SEMINAR LATIHAN ILMIAH I SESI 2014/2015
Bangi – Pada 9hb dan 10hb lepas sekali lagi Program Geologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan seminar tahunan iaitu “Seminar
Latihan Ilmiah” bagi sesi 2014/2015. Seminar ini diadakan selama 2 hari dan
memuatkan pelbagai perkongsian mengenai kajian-kajian
geologi daripada para pelajar tahun akhir program Geologi UKM. Antara kajian
yang dibentangkan adalah geologi am, pemetaan stratigrafi dan sedimentologi, pemetaan
geomorfologi, pencirian paleontologi, kajian geologi kejuruteraan, kajian
kestabilan cerun dan kajian seismos biasan. Program yang
diadakan ini adalah untuk memberi latihan kepada mahasiswa/si geologi untuk
memperaktikkan hasil pembelajaran mereka menerusi kajian yang dijalankan sendiri
dengan bimbingan pensyarah. Berdasarkan kajian yang dibentangkan, pelajar
dinilai akan kefahaman mereka terhadap asas geologi, kemahiran dalam penafsiran
dan interpretasi terhadap cerapan dan data-data yang diperolehi, baik daripada
kajian lapangan mahupun kajian makmal. Program ini juga bertujuan untuk memberi
kemahiran saintifik kepada pelajar dalam menghasilkan suatu kajian yang
berkualiti dan juga melatih diri pelajar untuk berkomunikasi dengan baik dalam
memberi input dan kefahaman kepada orang lain.
No comments:
Post a Comment