Friday, 7 February 2014

'KAJIAN TANPA SEMPADAN'

Pencirian Batuan Sedimen
  • Sedimen adalah partikel yang peroi yang terdapat di permukaan bumi (daratan/ lautan)
  • Batuan sedimen terhasil daripada bahan sekunder, terbentuk dari pemecahan batuan utama yang terdedah di permukaan bumi (igneus, metamorf dan sedimen)
  • Batu lumpur/syal dan batu pasir adalah yang paling dominan iaitu 80%-95% keseluruhan batu sedimen

  • Terdapat dua jenis batuan sedimen :

Batuan sedimen klastik :
a.      Rudaceous (Rudit) : berbutir kasar : konglomerat/breksia
b.     Arenaceous (Arenit) : batu pasir
c.      Argillaceous (Argilit) : batu lumpur dan batu lodak

Batuan sedimen bukan klastik :

  •          Batuan karbonat : batu kapur, dolomite dan aragonit
  •       Bersilika : Rijang dan diatomit
  •     Arang batu
  •     Evaporit : Batu garam/ Gypsum


Mengenalpasti batuan sedimen :

  •          Terdapat Perlapisan
  •          Terdapat struktur sedimen
  •          Tindak balas dengan HCL
  •          Jumpaan fosil
  •         Berbutiran : mengalami proses pengangkutan
  •      Gores dengan kaca


Apa yang perlu dikenalpasti untuk mencirikan batuan sedimen adalah :


  •     Sais butiran dan tekstur(sentuh dan warna)
  •     Jenis sokongan (Matriks/butiran) , >15% matriks = sokongan matriks
  •     Komposisi
  •     Bentuk butiran
  •     Asalan butiran

I.            Konglomerat : .2mm-256mm

  •    Ortokonglomerat = sokongan butiran
  •          Parakonglomerat = sokongan matriks
  •         Oligomiktik : klasta terdiri drpd satu jenis batuan
  •  Polimiktik : klasta terdiri daripada beberapa jenis batuan 

Konglomerat berpasir : >30% klas (Bulat), matriks pasir
Konglomerat berlumpur : >30% klas, matriks lumpur : endapan aliran debris
Batu pasir/batu lumpur berpebel : <30% pebel/granul
Batu granul : batu yang terdiri daripada granul yang diikat oleh simen, berporositi tinggi



II.          Breksia : klasta bersudut : 2mm-256mm
Breksia mempunyai butiran klas bersudut, sokongan butiran
*hampir dengan punca sedimen, endapan aliran debris

Breksia berpasir/berlumpur : mempunyai kandungan lumpur <75%
Breksia berijang : mempunya klasta rijang yang bersudut
Breksia arkos : klastanya terdiri daripada feldspar bersudut
Breksia litik : terdiri daripada pecahan batuan yang bersudut
Tambahan :
Breksia sesar : terdiri daripada pecahan batuan yang bersudut yang berlaku akibat pergerakan dua permukaan sesar.



III.        Batu Pasir “ 1/16mm-2mm garis pusat
Sokongan butiran (arenit) : <15% matriks
Sokongan matriks ( Batu wak: Pasir bercampur dengan lodak & lumpur) >15% matriks
Batu pasir mengores kuku, ‘gritty’ dan boleh dilihat butiran. Berwarna cerah hingga gelap, putih, keperangan, merah dan kelabu.


Pengelasan :

§  Batu pasir kuarsa : kuarsa dominan, berwarna keputihan 95% =Q
§  Batu pasir arkos : >25% Feldspar(ortoklas), berwarna merah jambu
§  Batu pasir litik : Mempunyai pecahan/ serpihan batuan bersais pasir, berwana kelabu gelap
§  Arkos litik : >25% feldspar, mempunyai pecahan batuan bersais pasir
§  Wak berpasir : <50% pasir di dalam wak




IV.        Batu Lodak : 1/256mm-1/16mm garis pusat
Berbutiran halus, komposisi butiran tidak dapat dikenalpasti dengan mata kasar, ‘gritty feels’, mengores kuku, dibesakan dengan lumpur apabila di rasa dengan kuku/gigi


V.          Batu lumpur dan syal : <1/256mm garis pusat
Lempong,berbutiran sangat halus, berwarna gelap, butiran tidak kelihatan,tiada rasa, tidak mengores kuku, porositi rendah, resistiviti lebih rendah daripada batu pasir. Syal bersatah serpih. Fosil banyak dijumpai di dalam batuan ini.



BATUAN ENDAPAN BIOKIMIA

VI.        RIJANG
Terdiri daripada kuarsa mikrokristalin, berwarna cerah hingga gelap, sangat keras, masif/berlapis, pecahan konkoidal dan tahan terhadap luluhawa. Mengandungi fosil Radiolarian.

VII.      Diatomit
Berwarna keputihan-kelabu, tidak bertindakbalas dengan asid (bersilika), porositi tinggi dan terdiri daripada organism mikro plantonik iaitu ‘diatom’.

VIII.   Gambut/ arang batu
Berwarna gelap, ringan, germerlap dan mengandungi serpihan daun/ batang tumbuhan (kaya dengan karbon)


BATUAN ENDAPAN BIOKIMIA

I.            Batuan karbonat : Batu Kapur
Batu kapur terdiri daripada mineral kalsit, allokem dan mikrit.

Allokem yang terdapat di dalam batu kapur :

  •            Pecahan cangkang
  •           Litoklas
  •          Ooid (internal concentric layers of calcite)
  •     Pelloid (membujur dan tiada struktur dalaman)


Pengelasan batu kapur :

Mengikut Dunham’s : berdasarkan peratusan kandungan matriks (Mikrit : lumpur karbonat) dan menentukan jenis sokongan


  •        Mudstone : <10% butiran, sokongan matriks
  •        Wackestone : >10% butiran, sokongan matriks
  •        Packstone : sokongan butiran, ada sedikit matriks
  •        Grainstone : sokongan butiran dan tiada matriks
  •        Boundstone : framework of organism : Algae, Coral dan Bryosoan
  •     Crystalline carbonate

Mengikut Folk’s : Berdasarkan kandungan allokem, mikrit dan kalsit spar


  •           Mikrit = Mudstone : terdiri daripada lumpur karbonat (lime mud)
  •           Biomikrit / Biosparit : mengandungi fosil: pecahan cangkang/ organisma
  •          Oomikrit / Oosparit : mengandungi ooid / onkoid [Batu Kapur Oolitik : lingkaran kalsit]
  •          Pelmikrit / Pelsparit : mengandungi Pelloid, banyak menjadi Grapestone/lump
  •       Intramikrit / Intrasparit : mengandungi litoklas (pecahan/serpihan batuan)

Batu kapur berdolomit [CaMg(CO3)2]
Berbutir halus, pecahan konkoidal, berwarna kelabu gelap, tumpat dan bertindak balas dengan asid sekiranya di gores. Terdapat di dalam batuan karbonat tua.

Kokina (Coquina)
Cangkang fosil / pecahan cangkang yang tersimen. Ringan, Porositi dan ketelapan yang tinggi.

Kapur (Chalk)
Berwarna keputihan, ‘powdery’ bertindak balas dengan asid, terdiri daripada organisma mikro plantonik iaitu Cocolithiphores.



BATUAN ENDAPAN KIMIA

Aragonit
Berwarna putih-jingga. Terdapat di dalam batu kapur muda (kuartener) Mengisi ruangan kosong di dalam batu kapur.

Travertine
Berwarna putih keperangan/kelabu. Berlapis-lapis. Terbentuk di dalam gua batu kapur dan kawasan air panas (hot spring)

Gipsum
Boleh digores dengan kuku, tumpat berwarna kuning atau merah jambu.

Batu garam
Tidak berwarna, lutsinar/putih, berbentuk segi empat dan masin.




Pentafsiran sekitaran pengendapan :  
berdasarkan Fasies

CIRI-CIRI UNTUK PENTAFSIRAN SEKITARAN PENGENDAPAN

1.     Analisis fasies : Litologi, struktur sedimen dan jumpaan fosil
2.     Jujukan menegak fasies : mengkasar, menghalus/mencetek ke atas
3.    Sekutuan fasies : membuat perbandingan antara fasies-fasies yang terendap di dalam lembangan yang sama. Sama dari segi usia. 

________________________________________________________________


SEKITARAN PENGENDAPAN : SUNGAI

Cara pengendapan : aliran air : alur (sistem sungai)

Bukti sekitaran pengendapan sungai :

#Jujukan stratigrafi menghalus ke atas.
#Terdapat banyak struktur pepalong
# Terdapat struktur lapisan silang di dalam lapisan pasir dan konglomerat
#Fasies alur, tetambak, beting dan krevas splay membentuk kekanta di dalam fasies dataran banjir yang tebal



Fasies yang mungkin dijumpai di sekitaran pengendapan sungai :
  1.    Beting pasir : Fasies pasir masif
  2.      Dasar sungai / Point bar (Sg. Berliku) :
  3.     Fasies lapisan konglomerat-pasir berlapisan planar
  4.    Fasies pasir dominan berlapisan silang
  5.     Fasies pasir bergred (jujukan menghalus ke atas)
  6.        Dataran banjir : Fasies selang lapis pasir halus dengan lumpur.
  7.     Terdapat struktur laminasi, kesan riak dan rekahan lumpur. Endapan ampaian (banjir)
  8.        Tetambak (levee) : Fasies pasir halus berlaminasi silang berselang lapis dengan lapisan lumpur berlaminasi selari. Terdapat struktur rekahan lumpur, kesan titisan hujan dan bioturbation.
  9.      Tasik ladam : Fasies konglomerat berlapis dengan lumpur
[Jujukan stratigrafi menghalus ke atas]




SEKITARAN PENGENDAPAN : DELTA

Cara pengendapan : aliran air : alur (sistem sungai) dan pengaruh ombak,pasang surut, arus tepi pantai...


Bukti sekitaran pengendapan Delta
# Jujukan mengkasar ke atas
# terdapat banyak struktur palungan (distributary channel)
# Terdapat lapisan silang tulang ikan herring

Fasies yang mungkin terdapat di sekitaran pengendapan Delta :

  • Selang lapis batu pasir dominan dengan batu lumpur, syal dan konglomerat
  • 1.     Fasies syal dominan dengan lapisan nipis pasir halus (Prodelta)
  • 2.     Fasies selang lapis syal-pasir sederhana
  • 3.     Fasies batu pasir dominan berlapisan silang(Deltafront)
  • 4.     Fasies batu pasir berlapisan silang plana dan terdapat palungan
  • 5.     Fasies batu pasir kasar tebal berlapisan silang (Deltaplain)



 SEKITARAN PENGENDAPAN : Laut Cetek

Bukti sekitaran pengendapan di sekitaran Laut Cetek :
# Terendap sedimen karbonat
# Terdapat lapisan perantaraan detrital (klastik)-karbonat
# Terdapat fosil karbonat yang banyak

Fasies yang terdapat di sekitaran laut cetek :

Contoh Formasi setul yang terdapat di bahagian utara Semenanjung Malaysia
1.     Fasies batu kapur berlumpur : akibat kenaikan paras laut pada kawasan delta – menjadi laut cetek
2.     Fasies detrital yang berselang lapis dengan batu kapur. –kemasukan sedimen klastik yang menganggu pengendapan sedimen karbonat



SEKITARAN PENGENDAPAN : KIPAS LAUT DALAM

Cara pengendapan : aliran debris dan arus turbidit

  • Fasies yang mungkin terdapat pada sekitaran kipas laut dalam adalah :

  • 1.     Fasies tidak teratur : [Fasies konglomerat berlumpur] (berasingan buruk) akibat endapan aliran debris. Terdapat struktur nendatan, kerana kawasan bercerun. [terdiapat di bahagian kipas dalam]
  • 2.     Fasies tidak teratur : [Fasies konglomerat sokongan matriks/sokongan butiran]. Terdapat struktur palong.
  • 3.     Fasies pasir massif : endapan arus turbidit yang berhenti secara tiba2
  • 4.     Fasies pasir bergred : endapan arus turbidit : terdapat proses tarikan butiran pada bahagian dasar
  • 5.     Fasies pasir berlumpur berlaminasi selari. Terdapat struktur beban
  • 6.   Fasies selang lapis batu lodak- batu lumpur
  • 7.     Fasies batu lumpur. Terdapat endapan/lapisan oose (chert). [terdapat di bahagian kipas luar]

[ Jujukan menegak menunjukkan jujukan mengkasar ke atas]


#Bukti endapan kipas laut dalam :
-Terdapat endapan berfosil laut dalam [pelagic/radiolaria]  pada bahagian kipas luar
-Terdapat banyak struktur nendatan –menunjukkan kawasan bercerun/tak stabil
-Jujukan stratigrafi mengkasar ke atas     
-endapan arus turbidit graviti – graded bedding
-endapan aliran debris
-terdapat sedimen kasar pada bahagian di laut dalam



SEKITARAN PENGENDAPAN : KIPAS ALLUVIUM

Cara pengendapan : aliran debris dan aliran alur

  • Fasies yang mungkin terdapat pada sekitaran kipas Alluvium adalah :
  • 1.     Fasies tidak teratur :  [Fasies konglomerat berlumpur] (berasingan buruk) akibat endapan aliran debris. Terdapat struktur nendatan. Terdapat pada bahagian proximal.
  • 2.     Fasies pasir-lodak berlapis dengan konglomerat. Akibat endapan tapisan
  • 3.     Fasies batu pasir laminasi/lapisan silang. Endapan aliran alur (sistem sungai). Terdapat imbrikasi klasta dan struktur pepalung pada bahagian dasar.
  • 4.     Fasies selang lapis lodak-lumpur : endapan banjir lembar yang terdapat pada bahagian distal

#Bukti endapan kipas alluvium :
-Terdapat pada bahagian cerun kaki gunung [Proximal, medial dan distal]
-Terdapat banyak struktur nendatan –menunjukkan kawasan bercerun/tak stabil
-Jujukan stratigrafi mengkasar ke atas     
-Endapan aliran debris (berasingan buruk) dan aliran alur (laminasi /lapisan silang).
 -Terdapat sedimen kasar seperti konglomerat dan breksia
-Terdapat sedimen yang tidak matang seperti arkos, hampir dengan punca sedimen



Thursday, 6 February 2014

Clastic Sedimentary rock : Sandstone


  • Clastic sedimentary rock
  • Clast or piece of minerals or fragments of rock
  • Form from cemented grains
  • Aggregates of minerals : quartx, feldspar, muscovite, biotite,hornblende, pyroxene
  • Colour : brown, white, red, grey, yellow, orange, pink and black
  • Texture : arenaceous sediment
  • Sixe : 1/16mm- 2mm (0.0625mm-2mm)
  • May include finer and coarser material
  • < 30% of gravel/pebble
  • 3 kinds of materials in it : clast particles, matrix and cement
  • Cements : calcite, silica & iron oxide (they may fill the spaces where there is no matrix)
  • Matrix (fine grained stuff) silt-clay
  • High matrix = poorly sorted --- >15% matrix = wacke (dirty) maybe subangular
  • Little matrix = well sorted --- <15% matrix, little cement = arenit (clean) maybe well rounded
  • Sandstone > 25% of feldspar (Arkose : alluvial fan)
  • Sandstone made of volcanic particle – tuff (volcanoclast)
  • Sandstone with pieces of rock fragments : Lithic sandstone
  • Not usually contain good fossils because of energertic environment
  • Oxygen rich environment – oxidation take place – become red colour iron oxide
  • Reduced environment – darker- grey colour
  • High porosity – good aquifier and petroleum reservoir : 5.0 % - 25.0%
  • High Permeability
  • High resistance to weathering
  • Electrical resistivity of pure sandstone = 10 ohm 
  • Specific gravity : 2.2 - 2.8
  • Arenaceous sediment become sandstone when it is compacted by pressure of overlying deposit

·        Sedimentary structure :
  • Ripples can indicate the local water currents or wind directions.
  • Load structures sole marks, rip-up clasts and similar features are fossil footprints of ancient currents.
  • Liesegang bands are signs of chemical action after burial of the sand.
      
 Environments of deposition

·         Terrestrial environments
1.     rivers, (leveees, point bars, channel sands)
2.     Alluvial fans
3.     Glacial Outwash
4.     Lakes
5.     Desert

·         Marine environments
1.     Deltas
2.     Beach and shoreface sands
3.     TIdal flats
4.     Offshore bars and sand waves
5.     Storm deposits (tempestites)
6.     Turbidites (submarine channels and fans)




Lampiran Informasi Geologi : Sumber Bangunan Geologi UKM

Exfoliation in Granite :Machincang Formation


Chevron folds , Kuala Abang Terengganu



Pumice deposit, Gunung Batur Bali

Discontinuity Survey


Slope Stability & design

Seismic survey

Abstract : Remote sensing



SAMPEL BATUAN KERJALAPANGAN
TAHUN 1 & TAHUN 2


























Granit Bebutiran kasar

Granit berbutiran sederhana

Granit berbutiran kasar

Seinit Kompleks Benta

Granit Feldspar alkali


Granit berbutiran halus


Diorit Kompleks Benta

Basalt Segamat

Aplit (Telerang)

Syis Hijau

Syis Mika

Hornfel (Garnet)

Hornfel Paya Peda

Batu Pasir Bertuf

Filit Kenny Hill


Batu Pasir Berfosil

Batu Kapur berlumpur berfosil

Sabak

Gores garis sesar

Batu Pasir berfosil

Basalt Segamat (bertelerang kalsit)