Sunday, 14 September 2014

GEOSKILLS 101: ENGINEERING GEOLOGY : DAM PROJECT


As an engineering geologist, what are the pertinent issues or questions that you have to answer in the site investigation phase for a dam project.


The engineering geologist must be able to answer the following questions :

1)      what is the depth of overburden that must be removed to reach an acceptable foundation for the dam wall

2)      what are the rock types which make up the foundation and to what extent are they affected by surface weathering

3)      what are the engineering properties of the foundation rock types (important properties are strength, deformability and durability)

4)      what is the geological structure of the foundation (ie jointing, faulting and folding of the rock strata). A full description of the defect pattern in the rock mass should include orientation, spacing, extent or persistence and aperture or openess

5)      how permeable is the rock foundation (ie to what extent are the rock defects such as joints, faults and bedding open)

6)      where can adequate supplies of construction materials such as clay, sand, gravel and rock fill be obtained, preferably as close as possible to the dam site

7)      will the rock that must be excavated to provide a spillway for the dam be acceptable for use as rock fill in the construction of the dam embankment

8)      will the spillway require concrete lining and an energy dissipation structure at its downstream end or is the spillway rock sufficiently erosion resistant that these can be omitted.
















Methods commonly used to explore sites (geological investigation) for dam construction projects

The primary purpose of geological/site investigations for a dam project is provide the information that dam designers require in order to design a safe dam structure and to be able to estimate with reasonable accuracy how much the dam is going to cost. The dam site must be explored by an experienced engineering geologist. Methods commonly used to explore sites for construction projects are:

·         Geological mapping of surface rock outcrops.
·         Geophysical surveys. Seismic refraction is often used to determine depth of overburden.
·         Excavation of trenches and pits using bulldozers, backhoes etc.
·         Diamond core drilling. As usually carried out this method recovers an undisturbed, cylindrical sample (a core sample) about 50 mm in diameter from depths of a few metres to hundreds of metres, if necessary. Other types of drilling which recover disturbed samples may also be used in some circumstances.
·         concrete dam and fill (embankment) dam


Dams can be grouped according to the type of material of which they are constructed as follows; concrete dams are further grouped according to how they achieve their strength and stability. The difference between concrete dam and fill (embankment) dam.

Concrete dam
Fill (embankment) dam
Made up of solid concrete
Made up of soil and gravel
Can be constructed to any height
Can be constructed with moderate height
Less maintenance – low cost to operate
Cheaper to build
Example: Warrangamba Dam in Australia, is a type of concrete gravity dam
Example: Bakun Dam in Malaysia, is a type of concrete faced rock fill dam

Friday, 5 September 2014


TRUST ME, I’M A GEOLOGIST & THIS IS MY STORY
Bismillahirahmanirahhim..

Dua tahun sejak September 2012, saya menjejakkan kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perasaan pertama kali melangkah ke UKM saya sangat besyukur dan berbangga dapat menjadi salah seorang Mahasiswa Geologi di universiti ini. ‘Mahasiswa’ satu nama yang sememangnya mempunyai taraf yang tersendiri namun, mempunyai matlamat & tanggungjawab yang berat sebenarnya. Sejak masuk Universiti ini, saya telah menetapkan matlamat untuk terus meneroka dengan lebih lagi, belajar pada kedudukan yang tinggi ini yang dipanggil sebagai Menara Gading. Bagi saya Universiti adalah satu pentas untuk mengembangkan potensi dan permulaan kepada kejayaan. Saya bukan hanya datang ke sini untuk belajar tetapi untuk mencari yang lebih lagi iaitu ‘Peluang & Pengalaman’. Di UKM kita bukan sahaja berpeluang malah boleh mencipta peluang. Bagi saya tiada gunanya hanya belajar dan mendapat gred yang cemerlang di akhir keputusan, tetapi apa yang penting adalah Belajar kerana kita ‘mahu’ dan bukan kerana kita perlu/terpaksa (bukan kerana pointer). Belajar untuk “faham, amalkan dan memberi manfaat”. 

Sememangnya pengalaman bersama Program Geologi amatlah berharga malah tidak ternilai bagi saya. Sepanjang kami menghadiri kuliah, amali, kerjalapangan dan beraktiviti saya berasa sangat gembira dan menikmati setiap saat bersama para pensyarah, warga geologi dan rakan-rakan. Saya teruja dapat mempelajari suatu bidang ilmu yang sangat menakjubkan ini, iaitu Geologi. Banyak perkara dalam geologi yang bukan mudah untuk dipercayai, namun dengan geologi dapat difahami dan dibuktikannya. Ilmu tentang bumi, menyebabkan kami mampu berfikir lebih daripada imaginasi, mula mempersoalkan kejadian-kejadian yang berlaku, meningkatkan semangat ingin tahu dan yang paling ‘best’ adalah dapat ‘appreciate’ alam ini. Hanya geologist sahaja yang mampu berkata, cantiknya batu tu... XD


"Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan"

Banyak pengalaman-pengalaman baru yang kami peroleh, dan Insha Allah semuanya bermanfaat. Jika sebelum ini tidak pernah mendaki gunung, naik turun bukit, cerun curam, meredah dan meranduk sungai, naik ke permatang turun ke lembah, masuk hutan hingga ke padang jarak, bekerja di lapangan yang kadang-kala ekstrem dengan panas terik dan hujan lebat, berkhemah, beriadah dan yang paling osem sekali adalah dapat menikmati keindahan alam sepanjang bekerjalapangan terutamanya dapat melihat dan memahami geologi persekitaran. SubhanAllah.

Saya berharap saya akan dapat terus berkembang dalam bidang ini, terus menerus membawa bidang ini kehadapan, mewarisi ilmu dan kepakaran dan dapat mencapai segala cita-cita dan impian saya selama ini. Saya tidak akan berhenti di sini saja, banyak lagi yang perlu saya pelajari dan terokai, bumi ini luas, diharap saya dapat berpeluang menjelajah setiap satu daripadanya dan membawa cerita yang lebih menarik kepada kalian semua. Wa’allahualam.


Kawan..

Jangan berjalan di belakangku, kerana aku tidak minat memimpin..
Jangan juga berjalan di depanku, kerana aku tidak selalu mengikuti..
Tapi berjalanlah di sisiku agar dapat kita bersama-sama mengapai kejayaan!





Name : Muhammad Adib Bin Haris

National University Of Malaysia [UKM - 2012/2015]

Majoring : Engineering Geology

Thesis : Hidrogeology of Kajang & Bangi

Desired career : Petrophysicist





Involvement in Geology Programmes :

  • UKM Geology Batch leader (Sept 2012- Nov 2013)
  • 1st year Representative of Geology Club (2012)
  • 2nd year Respresentative of Geology Club (2013)



AAPG UKM STUDENT CHAPTER :
  • Academic Exco of AAPG UKM Student Chapter (2012)
  • Tresurer of AAPG UKM Student Chapter (2014)
  • Blogger/ admin of geologistukm.blogspot.com


Memberships, activities and programmes joined :

  • Member of Geological Society Of Malaysia (GSM)
  • Member of American Association of Petroleum Geologist (AAPG)
  • Member of European Association of Geoscientists & Engineers (EAGE)
  • Member of Society of Exploration Geophysicist (SEG)
  • Member of Young Earth Scientist (YES NETWORK)
  • Member of GeoAssist Club (GAC)

2013
  • Earth Sytem Science Education Seminar (ESSE)
  • National Geoscience Conference (NGC 2013)
  • Gunung Senyum & Gunung Jebak Puyuh UKM Geology Club Expedition
  • Oil & gas Festival (OGFEST’13)


2014
  • Offshore Technology Conference Asia (OTC Asia)
  • National Geoscience Conference (NGC 2014)
  • Granite Expo 2014 Jakarta
  • International Petroleum Technology Conference (IPTC)
  • Geo-Kit Design Competition - KWGM



Interests :
  • In Petrography, Stratigraphy and sedimentology, structural geology, geophysics, geomorphology and geological mapping
  • Field of study : Engineering Geology, Hidrogeology, Petroleum Geology and philosophy.
  • Attending conference and seminars
  • Travel and explore the nature
  • Interest in extreme sports, hiking & expedition 
  • Participating in outreach programmes (community services, public services, training programs & volunteering )










Missions :
  • Strive towards becoming a skilled and professional Geologist
  • To develop a good understanding of geology and raising the public profile of geosciences through educational outreach and activities 
  • To pursue a Masters degree in Earth Science (MIT-EAPS)
  • To actively participate in geosciences community/organizations/institutions

Tuesday, 12 August 2014


PROGRAM GEOLOGI 
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


TAHNIAH! & SELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PELAJAR BARU GEOLOGI UKM



OBJEKTIF PROGRAM GEOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


Bertekad menjadi sebuah institusi keilmuan Sains Bumi yang terulung di Malaysia. Melahirkan siswazah yang menguasai ilmu Sains Bumi, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan

The geology programme of Universiti Kebangsaan Malaysia is commited to becoming a leading Earth Science institute in Malaysia. The Geology programme intends to produce graduate with an understanding of earth science, critical thinking ability, the attitude as well as skill to conduct research and the ability to apply it in the working environment.


Warga Geologi UKM

1st year

2nd year


3rd year




ORGANISASI PENTADBIRAN 

Ketua Program Geologi UKM
DR. AZIMAH HUSSIN

PENSYARAH


PRESIDEN KELAB GEOLOGI
IZHARUDDIN SAKIP


DI SEKITAR BANGUNAN GEOLOGI




PROGRAM & AKTIVITI PELAJAR GEOLOGI UKM
  1. Suka Suki Geologi (Interaction day) : Menyambut Pelajar Baru
  2. Jamuan Tautan Kasih 2014 (September)
  3. Geology Technical Talk
  4. Career Talk (Geosciences company)
  5. AAPG Visiting Geoscientist Programme (VGP) 
  6. Majlis Konvokesyen Graduan Geologi (November)
  7. Kejohanan Badminton Geologi (Pangea)
  8. International Petroleum Technology Conference (IPTC 2014)
  9. Petroleum Geoscience Conference & Exhibition (PGCE)
  10. Malaysia Geoheritage Conference
  11. Pameran Geologi
  12. Family Day Geologi 2014
  13. Annual Dinner Geology 2014
  14. National Geoscience Conference (NGC 2015)

Kerjalapangan

Seminar

Ekspedisi


Persidangan Geologi
 

Aktiviti Interaksi Pelajar Geologi

Pameran Geologi


CIRI-CIRI MAHASISWA/WI GEOLOGI UKM

Aktif


Berketerampilan & Berdaya Saing


Tekun dan Bekerjasama


Semangat Geologist!!



KURSUS DALAM GEOLOGI (6 SEMESTER)


Tahun Pertama (semester 1)
  • Sistem Bumi
  • Bahan Bumi
  • Asas Peta Geologi
  • Mineralogi

Tahun Pertama (semester 2)
  • Paleontologi
  • Geomorfologi
  • Stratigrafi dan Geologi Samudera
  • Geologi Ekonomi

Tahun kedua (semester 1)
  • Sedimentologi
  • Petrologi
  • Geologi Struktur
  • Teknik Pemetaan Geologi

Tahun kedua (semester 2)
  • Geokimia
  • Geologi Ekonomi
  • Geologi Kejuteraan
  • Geofizik
  • Penderiaan jauh (Remote sensing) 
  • Sejarah dan Falsafah Sains 

Tahun ketiga (semester 1)
  • Geologi Sekitaran
  • Petrologi Batuan Endapan
  • Petrologi Lanjutan
  • Dinamik Geosekitaran
  • Geodiversiti dan Penilaian Geowarisan
  • Geologi Petroleum
  • Mikropaleontologi

Tahun ketiga (semester 2)
  • Geologi Malaysia
  • Information technology for Geosciences



APA ITU GEOLOGI?


Berasal daripada perkataan Yunani ,"Geo" bermaksud Bumi dan "Logos" bermaksud Ilmu. Geologi adalah Ilmu tentang BUMI. Cakupannya daripada lapisan luar atmosfera hingga ke dalam perut bumi iaitu lebih kurang 7000 KM diameternya. Daripada bidang deskriptif dan bersifat falsafah, geologi mengaitkan pengetahuan sains yang lain seperti fizik, kimia, biologi dan matematik, untuk sampai kepada fungsi utamanya iaitu untuk memahami bagaimana bumi ini terhasil, terus berevolusi, merungkai fenomena-fenomena yang berlaku seperti kejadian pembentukan muka bumi, medan magnet dan graviti, letusan gunung berapi, gempa bumi, pergerakan kerak bumi, bencana alam dan mencari sumber bumi (air, tanah, mineral, logam, petroleum mentah, gas asli, mineral radioaktif, bahan binaan) serta banyak lagi.

Geologi terbahagi kepada beberapa bidang iaitu :

1. Geologi Kejuruteraan
2. Geologi tulen
3. Geologi petroleum
4. Geologi perlombongan
5. Geologi sekitaran
6. Geologi kuaterner

Sememangnya dalam ilmu Geologi ada mencakupi pengetahuan-pengetahuan tentang gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, tanah runtuh dan peristiwa-peristiwa menakjubkan yang berlaku pada bumi. Walaubagaimanapun, ilmu ini hanyalah salah satu bidang dalam geologi, sebenarnya apabila anda melangkah dalam bidang ini anda akan melihat perbezaan daripada apa yang anda bayangkan mengenai geologi dan apa sebenarnya itu GEOLOGI..(suatu pengakuan) :D  Geologi sebenarnya merupakan bidang yang mempunyai cakupan yang sangat luas dan sesetengahnya menguntungkan dan membawa kepada kemajuan dan pembangunan

Pengetahuan GEOLOGI memberi kefahaman mengenai Bumi ini daripada kejadian, pergerakkan bumi, proses-proses yang berlaku, pembentukan topografi, kandungan mineral dan galian di dalam bumi, aplikasi geologi dalam pembinaan, alam sekitar, mengawal pencemaran dan kaitannya juga dengan bidang sains yang lain hingga kepada pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah alam  

Apa yang penting adalah kita perlu faham apakah itu geologi, asas-asasnya dan aplikasinya kepada pembangunan dan kehidupan. Geologi merupakan bidang yang semakin berkembang dan antara bidang yang  penting pada masa kini. Secara keseluruhan Geologi sememang bidang yang sangat MENARIK dan anda akan  kagum dengan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah S.W.T ini :) 

Thursday, 7 August 2014

SELECTIVE CAREER INFO

CAREERS IN GEOLOGY

1. PETROPHYSICIST

The primary function of petrophysicist are to ensure that the right operational decisions are made during the course of drilling and testing a well---from data gathering, completion and testing—and thereafter to provide the necessary parameters to enable an accurate static and dynamic model of the reservoir to be constructed. Petrophysicist will play a crucial role in the equity case that can be made onbehalf of his company. Clearly the petrophysicist has a duty to calculate parameters using accepted and correct methodologies  Petrophysicist has a key role in ensuring the success of a well and the characterisation of a reservoir.

 



2. MUDLOGGER

Two main responsibilities :
  • To monitor the drilling of the parameters and gas/liquids/solids returns from the well to assist the drilling department in the safety and optimization of the drilling process.
  • To provide information to the petroleum engineering department that can be used for evaluation purposes.

Areas in which the mud log may be particularly important include :

  •          Identification of the lithology and formation type being drilled
  •          Identification of porous and permeable zones
  •          Picking of coring, casing or final drilling depths     
  •         Conformation of hydrocarbons being encountered and whether they         are oil or gas






References :
Darling, Well logging and formation evaluation, Gulf Drilling Guides

Saturday, 19 July 2014

PROGRAM ANJURAN MAHASISWA GEOLOGI UKM


PERKONGSIAN PENGALAMAN MAHASISWA GEOLOGI UKM
(Perkongsian dalam memanfaatkan masa lapang)


Cikgu

“Assalamualaikum cikgu”. Ucapan itu masih tergiang-giang dalam ingatan saya. Walaupun tidak lama saya bertugas sebagai cikgu ganti, namun ia merupakan pengalaman yang bermakna bagi saya.

Selepas sahaja tamat belajar daripada Pusat Asasi Sains Universiti Malaya, saya mengambil peluang untuk menimba pengalaman dan memanfaatkan cuti yang panjang dengan menjadi guru ganti di sekolah saya sendiri iaitu SMK Bandar Tun Hussein Onn2. Hasrat menjadi guru sememangnya salah satu daripada impian dan cita-cita saya. Sejak di bangku sekolah lagi, saya sangat berminat dengan aktiviti mengajar junior dan rakan-rakan.

Pengalaman semasa bersekolah dahulu, bertugas sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber, setiap hari saya akan ‘stayback’ di sekolah. Bayangkan dari pagi hingga ke petang, lebih kurang 10 jam saya berada di sekolah. Sekolah telah menjadi seperti rumah kedua bagi saya. Oleh itu, ia memberi kesan yang mendalam kepada saya  sehingga walaupun selepas SPM, saya berasa amat berat hati untuk meninggalkan sekolah ini. Jadi disebabkan kerinduan yang mendalam dan semangat yang berkobar-kobar saya pun mengambil keputusan untuk kembali ke sekolah, bukan sebagai pelajar  tapi sebagai seorang guru.

Pada mulanya ramai yang terkejut ketika saya mula masuk menjadi cikgu di sekolah ini. Mana tidaknya, ‘cikgu muda’. Memang tidak dinafikan pada mulanya saya berasa agak sedikit kekok, cikgu-cikgu yang dahulunya mengajar saya, kini menjadi rakan sekerja saya pula. Walaubagaimanapun saya berasa sungguh gembira menjadi cikgu, bukan sahaja menjadi perhatian pelajar-pelajar dan guru, malah ibu bapa. Banyak tawaran tuisyen yang saya terima, tetapi saya terpaksa menolak kerana saya ingin fokus kepada perkara-perkara lain dalam membina jati diri dan menimba lebih banyak ilmu lagi.

Pepatah Inggeris ada menyebut “walk a mile in my shoes and you will know how we get through”. Terasa bagai mahu tergigit lidah ketika terkenangkan kata-kata ini. Apabila saya sendiri merasai pengalaman menjadi cikgu, kini baru saya tahu dan sedar bahawa tugas sebagai cikgu ini sukar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika kita tidak dapat memberikan yang terbaik kepada pelajar, kita akan berasa resah dan gelisah. Seorang cikgu juga perlu melakukan banyak perkara dan seboleh-bolehnya memberi perhatian terhadap murid-muridnya. Murid ramai, tetapi cikgu hanya seorang. Tambahan lagi, ibu bapa mengharapkan anaknya dididik dan diawasi cikgu. Ini bukan suatu tugas yang mudah dan ianya tidak hanya terhenti di sekolah, ada kerja-kerja yang terpaksa dibawa balik pulang ke rumah untuk diselesaikan.


Pengalaman manis

Pengalaman manis saya menjadi cikgu di sekolah ini adalah pengalaman saya bersama murid-murid saya. Ini sememangnya pengalaman yang berharga dan bukan semua orang muda seperti saya dapat merasai pengalaman ini. Hari pertama bertugas sememangnya semua pelajar berasa hairan, tetapi lama-kelamaan perasaan seperti saya abang mereka pula. Saya faham akan kehendak dan minat pelajar-pelajar, kerana saya dahulu pun seorang pelajar. Mereka sentiasa ingin belajar dalam suasana yang menarik dan gembira. Ini sememang satu cabaran bagi saya. Mana tidaknya, terpaksa mencari segala sumber untuk mengajar dan pada masa yang sama menarik. ketika saya menjadi cikgu, saya sentiasa memberi inspirasi dan dorongan kepada pelajar. Bagi saya inspirasi dan doronganlah yang paling penting dalam memberi pendidikan. Harapan saya adalah saya mahu anak-anak murid saya menjadi insan yang lebih baik daripada saya dan dapat membentuk masa depan mereka sendiri.

Menempuh hari demi hari dengan membawa gelaran cikgu memang membanggakan. Pergi ke mana saja murid-murid akan panggil “cikgu”. Ini memang pengalaman yang terbaik bagi saya dan saya juga berharap ramai lagi golongan muda seperti saya, pelajar lepasan asasi, matriks dan A-level dan peringkat universiti untuk memanfaatkan cuti yang panjang dengan kerja yang berfaedah dan merasai pengalaman yang hebat ini. 




PROGRAM ANJURAN MAHASISWA GEOLOGI UKM



PROGRAM INSPIVASI GENERASI 2013



Program Inspivasi Generasi adalah program khas yang diwujudkan untuk memberi inspirasi, motivasi, dorongan dan pengaruh kepada generasi muda. Program ini  bermatlamat untuk membawa perubahan inkepada pemikiran generasi muda supaya lebih peka dan matang, memupuk kesedaran tentang kepentingan berusaha dan berjaya, menjana minat  serta mempengaruhi  pelajar supaya menjadi insan yang berilmu dan berkualiti.

Program Inspivasi Generasi ini diilhamkan daripada hasil kajian kami terhadap sikap generasi muda yang kurang berminat terhadap pelajaran dan penularan gejala sosial yang semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Kami melalui program Pembangunan Diri, Universiti Kebangsaan Malaysia mewujudkan program ini atas dasar keprihatinan dan tanggungjawab sosial kami untuk bersama-sama membantu dan memajukan generasi muda supaya mereka menjadi insan yang berguna yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Sasaran golongan generasi muda ini adalah pelajar sekolah menengah kebangsaan iaitu pelajar tingkatan satu (3 kelas terakhir). Sasaran menjurus kepada golongan ini kerana tahap pemikiran dan semangat mereka yang amat sesuai dibentuk, mereka bersemangat untuk mencuba perkara baru serta mudah dipengaruhi. Program ini akan menggunakan pendekatan yang terbaik dan berkesan bagi mempengaruhi dan menjana minat pelajar. Konsep pengaruh dan inspirasi menjadi tonggak utama dalam pelaksanaan program ini.
Penganjuran program ini dan kerjasama daripada pelbagai pihak dijangka dapat membantu dalam melahirkan generasi muda yang berpotensi, berkebolehan dan cemerlang di samping mewujudkan ideologi baru dalam generasi muda yang membawa kepada kemajuan dan pembangunan diri serta dapat menyelesaikan masalah sahsiah dan sosial pelajar pada masa kini.

1.0            MATLAMAT

Membentuk generasi muda daripada permulaan perkembangannya dalam usaha menambahkan minat pelajar terhadap pelajaran dan mempengaruhi pelajar supaya tidak terlibat dengan gejala sosial dan perkara yang tidak berfaedah.


2.0            OBJEKTIF

2.1 Membentuk generasi muda daripada permulaan perkembangannya
2.2. Menambah ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran asas kepada pelajar     
2.3 Mempengaruhi, membantu dan mendorong pelajar
2.4 Mengenalpasti pelajar yang berpotensi dan berkebolehan
2.5 Menjana minat, memangkin semangat dan memberi inspirasi kepada pelajar untuk 
     berjaya



3.0            TEMA
                
                  “Pendidikan Mercu  Kejayaan”


4.0            TEMPAT PROGRAM
         
              Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tun Hussein Onn 2


5.0            SASARAN

Pelajar tingkatan satu SMK Bandar Tun Hussein Onn 2 ( tiga kelas terakhir )  


6.0   PENGLIBATAN DAN PENYERTAAN

Antara pihak- pihak yang terlibat dalam program ini :

Fasilitator : Mahasiswa Geologi UKM Kumpulan Gemilang, Projek Pembangunan Diri II
                         
Pelajar Tingkatan 1: Pelajar 3 kelas terakhir (120 orang)



Adalah menjadi harapan agar Program Inspivasi Generasi ini mencapai objektif dan serba sedikit dapat memberi kesan kepada mentaliti dan pemikiran anak muda.

Didahulukan maaf atas segala kesalahan dan kekurangan yang terdapat sepanjang program diadakan dan semoga usaha kita mendapat keredhaanNya. Segala kerjasama dan pertolongan daripada semua pihak diucapkan terima kasih.