Monday 13 January 2014

TEKNIK PEMETAAN GEOLOGI 
(GEOLOGICAL MAPPING TECHNIQUE)

OBJEKTIF PENGAJARAN DAN PRAKTIKAL TEKNIK PEMETAAN GEOLOGI


Fieldwork Taman Pantun : [Rintisan tertutup]

Objektif :
Mahir dalam 'traversing', kenalpasti perubahan (bearing dan ketinggian) dan merekod bacaan, menggunakan kaedah grid dan kenalpasti morfologi yang perlu diambil kira untuk dipetakan dan akhirnya gunakan data yang ada untuk membuat satu peta dasar

Pengajaran : Memberi pemahaman dan pratikal kepada kaedah memetakan kawasan

  •    Traversing (rintisan) – mencari arah bearing
  •         Kemahiran menggunakan kompas - mengira jurus dan kemiringan
  •        Mengukur jarak – menggunakan langkah kaki 
  •        Menggunakan kaedah grid
  •         Mengukur ketinggian – ketinggian aras mata 
  •    (sudut donggak dan sudut tunduk)
  •    Membuat peta dasar – Peta Geomorfologi -membuat kontur dan keratan rentas


Fieldwork Sg. Tekala : Merintis mengikut sungai (Singkapan)

Objektif :
Memahami bagaimana memetakan singkapan di dalam sungai, melihat perubahan dari segi litologi batuan dan struktur batuan dan akhirnya membuat interpretasi tentang hubungkait struktur dengan canggaan yang berlaku


Pengajaran : Mengenalpasti perubahan
  •  Memahirkan traversing (sungai) – Perubahan [Pengukuran bearing dan jarak(menggunakan tali)]
  • Mengenalpasti perubahan batuan : Jumpaan singkapan (Litologi : pink granite,quartz vein)
  • Mengenalpasti perubahan Struktur (kekar dan sesar) 
  • Membuat peta geologi (struktur). Menentukan arah kekar dominan yang mengawal pembentukan sungai [iaitu arah timur laut]


Fieldwork Port Dickson : Tanjung Tuan & Bukit Peria

Objektif :

Memetakan singkapan yang terdapat di sepanjang persisiran pantai dan yang terdapat di lantai (bahagian yang tengelam apabila air pasang). Pemetaan Geologi batuan syis (greenschist). Membuat pemerhatian dan pengumpulan data struktur-struktur yang terdapat pada singkapan (Sesar dan lipatan). Mengenalpasti jenis-jenis sesar dan lipatan (sesar songsang,sesar normal dan sesar mendatar) dan seterusnya membuat tafsiran arah sesar dominan. Pentafsiran struktur yang terdapat di kawasan ini sangat rencam dan menarik.


Pengajaran : Mengenalpasti perubahan
  • Membuat rintisan terbuka (di sepanjang Pantai)
  • Menggunakan kaedah Grid (5x5)m bagi Pemetaan Bukit Peria
  • Mengenalpasti keadaan sebenar struktur di lapangan (Sesar,telerang,lipatan)
  • Mengumpul data (jurus kemiringan) dan lineasi struktur 
  • Mengenalpasti litologi dan tekstur (foliasi) pada sampel tangan syis di lapangan
  • Membuat peta geologi (struktur) dan pentafsiran arah sesar dominan 


Fieldwork Ayer Hitam, Johor (Pemetaan Litostratigrafi)

Objektif :

Memetakan singkapan batuan sedimen yang telah termiring berarah utara-selatan.
Membuat Peta geologi dan tafsiran, log sedimen dan keratan rentas kawasan ini.
Membuat tafsiran sekitaran pengendapan berdasarkan litologi dan struktur yang terdapat di dalam jujukan batuan.



Pengajaran : Pemetaan Stratigrafi
  • Membuat rintisan terbuka : mengenalpasti perubahan fasies
  • Mengenalpasti fasies batuan berdasarkan litologi dan struktur
  • [Fasies : masif, selanglapis(heterolitik), lapisan bergred, lapisan yang mempunyai struktur : laminasi, nendatan]
  • Mengenalpasti struktur-struktur lain yang terdapat pada singkapan : sesar,lipatan,telerang, 'flame structure'.
  • Membuat log sedimen
  • Menghasilkan keratan rentas 


1 comment:

  1. Salam saudara,

    Saya pelajar geosains dari UTP.

    Saya mencari maklumat di ayer hitam, johor sebagai rujukan mengenai kajian structural geology dan sedimentology. boleh saudara kongsi sedikit sebanyak maklumat yang diperolehi? boleh email saya di vardyronaldo@gmail.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete