Monday 5 May 2014

KERJALAPANGAN PEMETAAN BATUAN SEDIMEN 

BUKIT KELUANG, BESUT TERENGGANU

[5-12 APRIL 2014]


Pengenalan :

Kerjalapangan STAG2243 ini merupakan kursus yang wajib diambil dan dilaksanakan oleh pelajar tahun 2 program Geologi UKM. Kursus ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu latihan pemetaan batuan sedimen (Bukit Keluang) dan pemetaan batuan igneus dan metamorf (Kuala Krai). Bagi kerjalapangan di Bukit Keluang, Terengganu seramai 30 orang pelajar tahun dua menyertai dan dibimbing oleh 4 orang pensyarah. Latihan selama seminggu di Bukit Keluang Terengganu diharap dapat melatih mahasiswa/wi geologi UKM menjadi ahli geologi yang kental,sejati dan berkualiti.



Objektif kerjalapangan :


  1. Mendedahkan kepada pelajar konsep-konsep geologi iaitu litostratigrafi, sedimentologi, paleontologi, struktur tektonik dan geomorfologi.
  2. Memahirkan diri pelajar dengan teknik-teknik pemetaan dalam batuan sedimen terutamanya membuat log, korelasi dan akhirnya menghasilkan peta taburan fasies batuan sedimen.
  3. Mendedahkan kepada pelajar bagaimana membuat analisis data lapangan dan membuat tafsiran sekitaran pengendapan.




Geologi kawasan kajian 

Kawasan kajian adalah di Bukit keluang, Besut Terengganu dan terletaknya di sepanjang pesisiran pantai dan muara sungai. Kawasan kajian merupakan Formasi Bukit keluang di mana tersingkapnya batuan sedimen klastik di 3 buah bukit dan sebuah pulau iaitu Bukit Dendong, Bukit Bubus, Bukit Keluang dan Pulau Rhu. Berdasarkan kajian terdahulu, dikenalpasti hanya sedimen klastik sahaja yang terdapat di ketiga-tiga buah bukit dan di dominasi oleh Konglomerat dominan (Bukit Keluang), batu pasir dominan (Bukit Bubus) dan Selanglapis batu pasir dan batu lodak dominan (Bukit Dendong). Berdasarkan analisis fasies dan tafsiran subsekitaran, dikenalpasti bahawa sekitaran pengendapan formasi ini merupakan sekitaran kipas alluvium. Tafsiran ini diperkukuhkan lagi dengan jumpaan fosil daun (daratan) di dalam batuan sedimen dan taburan fasies konglomerat yang masif akibat pengendapan aliran debris. Singkapan pada ketiga-tiga buah bukit mempunyai kemiringan yang berbeda ditafsirkan kerana kehadiran sesar dan berdasarkan korelasi jurus/kemiringan didapati bahawa singkapan muda ke arah tenggara di (Bukit dendong) 


Analsis Fasies Formasi Bukit Keluang

Berdasarkan cerapan lapangan dikenalpasti terdapat 6 jenis fasies yang terdapat di formasi Bukit Keluang iaitu :
  1. Fasies konglomerat masif –endapan aliran debris
  2. Fasies konglomerat sokongan butiran
  3. Fasies konglomerat tergred (palung) –endapan sungai
  4. Fasies batu pasir berpebel – endapan sungai
  5. Fasies batu pasir massif –endapan sungai (beting)
  6. Fasies selanglapis batu pasir-batu lodak – endapan banjir

Berdasarkan analisis fasies dan jenis pengendapan, diketahui bahawa fasies di kawasan kajian adalah sama seperti fasies sekitaran bagi kipas alluvium. Tafsiran ini dikukuhkan dengan jumpaan fosil daun yang terdapat dalam batu lumpur di Bukit Dendong.


Maklumat dan analisis yang dilaksanakan :

  1. Pencirian fasies / analisis fasies (Lapangan)
  2. Log sedimen (log lokaliti, log komposit & log sekutuan fasies)
  3. Korelasi
  4. Analisis subsekitaran
  5. Analisis arus kuno
  6. Tafsiran sekitaran pengendapan


Kaedah/ cara kerja :

  1. Membuat rintisan dan mengenalpasti kedudukan lokaliti di dalam peta
  2. Rintisan (mengenalpasti sempadan perubahan fasies) sama ada fasies masif, fasies selang lapis, fasies tergred,fasies berfosil dll
  3. Mengenalpasti litologi & tekstur fasies, sejauh mana sempadan fasies, mengukur ketebalan lapisan dan memasukkan data ke dalam log
  4. Mengambil data jurus kemiringan lapisan dan terus ditanda di dalam peta
  5. Mengambil data struktur tektonik, geomorfologi, lineamen seperti sesar,lipatan dan lain-lain
  6. Melengkapkan log lokaliti, mencirikan fasies (litologi,struktur sedimen,fosil) 
  7. Membuat korelasi jurus kemiringan lokaliti-lokaliti di atas peta dan seterusnya mengkorelasikan fasies lokaliti-lokaliti tersebut berdasarkan persamaan cirian fasies untuk menentukan tua-muda lapisan.
  8. Korelasi beberapa log lokaliti dilakukan untuk menghasilkan log komposit bagi bukit tersebut. Contoh Log Komposit Bukit Keluang.
  9. Proses yang sama dilakukan terhadap 2 bukit lain iaitu bukit Bubus dan bukit Dendong
  10. Gabungan beberapa log lokaliti di sebuah bukit ------------> log komposit Bukit Keluang                                                                                                                
Menghasilkan log sekutuan :

  1. Setelah log komposit ketiga-tiga buah bukit lengkap dengan (ketebalan  dan fasies dominan), ketebalan rompang dikira untuk di masukkan datanya di dalam log sekutuan
  2. Rompang : kawasan yang tidak mempunyai singkapan/ tidak dapat di jelajahi di mana ketebalan lapisan di sepanjang kawasan itu tidak boleh diperolehi. Oleh itu, jarak di atas peta perlu diketahui untuk mengira ketebalan rompang dengan formula:


sin $ = O/H

= sin $ x H

H : jarak di dalam peta x skala
$ : kemiringan lapisan
O : merujuk kepada ketebalan rompang yang dicari

  1. Kemudian korelasi fasies dominan antara log komposit setiap bukit dilakukan untuk melihat jika ada persamaan fasies antara bukit-bukit tersebut
  2. Setelah korelasi lengkap, ketebalan rompang dikenalpasti, log disekutukan sebagai satu log lengkap yang dipanggil sebagai log sekutuan fasies iaitu log bagi keseluruhan formasi Bukit Keluang.














Rujukan tafsiran : Sekitaran Kipas Alluvium
PENCIRIAN SEKITARAN PENGENDAPAN KIPAS ALLUVIUM

# Kipas alluvium terletak di  on piedmont : kawasan kaki gunung
# Kipas alluvium berbentuk kon/membujur.
# Endapan tebal di bahagian proximal & nipis ke arah distal
# Terdapat banyak sistem sungai pada permukaan kipas alluvium
#  Secara umumnya, jujukan menegak mengkasar ke atas

ENDAPAN KIPAS ALLUVIUM
1. endapan aliran debris
2. endapan aliran air – endapan : alur, tapisan dan banjir lembar


Pada bahagian Proximal :
Terdapat pada bahagian cerun kaki gunung
Terdapat Endapan aliran debris, Endapan aliran air dan endapan tapisan (sieve)
Sieve : membentuk cupingan, sedimen meresap kedalam kawasan yg poros dan terendap
Endapan debris : endapan bersais kasar : boulder, cobbles : konglomerat
Asingan buruk
Terdapat banyak struktur nendatan

Pada bahagian medial
Terdapat sistem sungai : sg berliku-berburai
Endapan aliran air – alur sungai –secara seretan/ampaian
Endapan Sungai : struktur ripple, laminasi silang
Endapan berasingan baik
Berbutir kasar hingga sederhana
Sokongan butiran dan boleh terdapat imbrikasi klasta
Terdapat beting pasir
Terdapan banyak struktur palong pada bahagian dasar


Pada bahagian distal – hilir
Terdapat system sungai
Endapan aliran air
Endapan berasingan baik
Berbutir sederhana hingga halus



No comments:

Post a Comment