Sunday, 11 August 2013

LETUSAN GUNUNG BERAPI 'DANAU TOBA' & KAITANNYA DENGAN ASAL USUL BANGSA MELAYU
(hanya dari sudut Sejarah)


Asal usul Melayu, induknya di Benua Sunda. Benua Melayu Sunda meliputi Sumatera, Jawa dan Borneo.
Melayu antara yang tertua di Asia, malah Melayu sebenarnya lebih awal wujud daripada tamadun India dan China. Letusan gunung berapi Danau Toba yang paling besar berlaku sekitar 73 000 hingga 75 000 tahun lalu mengakibatkan kehilangan banyak nyawa, hanya beberapa generasi sahaja yang dapat meneruskan kehidupan. Benua Sunda pada masa dulu dari Medan Indonesia ke Melaka cuma dipisahkan oleh sungai yang cetek dan boleh berjalan kaki. Selepas beberapa tahun, Benua Sunda berpecah, dipisahkan oleh laut selepas berlaku banjir besar sebanyak tiga kali. 
























Asal Usul Melayu :

Melayu dalam bahasa sanskrit bermaksud "Gunung". Ini disebabkan orang Melayu suka tinggal di gunung. Di gunung ada sumber air, makanan dan tempat berteduh. Orang Dai-Viet menyebutnya sebagai Phu Nam. Funan dan Phnom bermaksud gunung dalam bahasa Melayu asli dan ia adalah perubahan beribu tahun dari kata asalnya gnom (Melayu Kuno) Funan juga bermaksud "Puak Gunung"

Sumber : Metro Ahad (11 Ogos 2013) "Menangkis tanggapan salah"


No comments:

Post a Comment