Friday 13 September 2013

PENGETAHUAN ASAS GEOLOGI 


Gambar di atas menunjukkan batuan sedimen yang terdiri daripada konglomerat (di bahagian atas) dan berkemungkinan syal atau batu pasir (di bahagian bawah).
Konglomerat merupakan sejenis batuan sedimen yang terdiri daripada pelbagai jenis & saiz klasta.
Syal pula merupakan batuan sedimen yang mempunyai saiz butiran yg sangat halus iaitu  1/16mm-1/256mm.

Pada batuan sedimen di bahagian bawah  terdapat sesar yang mana ia merupakan 'reverse fault'. sesar terbahagi kepada 3 jenis iaitu 'normal fault', 'reverse fault' dan 'strike-slip'. Ketiga-tiga sesar ini boleh menyebabkan gempa bumi.

1.2
Selain sesar terdapat juga ciri ketakselarasan antara konglomerat dan syal. Ketakselarasan ialah di mana satu permukaan yang terletak diantara dua strata mewakili satu jangka masa yang hilang dalam rekod masa geologi. ketakselarasan mungkin berlaku disebabkan oleh hakisan ataupun tiada berlaku pemendapan sedimen pada jangka masa yang panjang. Terdapat beberapa jenis ketakselarasan namun hanya empat jenis ketakselarasan yang perlu diketahui iaitu NONCONFORMITY, DISCONFORMITY, PARACONFORMITY dan ANGULAR UNCONFORMITY

1.3

Jadi, mengikut pemerhatian ketakselarasan yang ditunjukkan dalam gambar diatas adalah "angular unconformity".


No comments:

Post a Comment