persoalan Geologi untuk kefahaman dan menambahkan pengetahuan yang mungkin berguna untuk masa depan
  • Melihat keindahan alam dan Geologi persekitaran serta memupuk minat terhadap geologi dengan lebih lagi
  • Melatih diri untuk menjadi ahli Geologi yang sejati dan berkualiti


_________________________________________________________________________________


PENGENALAN GEOLOGI PANTAI TIMUR SEMENANJUNG MALAYSIA

Semenanjung Malaysia dibentuk oleh pelbagai jenis batuan igneus, metamorf dan sedimen dengan pelbagai jenis fosil berusia Kambria hingga Holosen. Berdasarkan sekutuan batuan Igneus dan pemineralan, sekutuan batuan sedimen dan metamorf, korelasi stratigrafi dan struktur tektonik. semenanjung Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga teren geologi yang menganjur pada arah hampir utara-selatan. Secara konvensyenal teren-teren ini dinamakan sebagai Jalur Barat, Jalur Tengah dan Jalur Timur Semenanjung Malaysia.

Blok Malaya Timur merangkumi negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang serta bahagian timur Negeri Johor dan Negeri Sembilan. Sesar Lebir yang memisahkan Jalur Tengah daripada Jalur Timur Semenanjung Malaysia. Dari segi Geologinya terdapat perbezaan ketara antara batuan Jalur Tengah dan Jalur Timur Semenanjung Malaysia.

Jalur Timur Semenanjung Malaysia dicirikan oleh kehadiran batuan sedimen samudera serta sedikit sedimen daratan berusia Paleozoik akhir dan batuan sedimen daratan berusia Jura-Kapur (Mesozoik) dengan kehilangan ketara batuan sedimen samudera berusia Perm akhir hingga Trias tengah. Di bahagian tertentu batuan sedimen Paleozoik atas ini telah tercangga dengan amat teruk dan juga termetamorf hingga gred sederhana dan tinggi, manakala di bahagian lainnya batuan berusia Paleozoik akhir ini direjah oleh batolit banjaran sempadan. Batolit ini merejah dan membawa bersama magma bakinya mineral-mineral bijih timah, besi, logam bes dan juga emas.

_________________________________________________________________________________

Picture Perfect Memories




Penerangan daripada zainol rafek
Penerangan oleh Amira Sofia


Rugosa, Gua Bama, Kuala Lipis








Penerangan oleh Izharuddin 

Basalt, Pantai Batu Hitam, Kuantan

Sepanjang seminggu ini terdapat 21 lokaliti yang kami lawati dan membuat pencerapan. Sememangnya pengalaman bekerja lapangan kali ini sangat bermanfaat kepada kami untuk melatih diri kami untuk menjadi ahli geologi yang sejati dan berkualiti. =)



6 comments:

  1. Geological Broterhood
    3 S
    STUDY
    SOLIDARITY
    SOCIETY

    ReplyDelete
  2. Sy pun btch 12 - 15 UMS. Kat semenanjung area mana je yg biasa korang pergi?

    ReplyDelete
  3. kami sudah pergi di bahagian selatan semenanjung n pantai timur.. next sem pula ke bahagian utara, langkawi kedah..biasanya seluruh semenanjung la kami akan pergi..mengkaji taburan jenis batuan di tiga jaluran, jalur tgh, jalur timur n jalur barat..kami bnyak fieldwork, tp slain filedwork kitorang juga ada buat lawatan sendiri ke tempat2 lain..

    ReplyDelete
  4. Fieldwork selalunya untuk pelajar tahun ke berapa ye? Ke setiap sem ada fieldwork?

    ReplyDelete
  5. fieldwork, tiap2 sem kena pegi.. kadang2 sampai 2 kali..pastu nt kena buat tesis pegi la fieldwork kawasan kajian masing2 :)

    ReplyDelete