Wednesday, 7 May 2014

CERAPAN MENGENALPASTI JENIS BATUAN BERDASARKAN CIRIAN UMUM BATUAN

Batuan Utama terbahagi kepada 3 jenis :

1. Batuan Igneus
2. Batuan Sedimen 
3. Batuan Metamorf

Kenalpasti Cirian Umum batuan : berdasarkan [Tekstur & Litologi]



Batuan Igneus

1. Terdiri daripada butiran-butiran mineral/ kaca
2. Masif/ dalam bentuk jasad (batholith, sill, daik,kon volkano, lopolit,lakolit dll)
3. konsep tua-muda [potong-memotong, kandung-mengandung]

Pengelasan berdasarkan :
1. Tekstur : berbutiran kasar/ berbutiran halus
2. Butiran : berbutiran sama saiz/ berbutiran tidak sama saiz
3. Komposisi Mineral : Berdasarkan 10 jenis mineral lazim (rajah Bowen's)




Batuan Sedimen : Cirian Umum 
(Mengenal pasti batuan Sedimen)

1. Terdapatnya perlapisan/laminasi
2. berbutiran : pasir-lodak
3. Terdapatnya struktur sedimen
4. Jumpaan Fosil
5. Tindak balas dengan asid (HCl)
6. Jumpaan mineral sekunder

Batuan Metamorf 

1. Batuan Metamorf Rantau
2. Batuan Metamorf Sentuh
3. Batuan Metamorf Dinamik

Batuan Metamorf Rantau : Cirian Umum
-Berfoliasi
-Terdapat pengaturan mineral
-Wujud mineral baru/ Mineral Indeks
-Adanya lipatan/ canggaan
-Contoh : Sabak, Filit, Syis dan Gneiss



Batuan Metamorf Sentuh (Haba) : Hornfels, Marmar dan Kuarzit
1. Keras dan padat
2. Warna - marmar berwarna putih
3. Struktur sedimen berkemungkinan masih jelas
4. Terdapat mineral baru terbentuk

Batuan Metamorf Sentuh (Hidrotermal) - Larutan kimia aktif
Skarn : Berbutiran dan terdapat permineralan baru



Batuan Metamorf Dinamik

Breksia sesar
Terdapat klasta bersudut di dalam matriks / batuan berserpihan yang selalunya terdapat pada permukaan pergerakan satah sesar



Milonit
Batuan metamorf berbutiran halus, berlamina dan bersifat flin yang mengapungkan serpihan-serpihan bertuk kanta di dalamnya (canggaan rapuh-mulur)

Filonit
Batuan metamorf berbutiran halus, seakan-akan filit tetapi terhasil kesan daripada canggaan pada batuan yang bersifat mulur seperti syal/syis

Suevit
Seakan-akan Tuf dengan matriks kaca dan ditemui tidak jauh daripada tempat hentaman meteorit


No comments:

Post a Comment