PROGRAM
GEOLOGI
UNIVERSITI
KEBANGSAAN MALAYSIA
OBJEKTIF
PROGRAM GEOLOGI UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
Bertekad menjadi sebuah institusi keilmuan
Sains Bumi yang terulung di Malaysia. Melahirkan siswazah yang menguasai ilmu
Sains Bumi, berfikiran kritikal dan mempunyai sikap serta kemahiran menyelidik
dan berkeupayaan mengaplikasikannya dalam bidang pekerjaan
The
geology programme of Universiti Kebangsaan Malaysia is commited to becoming a
leading Earth Science institute in Malaysia. The Geology programme intends to
produce graduate with an understanding of earth science, critical thinking
ability, the attitude as well as skill to conduct research and the ability to apply it in the working environment.
Warga Geologi UKM
ORGANISASI PENTADBIRAN
Ketua Program Geologi UKM
DR. AZIMAH HUSSIN
PENSYARAH
PRESIDEN KELAB GEOLOGI
IZHARUDDIN SAKIP
DI SEKITAR BANGUNAN GEOLOGI
PROGRAM & AKTIVITI PELAJAR GEOLOGI UKM
- Suka Suki Geologi (Interaction day) : Menyambut Pelajar Baru
- Jamuan Tautan Kasih 2014 (September)
- Geology Technical Talk
- Career Talk (Geosciences company)
- AAPG Visiting Geoscientist Programme (VGP)
- Majlis Konvokesyen Graduan Geologi (November)
- Kejohanan Badminton Geologi (Pangea)
- International Petroleum Technology Conference (IPTC 2014)
- Petroleum Geoscience Conference & Exhibition (PGCE)
- Malaysia Geoheritage Conference
- Pameran Geologi
- Family Day Geologi 2014
- Annual Dinner Geology 2014
- National Geoscience Conference (NGC 2015)
Kerjalapangan
Seminar
Ekspedisi
Persidangan Geologi
Aktiviti Interaksi Pelajar Geologi
Pameran Geologi
CIRI-CIRI MAHASISWA/WI GEOLOGI UKM
Aktif
Berketerampilan & Berdaya Saing
Tekun dan Bekerjasama
Semangat Geologist!!
KURSUS DALAM GEOLOGI (6 SEMESTER)
Tahun Pertama (semester 1)
- Sistem Bumi
- Bahan Bumi
- Asas Peta Geologi
- Mineralogi
Tahun Pertama (semester 2)
- Paleontologi
- Geomorfologi
- Stratigrafi dan Geologi Samudera
- Geologi Ekonomi
Tahun kedua (semester 1)
- Sedimentologi
- Petrologi
- Geologi Struktur
- Teknik Pemetaan Geologi
Tahun kedua (semester 2)
- Geokimia
- Geologi Ekonomi
- Geologi Kejuteraan
- Geofizik
- Penderiaan jauh (Remote sensing)
- Sejarah dan Falsafah Sains
Tahun ketiga (semester 1)
- Geologi Sekitaran
- Petrologi Batuan Endapan
- Petrologi Lanjutan
- Dinamik Geosekitaran
- Geodiversiti dan Penilaian Geowarisan
- Geologi Petroleum
- Mikropaleontologi
Tahun ketiga (semester 2)
- Geologi Malaysia
- Information technology for Geosciences
APA ITU GEOLOGI?
Berasal daripada
perkataan Yunani ,"Geo" bermaksud Bumi dan "Logos"
bermaksud Ilmu. Geologi adalah Ilmu tentang BUMI. Cakupannya
daripada lapisan luar atmosfera hingga ke dalam perut bumi iaitu lebih kurang
7000 KM diameternya. Daripada bidang deskriptif dan bersifat falsafah, geologi
mengaitkan pengetahuan sains yang lain seperti fizik, kimia, biologi dan matematik, untuk sampai kepada fungsi utamanya iaitu untuk memahami
bagaimana bumi ini terhasil, terus berevolusi, merungkai fenomena-fenomena yang
berlaku seperti kejadian pembentukan muka bumi, medan magnet dan
graviti, letusan gunung berapi, gempa bumi, pergerakan kerak bumi, bencana
alam dan mencari sumber bumi (air, tanah, mineral, logam, petroleum mentah, gas
asli, mineral radioaktif, bahan binaan) serta banyak lagi.
Geologi terbahagi kepada beberapa bidang iaitu :
1. Geologi Kejuruteraan
2. Geologi tulen
3. Geologi petroleum
4. Geologi perlombongan
5. Geologi sekitaran
6. Geologi kuaterner
Sememangnya dalam ilmu Geologi ada mencakupi pengetahuan-pengetahuan
tentang gempa bumi, letusan gunung berapi, tsunami, tanah runtuh dan
peristiwa-peristiwa menakjubkan yang berlaku pada bumi. Walaubagaimanapun, ilmu
ini hanyalah salah satu bidang dalam geologi, sebenarnya apabila anda melangkah
dalam bidang ini anda akan melihat perbezaan daripada apa yang anda bayangkan
mengenai geologi dan apa sebenarnya itu GEOLOGI..(suatu pengakuan) :D Geologi sebenarnya merupakan bidang yang mempunyai cakupan yang sangat
luas dan sesetengahnya menguntungkan dan membawa kepada kemajuan dan
pembangunan
Pengetahuan GEOLOGI memberi kefahaman mengenai Bumi ini daripada
kejadian, pergerakkan bumi, proses-proses yang berlaku, pembentukan topografi,
kandungan mineral dan galian di dalam bumi, aplikasi geologi dalam pembinaan,
alam sekitar, mengawal pencemaran dan kaitannya juga dengan bidang sains yang
lain hingga kepada pemuliharaan dan pemeliharaan khazanah alam
Apa yang penting adalah kita perlu faham apakah itu geologi,
asas-asasnya dan aplikasinya kepada pembangunan dan kehidupan. Geologi
merupakan bidang yang semakin berkembang dan antara bidang yang penting
pada masa kini. Secara keseluruhan Geologi sememang bidang yang sangat MENARIK
dan anda akan kagum dengan keindahan dan keajaiban alam ciptaan Allah
S.W.T ini :)
Meneroka lebih mengenai Geologi (Pautan) :
Cara belajar dalam Geologi
http://geologistukm.blogspot.com/2013/11/geoskills-iii-carabelajar-dalam-geologi.html
Matlamat Menjadi 'Geologist' yang Sejati dan Berkualiti
http://geologistukm.blogspot.com/2014/01/matlamatmenjadi-geologist-yang-sejati.html
Mengupas Perkara-perkara yang menjuruskan minat dalam bidang Geologi
http://geologistukm.blogspot.com/2013/06/mengupas-perkara-perkara-yang.html
Cita-cita : Ahli Kaji Batu
http://geologistukm.blogspot.com/2013/07/cita-cita-ahli-kaji-batu-geologist.html
Kerjalapangan Tahun 1
http://geologistukm.blogspot.com/2013/08/kerjalapangan-jalur-pantai-timur-1.html