Friday 26 September 2014

PROGRAM-PROGRAM MAHASISWA GEOLOGI UKM

AKTIVITI SEPANJANG SEPTEMBER 2014


3 September 2014 : 
Taklimat Kemasukan Mahasiswa Geologi Sesi 2014/2015

11 September 2014 : Suka Suki Geologi 2014

   Program Suka Suki Geologi merupakan acara tahunan bagi meraikan kehadiran pelajar-pelajar baru program Geologi Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini bermatlamat sebagai medium interaksi antara semua mahasiswa Geologi (Senior & Junior) dan juga untuk memperkenalkan sekitar bangunan Geologi melalui aktiviti 'Explorace' yang diadakan. Diharap program ini dapat mengeratkan lagi Ukhwah kita semua dan meningkatkan Semangat Geologist! dalam diri setiap mahasiswa.


17 September 2014 : Hess Oil & Gas (Career talk)

      Sekali lagi pada tahun ini kita menerima kunjungan Alumni kita iaitu  Pn. Ilyah Abd Aziz  daripada Hess Oil & Gas untuk memberikan perkongsian ilmu dan pengalaman berkerja dalam bidang industri Petroleum. Pn. Ilyah telah membuka mata kami akan kepentingan ilmu asas Geologi yang bakal diaplikasikan dalam industri dan memberi peluang kepada kami untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai tugas-tugas ahli geologi dalam bidang ini. Tajuk seminar : Geologist - Alam Pekerjaan, di mana kami banyak didedahkan mengenai persekitaran sebenar, cabaran alam pekerjaan dan kepentingan bidang Geologi ini kepada penjelajahan dan eksplorasi petroleum.



19 September 2014 : Jamuan Tautan Kasih 2014
Persembahan Tahun 1
Persembahan daripada Tahun 3


20 September 2014 : Futsal Geologi Bersama Alumni
 
Terima kasih diucapkan kepada Alumni-alumni Geologi yang sudi meluangkan masa dan turun 'court' untuk bermain bersama kami - Maju Sukan untuk Geologi!



24 September 2014 : Technical Talk (H.D Tjia)- GSM
TECHNICAL TALK
Title: EARTHQUAKE DAMAGE TO BUILDINGS AND INFRASTRUCTURE: UNDER-UTILISED GEOLOGICAL DATA SOURCE

Speaker  : Prof Emeritus Dr. H.D Tjia
Venue     : Bilik Mesyuarat Fakulti Sains dan Teknologi,
Bangunan Dewan Anwar Mahmud,
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
Date        : 24th September 2014 (Wednesday)


26 September 2014 : 
Visiting Geoscientist Programme(VGP-AAPG) : 
“Geoscience Career Paths In Oil & Gas” 



Speakers from Shell, Mubadala Petroleum & Petronas
Gambar : Mahasiswa Program Geologi UKM


Program Akan Datang!

Terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua warga Geologi UKM yang bersama-sama menjayakan kesemua program pada bulan ini. Diharap kita akan terus aktif, bersemangat dan terus menerus mengikat ikatan persaudaraan yang kuat antara semua warga Geologi! 

No comments:

Post a Comment