Wednesday 30 January 2013

PROGRAM SARJANA MUDA SAINS GEOLOGI


Berasal daripada perkataan Yunani ,"Geo" bermaksud Bumi dan "Logos" bermaksud Ilmu. Geologi adalah Ilmu keseluruhannya tentang BUMI. Cakupannya daripada lapisan luar atmosfera hingga ke dalam perut bumi iaitu lebih kurang 7000 KM diameternya. Daripada bidang deskriptif dan bersifat falsafah, geologi mengaitkan pengetahuan fizik, matematik, kimia, biologi dan lain-lain pengetahuan sains untuk sampai kepada fungsi utamanya iaitu untuk memahami bagaimana bumi ini terhasil, terus berevolusi, merungkai fenomena-fenomena yang berlaku seperti kejadian pembentukan muka bumi, jenis batuan, medan magnet dan graviti, letusan gunung berapi, gempa bumi, pergerakan kerak bumi, bencana alam, mencari sumber bumi (air, tanah, mineral, logam, petroleum mentah, gas asli, mineral radioaktif, bahan binaan) dan banyak lagi.

Geologi terbahagi kepada beberapa bidang iaitu :

1. Geologi Kejuruteraan
2. Geologi tulen
3. Geologi petroleum
4. Geologi perlombongan
5. Geologi sekitaran
6. Geologi kuaterner

OBJEKTIF PROGRAM GEOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Bertekad menjadi sebagai sebuah institusi keilmuan Sains Bumi yang terulung di Malaysia. Melahirkan siswazah yang menguasai ilmu Sains Bumi, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan


7 comments:

  1. pekerjaan ape yg sesuai bagi kursus ini?

    ReplyDelete
  2. engineering geologist, mining geologist n petroleum geologist

    ReplyDelete
  3. ape syarat minima utk sambung degree ni?

    ReplyDelete
  4. Salam..syarat tahun ni muet untuk sains teknologi kan kena band 3 tp saya dapt band 2 dan saya sekarang di asasi sains.saya minat sgt kos ni..kalau saya mohon kos ni ade x harapan untuk dapat?

    ReplyDelete