Sunday 21 September 2014

GEMPA BUMI TOHOKU, JEPUN


Gempa bumi bermagnitud 9.0 pada kedalaman 24.4km telah melanda kepulauan Jepun pada 11 Mac 2011 di mana kedudukan 'Epicenter' adalah 130km daripada Sendai, Honshu Jepun.

Gempa bumi ini adalah rekod yang tertinggi yang tecatat dalam sejarah gempa bumi di Jepun dan kelima bermagnitud tertinggi di dunia sejak direkodkan pada tahun 1900.

Bencana ini juga telah mengakibatkan berlakunya Tsunami yang menghentam kepulauan Jepun terutamanya, daerah Sendai, Fukushima dan Yamagata. Ketinggian ombak adalah pelbagai dan dianggarkan berjulat 0.5m hingga 10m. Ombak tinggi juga dikenalpasti bergerak dan sampai ke persisiran California pada ketinggian kira-kira 2 meter.

Kesan daripada bencana ini telah menyebabkan pelbagai kemusnahan antaranya, banjir, tanah runtuh, kerosakkan bangunan dan kerosakkan pada reaktor nuklear. Kegagalan sistem penyejukkan reaktor nuklear telah menyebabkan kerosakan dan kebocoran radioaktif. Insiden ini ditafsirkan insinden nuklear yang kedua bencana selepas peristiwa di Chernobyl


Bencana ini rata-rata telah mengakibatkan banyak kemusnahan dan meragut lebih kurang 15 000 orang nyawa dan lebih 6000 orang tercedera. 



Kemusnahan akibat Tsunami di Jepun (2011)


No comments:

Post a Comment