Wednesday 22 January 2014

Matlamat Kami Menjadi ‘Geologist’ yang Sejati & Berkualiti

#Be more than your degree
#Have interest beyond studies
.
Our steps toward achieving success :

1. Menguasai pengetahuan-pengetahuan asas Geologi (Basic yang kuat) :
.
Pengajian selama 3 tahun ini adalah untuk faham setiap apa yang dipelajari. Pembelajaran melalui kuliah, amali dan lapangan adalah untuk memberi kefahaman daripada teori kepada proses, mekanisme dan aplikasi hingga kepada pengenalpastiannya di lapangan. Menguasai Basic : terutamanya Pengenalpastian bahan dan struktur, Pemetaan Geologi & kemahiran yang terlibat dalam kajian Geologi. Berani bertanya, membuat silap dan berusaha.

2. Kemahiran dalam Geologi : GeoSkills
.
Kemahiran Membuat cerapan (mengambil data dan lakaran), teknik memetakan kawasan, menguasai kaedah/aplikasi, pengolahan dan penerangan serta kemahiran menganalisis dan interpretasi. Juga mempelajari dan mengamalkan keadah klasik dan moden seperti melakar dengan teliti ciri-ciri singkapan & membuat uji kaji. Memanfaatkan teknologi sedia ada seperti aplikasi ARC GIS, CorelDRAW, SURFER 10.0, Mod Flow Pro, Penggunaan “Satellite Image”, AP, Google Earth dan geology apps for fieldwork untuk menambah kualiti dalam persembahan kajian dan mungkin belajar menggunakan peralatan canggih seperti 'PETREL E&P Software' bagi mendapat pengalaman menggunakan perisian ini.

"some people dream of success...while others wake up and work hard at it"

3. Usaha untuk meneroka dengan lebih lagi
.
Tidak hanya bergantung kepada nota-nota kuliah & ‘Google’ untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Belajar bukan kerana pointer, tetapi untuk mendapatkan ilmunya. Terdapat banyak buku-buku ilmiah dalam bidang-bidang khusus, jurnal dan bulletin yang disediakan untuk dimanfaatkan pelajar di perpustakaan dan bilik Sumber Geologi. 

"kita dapat ijazah tetapi kita tidak dapat ilmunya" 
Stephen R. Covey

4. Menimba Pengalaman
Gunakan kesempatan yang ada untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dengan para pensyarah dalam bidang kepakaran mereka. Kesempatan semasa bekerjalapangan harus dimanfaatkan sebaik mungkin, untuk belajar, berfikir dan bekerja kerana peluang ini hanya sekali dan akan dipraktikkan di alam pekerjaan nanti

6. Aktif, amalkan geologi serta memberi manfaat
Turut serta terlibat dengan program-program yang berkaitan dengan geologi seperti menyertai Persidangan geosains, aktiviti-aktiviti anjuran Persatuan Geologi Malaysia, LESTARI, WGM, JMG, AAPG dan Kelab Geologi serta menganjurkan aktiviti geologi untuk menambahkan lagi semangat 'geologist' dalam diri setiap mahasiswa.

A thrilling experience. A culture of excellence

7. Kemahiran berkomunikasi
Softskills : “English & Thinking Capacity”. Industri mensasarkan untuk merekrut pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran. Komunikasi sangat penting untuk dikembangkan kerana potensi seseorang itu dilihat berdasarkan kebolehannya dalam melaksanakan sesuatu.

"Young graduates put a value on themselves without having any experience to show for"



No comments:

Post a Comment