Saturday 13 July 2013

Cita-cita : Ahli kaji batu/ Geologist

Kini 2 semester telah berakhir, tak lama lagi kami akan melangkah ke tahun dua dalam Program Geologi.. macam2 telah dilalui sepanjang 2 semester ini, dan macam2 juga ilmu geologi telah dipelajari, ada yang masih segar diingatan dan ada juga telah lupa dan perlukan ulangkaji semula.. setelah 2 semester melalui program ini, baru penulis sedari bahawa apa sebenarnya itu Geologi..Pertanyaan demi pertanyaan kepada senior,alumni, pensyarah dan rujukan demi rujukan, akhirnya penulis akur dengan hakikat sebenar mengenai geologi..

GEOLOGY : THE STUDY OF EARTH

Geologi berdasarkan pandangan penulis adalah ilmu tentang alam, penulis membayangkan fenomena2  yang berlaku pada bumi ini adalah semuanya geologi,dimana penulis juga membayangkan geologi mencakupi pengetahuan2 lain seperti meteorologi, astrofizik dan sains bumi..tetapi setelah dilihat semula, penulis menyedari bahawa bidang2 yang penulis minati itu hanyalah MINOR dalam geologi.. Geologi berdasarkan pentafsiran penulis lebih senang diungkapkan dengan perkataan mudah iaitu "ilmu mengenai BATU"..asas kepada geologi adalah Batu.. tiada dalam silibus di dalam geologi yang tidak menyebut mengenai batu.. 

Walaubagaimanapun, kini penulis telah sedar dan boleh menerima hakikat ini,..penulis percaya bahawa penulis boleh berjaya dengan bidang ini..mungkin apa yang diminati penulis itu mmg benda yang penulis suka dan ingin pelajari..namun penulis sedar bahawa apa yang diminati penulis tidaklah terlalu jauh drpd Geologi..walaupun geografi dan geologi itu lain..tapi tetap sama, dan jika kita berfikir dan pandai mengaitkan apa yang dipelajari pasti kita fahami istilah ilmu itu sebenarnya..

Sebagai ilmu baru yang tidak pernah dipelajari sebelum ini. Ramai mengatakan banyak yang perlu dihafal dan diingati. Namun, penulis pernah melihat soalan2 peperiksaan 15 tahun dahulu yang jauh lebih susah dan banyak silibusnya..apakah maknanya? Adakah para pensyarah kami yang menjawab soalan2 itu menghafal semua silibus itu?

Apa yang penting adalah kita perlu memahami apa yang dipelajari..seperti yang kita tahu, kerja sebagai geologist adalah di lapangan, bukan hanya di atas kertas.. memahami ilmu itu pasti membantu kita lebih lagi untuk membuat kajian daripada menghafal tetapi tidak boleh mengenalpasti di lapangan.

Secara keseluruhan, kerjaya sebagai ahli kaji batu ini mempunyai peluang yang cerah di masa depan. INSYA ALLAH, penulis akan sentiasa berusaha menambahkan minat terhadap bidang ini dan akhirnya menjadi ahli Geologi yang sejati dan berkualiti..


No comments:

Post a Comment