Monday 18 February 2013

SELAMAT DATANG KE SEMESTER DUA!!

Assalamualaikum saudara2 dan saudari2 yang sangat2 dikasihi dan dirindui kerana-Nya,

Salam sejahtera juga kepada Raymond yang amat disayangi,

Pertama-tamanya ingin saya mengucapkan kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana masih diberi peluang untuk terus berada dalam perjuangan kita. Kerana masih diberikan peluang untuk merasai nikmat persaudaraan antara kita.

Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W., keluarga baginda, sahabat2 baginda dan para tabi'in. Kerana tanpa mereka, mungkin tiada Islam di Malaysia ini.

Selamat datang semua ke semester yang kedua, tahun dua!! Hehe. ada yang excited sbb dapat jumpa kawan2, ada yang sedih sbb dah abes cuti, ada yang takut sbb nak dapat result, ada pulak yag baru masuk! Hahaha. Selamat datang ke keluarga Geology UKM 2012/2013 kepada Nur Marjeena.. Sila betulkan kalau salah. Hehe.

Sebab utama saya menulis blog ini adalah kerana ingin meluahkan rasa keperihatinan dan rasa kesyukuran diri saya sendiri. Alhamdulillah, batch kita adalah yang terbaik daripada tiga batch di atas kita. Awesome kan? Haha. Ini semua adalah hasil dari titik peluh kita bersama. TAPI, bak kata ayahanda kita Proffessor Madya Dr Kamal Roslan kata, "Ranking tu tak penting, yang penting Pointer." Comel la Dr Kamal. Haha. :-)

Walau bagaimana pun, ingin saya ingatkan kepada diri saya sendiri terutamanya dan semua agar jangan igt apa yang kita ada ni kekal selamanya. Mungkin saya dekan sem lepas tp bukan sem ini. Mungkin si fulan bwh tiga sem lepas tapi dekan sem ini. Allah itu Maha Adil. Jangan terlalu gembira, jangan terlalu sedih. Kerana apa yang Allah bagi pada kita adalah yang terbaik untuk kita. Dia tak zalim.

Sejujur dari hati saya, saya sangat2 sedih kerana ada dari sahabt kita yang bawah 2.50. Kesedihan saya bukan atas dasar kerana memburukkan batch. Tapi atas dasar menunjukkan saya telah gagal membantu saudara2 saya. Ibarat saya terbiarkan dia mati di tangan saya sendiri. Saya ada impian, untuk melihat semua daripada kita mencapai sekurang-kurangnya 3.00 ke atas. Di sini saya ingin menyeru, marilah kita bekerjasama, jangan rasa malu, buang rasa ego, luahkan lah masalah kalau ada kepada saudara dan saudari kita yang kita percaya.

KITA adalah KELUARGA GEOLOGI. Kita nak jadi KUAT macam QUARTZ yang ada cuma SiO2, takda CLEAVAGE, TAK ADA pengantara antara kita yang menjadikan kita lemah dan tak bersatu seperti hasad dengki dan egois. Kita tanak jadi macam OLIVINE (bukan nia olivine, hehe.), oleh kerana terlalu banyak perkara2 yang menjadi racun kepada ukhuwah kita seperti Mg dan Fe berada di antara SiO4, kita rapuh dan mudah terluluhawa.

Nukilan.
Hamba Allah. :-)

1 comment: