Sunday 17 February 2013

PENGETAHUAN ASAS GEOLOGI : BAHAN BUMI


JENIS-JENIS BATUAN

terdapat 3 jenis batuan yang utama iaitu:
batuan igneus
batuan sedimen
batuan metamorf

Pengelasan batuan berdasarkan:--
sifat bahan batuan (rock material)
sifat jasad batuan (rock mass)

bahan batuan--hasil pemerhatian batuan(i.e. jenis batuan; warna; etc)

jasad batuan--terdapat 3 unsur penting:--
struktur
ketakselanjaran
profil luluhawa


Batuan igneus
Batuan igneus terbentuk hasil drpd penyejukan magma yang panas dan cair; membentuk mineral dan seterusnya batuan igneus

Magma terbentuk di kawasan mantel atau dibahagian kerak bumi pada kedalaman 10-100km. Komposisi batuan cair pada suhu 800-1200C.

Komposisi utama batuan igneus adalah mineral silikat; yang terdiri dari kumpulan:

kumpulan silika(eg. Kuarza)--komposisi utama!!
feldspar (eg. Ortoklas; albite; anorthite)
mika (eg. biotite; muskovite)
amphiboles (eg. hornblende)
pyroxenes (eg. augite)
olivines (eg. Olivine)

Terdapat 2 jenis batuan igneus, iaitu bergantung kepada pembentukan

batuan extrusive/terobosan (terbentuk dipermukaan bumi)

batuan intrusive/rejahan (terbentuk dalam bumi) kawasan plutonik (deep-seated environment).

batuan granit dan basalt adalah paling melimpah kerana kelikatan magma mempengaruhi pergerakan magma

kebanyakan magma acid; sangat likat; dgn itu tetap dalam batholiths membentuk batuan granit (i.e. batholiths mengambil masahingga berjuta tahun untuk menghablur, dan kadar penyejukan menentukan saiz butiran batuan)

magma basic/bes; cair; keluar ke permukaan membentuk lava basalt (lava menyejuk dalam bebrapa jam atau hari)



BATUAN SEDIMEN/ENAPAN


terhasil dari bahan sekunder; terbentuk dari pemecahan batuan utama

batu lumpur /syal dan batu pasir adalah yang paling dominan; 80-95% keseluruhan batuan sedimen

terdapat 2 jenis batuan sedimen:

(1) batuan klastik(clastic)
(2) batuan bukan-klastik(non-clastic)

batuan klastik terbahagi kepada 3:

(a) rudaceous/berudit; berbutir kasar--eg. Konglomerat, breccia
(b) arenaceous/berpasir; bersaiz sederhana--eg. Batu 
pasir
(c) argillaceous/berlumpur; bersai zhalus--eg. Batu lumpur; batu lodak

Batuanbukan-klastik

karbonat; terdiri drp kalsit batukapur
bukan-karbonat; terdiri drpd-
chert: terbentuk dr silika samada bernodul atau berlapis
arang batu; hasil dari bhn bergambut dan bahan tumbuhan
garam; terendap dari proses penyejatan air masin



BATUAN METAMORF


batuan metamorf terbentuk dari batuan yang sedia ada tetapi mengalami proses perubahan mineralogi, texture, dan struktur batuan

batuan metamorf terbentuk dariperubahan batuan induk; iaitu batuan sedimen, igneus, dan juga batuan metamorf itu sendiri

Terdapat tiga jenis metamorf

1) metamorf rantau
kesan tindakan haba dan tekanan yang tinggi
 membentuk mineral baru dan pengaturan semulamineral

2) metamorf sentuh
kesan tindakan haba
berasosias idengan rejahan igneus

3) metamorf dinamik
terbentuk akibat dari daya tegasan (stress) yang kuat; yang menyebabkan pemecahan batuan dan perubahan pada mineral.
Contoh; kesan dari aktiviti sesar dan perlipatan

contoh batuan metamorf ialah

syis
Hornfels


SUMBER : Internet : Dr. Wan Zuhairi Wan Yaacob (Program Geologi UKM)


No comments:

Post a Comment