Friday, 5 September 2014


TRUST ME, I’M A GEOLOGIST & THIS IS MY STORY
Bismillahirahmanirahhim..

Dua tahun sejak September 2012, saya menjejakkan kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Perasaan pertama kali melangkah ke UKM saya sangat besyukur dan berbangga dapat menjadi salah seorang Mahasiswa Geologi di universiti ini. ‘Mahasiswa’ satu nama yang sememangnya mempunyai taraf yang tersendiri namun, mempunyai matlamat & tanggungjawab yang berat sebenarnya. Sejak masuk Universiti ini, saya telah menetapkan matlamat untuk terus meneroka dengan lebih lagi, belajar pada kedudukan yang tinggi ini yang dipanggil sebagai Menara Gading. Bagi saya Universiti adalah satu pentas untuk mengembangkan potensi dan permulaan kepada kejayaan. Saya bukan hanya datang ke sini untuk belajar tetapi untuk mencari yang lebih lagi iaitu ‘Peluang & Pengalaman’. Di UKM kita bukan sahaja berpeluang malah boleh mencipta peluang. Bagi saya tiada gunanya hanya belajar dan mendapat gred yang cemerlang di akhir keputusan, tetapi apa yang penting adalah Belajar kerana kita ‘mahu’ dan bukan kerana kita perlu/terpaksa (bukan kerana pointer). Belajar untuk “faham, amalkan dan memberi manfaat”. 

Sememangnya pengalaman bersama Program Geologi amatlah berharga malah tidak ternilai bagi saya. Sepanjang kami menghadiri kuliah, amali, kerjalapangan dan beraktiviti saya berasa sangat gembira dan menikmati setiap saat bersama para pensyarah, warga geologi dan rakan-rakan. Saya teruja dapat mempelajari suatu bidang ilmu yang sangat menakjubkan ini, iaitu Geologi. Banyak perkara dalam geologi yang bukan mudah untuk dipercayai, namun dengan geologi dapat difahami dan dibuktikannya. Ilmu tentang bumi, menyebabkan kami mampu berfikir lebih daripada imaginasi, mula mempersoalkan kejadian-kejadian yang berlaku, meningkatkan semangat ingin tahu dan yang paling ‘best’ adalah dapat ‘appreciate’ alam ini. Hanya geologist sahaja yang mampu berkata, cantiknya batu tu... XD


"Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan"

Banyak pengalaman-pengalaman baru yang kami peroleh, dan Insha Allah semuanya bermanfaat. Jika sebelum ini tidak pernah mendaki gunung, naik turun bukit, cerun curam, meredah dan meranduk sungai, naik ke permatang turun ke lembah, masuk hutan hingga ke padang jarak, bekerja di lapangan yang kadang-kala ekstrem dengan panas terik dan hujan lebat, berkhemah, beriadah dan yang paling osem sekali adalah dapat menikmati keindahan alam sepanjang bekerjalapangan terutamanya dapat melihat dan memahami geologi persekitaran. SubhanAllah.

Saya berharap saya akan dapat terus berkembang dalam bidang ini, terus menerus membawa bidang ini kehadapan, mewarisi ilmu dan kepakaran dan dapat mencapai segala cita-cita dan impian saya selama ini. Saya tidak akan berhenti di sini saja, banyak lagi yang perlu saya pelajari dan terokai, bumi ini luas, diharap saya dapat berpeluang menjelajah setiap satu daripadanya dan membawa cerita yang lebih menarik kepada kalian semua. Wa’allahualam.


Kawan..

Jangan berjalan di belakangku, kerana aku tidak minat memimpin..
Jangan juga berjalan di depanku, kerana aku tidak selalu mengikuti..
Tapi berjalanlah di sisiku agar dapat kita bersama-sama mengapai kejayaan!





Name : Muhammad Adib Bin Haris

National University Of Malaysia [UKM - 2012/2015]

Majoring : Engineering Geology

Thesis : Hidrogeology of Kajang & Bangi

Desired career : Petrophysicist





Involvement in Geology Programmes :

  • UKM Geology Batch leader (Sept 2012- Nov 2013)
  • 1st year Representative of Geology Club (2012)
  • 2nd year Respresentative of Geology Club (2013)



AAPG UKM STUDENT CHAPTER :
  • Academic Exco of AAPG UKM Student Chapter (2012)
  • Tresurer of AAPG UKM Student Chapter (2014)
  • Blogger/ admin of geologistukm.blogspot.com


Memberships, activities and programmes joined :

  • Member of Geological Society Of Malaysia (GSM)
  • Member of American Association of Petroleum Geologist (AAPG)
  • Member of European Association of Geoscientists & Engineers (EAGE)
  • Member of Society of Exploration Geophysicist (SEG)
  • Member of Young Earth Scientist (YES NETWORK)
  • Member of GeoAssist Club (GAC)

2013
  • Earth Sytem Science Education Seminar (ESSE)
  • National Geoscience Conference (NGC 2013)
  • Gunung Senyum & Gunung Jebak Puyuh UKM Geology Club Expedition
  • Oil & gas Festival (OGFEST’13)


2014
  • Offshore Technology Conference Asia (OTC Asia)
  • National Geoscience Conference (NGC 2014)
  • Granite Expo 2014 Jakarta
  • International Petroleum Technology Conference (IPTC)
  • Geo-Kit Design Competition - KWGM



Interests :
  • In Petrography, Stratigraphy and sedimentology, structural geology, geophysics, geomorphology and geological mapping
  • Field of study : Engineering Geology, Hidrogeology, Petroleum Geology and philosophy.
  • Attending conference and seminars
  • Travel and explore the nature
  • Interest in extreme sports, hiking & expedition 
  • Participating in outreach programmes (community services, public services, training programs & volunteering )










Missions :
  • Strive towards becoming a skilled and professional Geologist
  • To develop a good understanding of geology and raising the public profile of geosciences through educational outreach and activities 
  • To pursue a Masters degree in Earth Science (MIT-EAPS)
  • To actively participate in geosciences community/organizations/institutions

1 comment:

  1. hai..nice entry.can you share this entry with GEOSAINTiS Magazine. if YES , you can sent it to gtrpublications@gmail.com.

    thank you..

    ReplyDelete