Tuesday 19 February 2013

senyum ckit....:)

Bismillah..Assalamualikum wbt...dan selamat sejahtera....Alhamdulillah...dengan limpah rahmat dan kurnianya...dapat kita menjejakkan kaki semula ke kampus varsiti nan tercinta ini...

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW...yang telah menyerahkan seluruh hidup Baginda demi untuk kita umatnya yang sangat dicintai dan dirinduinya...

Selamat datang semula kepada semua sahabat2 perjuangan ke semester 2 ni...semoga semangat yang ada ni...akan berterusan hingga ke akhirnya...dan semoga tidak terpadam di pertengahan jalan kelak...semoga dijauhkan olehNya...

Sungguh Allah sangat cinta dan sayang akan kita...Dia sangat mengambil berat akan kita...sungguh...tak terkira nikmat yang diberi olehNya...tak terhitung naungannya...tak terjangkau keprihatinanNya...

Sungguh...Allah memang telah mentakdirkan kehidupan manusia ini susah....

"Sesungguhnya Kami telah jadikan manusia sentiasa dalam keadaan menghadapi kesulitan dan kesukaran (jasmani dan rohaninya)"

(Al-Balad:4)




Allah memang semestinya akan menmberikan ujian,mehnah,tribulasi dalam kehidupan insan...tak kira yang kaya,miskin,org melayu,orang cina,budak dapat biasiswa jpa,budak yang x dapat,budak dapat dekan etc...

Dan ujian2 ini pasti akan membuat kita resah gelisah...gundah gulana...kesedihan yang nyata...x de mood...

Namun,setiap ujian yang diberikan pasti akan setanding dengan kemampuan kita untuk menhadapinya...cuma yang paling penting ialah...bagaimana kita menyelesaikan dan control ujian itu supaya kena dengan hakikat uslub ataupun sebab penurunan ujian itu...iaitu untuk mengangkat darjat insan kepada yang lebih tinggi...

Allah tak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya

(Al-Baqarah:286)




Dan semestinya jangan kita menyangka bahawa kita bersendirian...hakikatnya tidak...akan senantiasa ada org2 yang Allah datangkan untuk membantu kita terus cekal dengan hidup ini...bahkan Allah sendiri akan sentiasa bersama-sama dengan kita...believe me...kita tidak keseorangan...

"Wahai orang-orang yang beriman!mintalah pertolongan dengan sabar dan solat kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar"

(Al-Baqaarah:153)

"Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai dengan kemudahan'

(Al-Inshirah:6)

Sesungguhnya...sudah pasti banyak ujian yang akan kita tempuh sepanjang semester 2 ni...pasti banyak dugaan yang datang dan mungkin hingga menitiskan air mata...pasti akan ada yang terasa betapa sukarnya hidup ini...Tetaoi yakinlah bahawa kita sentiasa berada disamping sahabat2 yang saling membantu dan menyayangi antara satu sama lain...


“Sahabat yang baik umpama memori yang indah...memori yang indah sentiasa meneangkan dan member semangat”

(saidina Uthman bin Affan)




sekian....

Assalamualaikum...

"Setiap kamu terhadap kehidupan ini adalah seperti rumah tamu.setiap hari kamu dikunjungi pelbagai tamu dengan pelbagai ragam dan kerenah.Nukalah pintu untuk mereka dan layan sebaik yang kamu mampu.Andai kamu menutup pintu,kamu sangka diri makin selesa tetapi hakikatnya kamu semakin kehilangan segala-galanya"

(Jalaludin Ar-Rumi)













No comments:

Post a Comment