Wednesday, 4 March 2015


HIDROGEOLOGI

Air bawah tanah  merupakan air yang terdapat pada semua rongga di dalam satu lapisan geologi. zon tepu ini boleh dibezakan daripada zon tak tepu atau zon pengudaraan. zon tak tepu selalunya didapati di atas zon tepu dan menganjur ke atas ke permukaan.

AKUIFER

Akuifer adalah satu lapisan tepu, mempunyai ketelapan yang baik dan menghasilkan sejumlah air ke telaga. (mempunyai keupayaan untuk menakung dan mengeluarkan air). Formasi tersebut boleh menyimpan air di dalam pori batuan/sedimen. Contoh yang baik adalah mendapan tak konsolidat seperti endapan alluvial. Keporosan diperoleh daripada ruang antara butiran atau retakan yang berkedalaman (100-200m). Kawasan akuifer biasanya luas dan mungkin menindih atau terletak di dasar satu lapisan yang tidak telap.









AKUITARD
Satu lapisan tepu tetapi ketelapannya tidak baik. Masih boleh juga mengalirkan air ke arah atau daripada akuifer berdekatan. Contoh seperti syal.


AKUIKLUD
Satu lapisan tak telap dan tidak boleh menghasilkan sejumlah air bermakna ke telaga. Contohnya batuan segar yang tiada retakan.





JENIS-JENIS AKUIFER


Akuifer Tak Terkekang
Juga dikenali sebagai akuifer bebas di mana tiada lapisan penekan di atas zon akuifer.


Akuifer Terkekang (Confined aquifer)
Terdapat lapisan/strata penekan yang tidak telap menindih zon akuifer dan menghasilkan tekanan yang tinggi berbanding tekanan atmosfera. Tekanan yang tinggi didalam akuifer menyebabkan air mengalir keluar tanpa di pam. (artesian flow/ telaga aliran)



"Allah, Dialah yang mengirim angin lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya dilangit menurut yang dikehendaki Nya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal: lalu kamu lihat hujan keluar dari celah-celahnya. Maka apabila hujan itu turun menimpa hambaNya yang dikehendaki Nya menjadikan mereka gembira. 
(SurahAr-Rum: 48)



Rujukan :

Brassington. R. 1988. Field Hydrogeology. Geological Society of London
Todd, David Keith 1989. Hidrologi air tanah.(Tej) Mohamad Ali Hasan. 
Dewan Bahasa & Pustaka.

No comments:

Post a Comment