Friday 7 February 2014

Geologi Kepulauan Langkawi


# Langkawi terletak di barat laut semenanjung Malaysia

# Mempunyai jujukan batuan yang paling lengkap di Malaysia

# Batuan tertua di Semenanjung terdapat di Langkawi (dalam formasi Machincang berusia kambria)

# Terdapat pelbagai jenis batuan daripada usia kambria hingga kuartener(Alluvium)

# Terdapat batuan Sedimen samudera (4 Formasi), Igneus (granit Gunung Raya) dan metasedimen seperti kuarzit dan sabak.

# Secara umumnya, batuan sedimen yang membentuk langkawi adalah sedimen klastik dan sedimen karbonat (terendap di kawasan delta dan laut cetek hingga sederhana)


# Selepas pengendapan keempat-empat formasi, berlaku rejahan Granit yang mengangkat keseluruhan Pulau Langkawi
# Formasi Setul dan Chuping juga terdapat di Perlis

# Terdapat 4 jenis formasi iaitu :

Formasi Machincang [Kambria-Ordovisi]
Formasi Setul [Ordovisi-Devon]
Formasi Singa [Karbon-Perm]
Formasi Chuping [Perm-Trias]



Formasi Machincang

# Berusia kambria-ordovisi, kira-kira 500juta tahun dahulu

# Sekitaran pengendapan : Delta, laut cetek dan lagun. Berlaku proses maraan delta (jujukan mengkasar ke atas) dan mencetek ke atas apabila paras laut naik secara beranasur-ansur menengelamkan delta dan menjadi sekitaran laut cetek di mana sedimen karbonat terendap. Terdapat fasies batu pasir berfosil kesan yang menunjukkan sedimen diendap di kawasan yang tenang, berkemungkinan lagun.

# Jujukan stratigrafi : Fasies Selanglapis batu pasir dominan dengan syal, batu lumpur dan konglomerat. Terdapat lapisan nipis batu kapur pada lapisan atas formasi. Terdapat juga batuan metasedimen seperti kuarsit dan sabak akibat setuhan rejahan granit pada formasi ini. Jumpaan fosil kambria.

#Lokaliti : Pondok Nibong (Telok Tok Manap) & Pasir Tengkorak- Tanjung Buta (Upper part of Machincang Formation) 



Formasi Setul

# Berusia Ordovisi hingga Devon, kira-kira 400juta tahun dahulu

# Sekitaran pengendapan : Laut cetek, beriklim sejuk. Selepas delta di dalam formasi Machincang tenggelam, Sedimen karbonat (batu kapur) terendap di laut cetek di dalam formasi setul. Terdapat jumpaan fosil yang hidup di kawasan beriklim sejuk

# Jujukan stratigrafi : Fasies batu kapur berlumpur dan berdolomit. Terdapat juga selang lapis batuan klastik dan batu kapur. Di mana terdapat ahli detrital bahagian bawah dan ahli detrital bahagian atas (dalam bentuk kekanta) . Setul bawah berketebalan  kira-kira 3000m manakala Setul atas berketebalan kira-kira 400 kaki. Formasi Setul telah menindih Formasi Machincang secara selaras.

# Lokaliti : Kang Geap Quarry , Utan Aji (sempadan F. kubang pasu- F. Setul) dan Penarak



Formasi Singa

# Berusia Karbon hingga Perm awal, kira-kira 300juta tahun dahulu

# Sekitaran Pengendapan : Laut cetek hingga pelantar bahagian luar (sederhana dalam), kawasan beriklim sejuk (berdasarkan bukti penemuan fosil brachiopod : productus dan ‘glaciomarine deposit’)

# Jujukan stratigrafi : Fasies batu lodak dan batu lumpur berlapis dengan batu pasir. Terdapat Fasies istimewa iaitu Fasies endapan diamiktik (berasingan buruk) atau Fasies batu lumpur berpebel. Di sini dijumpai ‘dropstone’ yang dipercayai akibat jatuhan daripada ais (tilloid) ke dalam sedimen yang masih lembut. Batuan metasedimen boleh ditemui. Formasi Singa juga tersingkap di Puncak Gunung Raya. Formasi Singa menindih Formasi Setul secara tidak selaras.

# Lokaliti : Air Hangat-Durian Perangin & Tanjung Mali



Formasi Chuping

# Berusia Perm-Trias, kira-kira 250juta tahun dahulu

# Sekitaran pengendapan : Laut cetek. Terendap sedimen karbonat (Batu kapur)

# Jujukan stratigrafi : Fasies batu kapur berwarna cerah. Terdapat jumpaan fosil cangkang bivalvia,gastropod dan ammonit. Formasi Chuping menindih Formasi Singa secara selaras.

# Lokaliti : Belanga Pecah





No comments:

Post a Comment