TRUST ME, I’M A GEOLOGIST & THIS IS MY STORY
Bismillahirahmanirahhim..
Dua tahun sejak
September 2012, saya menjejakkan kaki di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perasaan pertama kali melangkah ke UKM saya sangat besyukur dan berbangga dapat
menjadi salah seorang Mahasiswa Geologi di universiti ini. ‘Mahasiswa’ satu
nama yang sememangnya mempunyai taraf yang tersendiri namun, mempunyai matlamat
& tanggungjawab yang berat sebenarnya. Sejak masuk Universiti ini, saya
telah menetapkan matlamat untuk terus meneroka dengan lebih lagi, belajar pada
kedudukan yang tinggi ini yang dipanggil sebagai Menara Gading. Bagi saya
Universiti adalah satu pentas untuk mengembangkan potensi dan permulaan kepada
kejayaan. Saya bukan hanya datang ke sini untuk belajar tetapi untuk mencari
yang lebih lagi iaitu ‘Peluang & Pengalaman’. Di UKM kita bukan sahaja
berpeluang malah boleh mencipta peluang. Bagi saya tiada gunanya hanya belajar
dan mendapat gred yang cemerlang di akhir keputusan, tetapi apa yang penting
adalah Belajar kerana kita ‘mahu’ dan bukan kerana kita perlu/terpaksa (bukan
kerana pointer). Belajar untuk “faham, amalkan dan memberi manfaat”.
Sememangnya pengalaman bersama Program Geologi amatlah
berharga malah tidak ternilai bagi saya. Sepanjang kami menghadiri kuliah,
amali, kerjalapangan dan beraktiviti saya berasa sangat gembira dan menikmati
setiap saat bersama para pensyarah, warga geologi dan rakan-rakan. Saya teruja
dapat mempelajari suatu bidang ilmu yang sangat menakjubkan ini, iaitu Geologi.
Banyak perkara dalam geologi yang bukan mudah untuk dipercayai, namun dengan geologi
dapat difahami dan dibuktikannya. Ilmu tentang bumi, menyebabkan kami mampu
berfikir lebih daripada imaginasi, mula mempersoalkan kejadian-kejadian yang
berlaku, meningkatkan semangat ingin tahu dan yang paling ‘best’ adalah dapat
‘appreciate’ alam ini. Hanya geologist sahaja yang mampu berkata, cantiknya batu
tu... XD
"Mengilhamkan Harapan, Mencipta Masa Depan"
Banyak
pengalaman-pengalaman baru yang kami peroleh, dan Insha Allah semuanya
bermanfaat. Jika sebelum ini tidak pernah mendaki gunung, naik turun bukit,
cerun curam, meredah dan meranduk sungai, naik ke permatang turun ke lembah,
masuk hutan hingga ke padang jarak, bekerja di lapangan yang kadang-kala
ekstrem dengan panas terik dan hujan lebat, berkhemah, beriadah dan yang paling
osem sekali adalah dapat menikmati keindahan alam sepanjang bekerjalapangan
terutamanya dapat melihat dan memahami geologi persekitaran. SubhanAllah.
Saya berharap saya akan
dapat terus berkembang dalam bidang ini, terus menerus membawa bidang ini
kehadapan, mewarisi ilmu dan kepakaran dan dapat mencapai segala cita-cita dan
impian saya selama ini. Saya tidak akan berhenti di sini saja, banyak lagi yang
perlu saya pelajari dan terokai, bumi ini luas, diharap saya dapat berpeluang menjelajah
setiap satu daripadanya dan membawa cerita yang lebih menarik kepada kalian
semua. Wa’allahualam.
Kawan..
Jangan berjalan di belakangku,
kerana aku tidak minat memimpin..
Jangan juga berjalan di
depanku, kerana aku tidak selalu mengikuti..
Tapi berjalanlah di
sisiku agar dapat kita bersama-sama mengapai kejayaan!
Name : Muhammad Adib Bin Haris
National University Of Malaysia [UKM - 2012/2015]
Majoring : Engineering Geology
Thesis : Hidrogeology of Kajang & Bangi
Desired career : Petrophysicist
Involvement
in Geology Programmes :
- UKM
Geology Batch leader (Sept 2012- Nov 2013)
- 1st
year Representative of Geology Club (2012)
- 2nd
year Respresentative of Geology Club (2013)
AAPG
UKM STUDENT CHAPTER :
- Academic
Exco of AAPG UKM Student Chapter (2012)
- Tresurer
of AAPG UKM Student Chapter (2014)
- Blogger/
admin of geologistukm.blogspot.com
Memberships,
activities and programmes joined :
- Member
of Geological Society Of Malaysia (GSM)
- Member
of American Association of Petroleum Geologist (AAPG)
- Member
of European Association of Geoscientists & Engineers (EAGE)
- Member
of Society of Exploration Geophysicist (SEG)
- Member
of Young Earth Scientist (YES NETWORK)
- Member
of GeoAssist Club (GAC)
2013
- Earth
Sytem Science Education Seminar (ESSE)
- National
Geoscience Conference (NGC 2013)
- Gunung
Senyum & Gunung Jebak Puyuh UKM Geology Club Expedition
- Oil
& gas Festival (OGFEST’13)
2014
- Offshore
Technology Conference Asia (OTC Asia)
- National
Geoscience Conference (NGC 2014)
- Granite
Expo 2014 Jakarta
- International
Petroleum Technology Conference (IPTC)
- Geo-Kit
Design Competition - KWGM
Interests
:
- In Petrography,
Stratigraphy and sedimentology, structural geology, geophysics, geomorphology
and geological mapping
- Field of
study : Engineering Geology, Hidrogeology, Petroleum Geology and philosophy.
- Attending conference and seminars
- Travel and explore the nature
- Interest in
extreme sports, hiking & expedition
- Participating in outreach programmes (community services, public
services, training programs & volunteering )
Missions
:
- Strive
towards becoming a skilled and professional Geologist
- To develop a good understanding of geology and raising the public profile of geosciences through educational outreach and activities
- To pursue a Masters degree in Earth Science (MIT-EAPS)
- To actively participate in geosciences community/organizations/institutions