PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PEMETAAN
GEOLOGI
"Seminar Geological Mapping for Industrial Minerals Exploration"
"Seminar Geological Mapping for Industrial Minerals Exploration"
Sepanjang
sesi ini, En. Amiruddin telah berkongsi serba sedikit mengenai latar belakang,
pengetahuan dan pengalamannya semasa belajar dan kerjayanya sebagai ahli
geologi yang sememangnya menarik dan membuka mata kami untuk melihat bidang dan
kerja ini dengan perspektif yang lebih luas.
Seminar ini telah memberi pendedahan kepada
kami untuk mengaplikasikan dan memanfaatkan teknologi sedia ada sebagai
persediaan kami untuk menghasilkan suatu kajian yang baik apabila melaksanakan kajian
tesis pada tahun akhir kelak.
Kami
telah ditunjukkan dengan beberapa kaedah memetakan kawasan, contoh-contoh
pemetaan suatu kawasan seperti PA Plan dan Peta Topo di mana En. Amir amat mengetengahkan konsep sempadan yang sangat penting
dalam pemetaan geologi.
Perisian ‘Google Earth’ :
En.
Amir telah membuka mata kami bahawa perisian google earth ini juga berguna dan
boleh dilakukan pelbagai kaedah dalam pemetaan jika dipelajari dengan lebih
mendalam aplikasinya dan dimanfaatkan sebaik mungkin.
Dengan menggunakan
perisian ini kita dapat mengenalpasti jenis taburan batuan sesuatu kawasan
dengan ‘overlay’ peta geologi pada kawasan sasaran di dalam perisian ‘Google
earth’. Kita juga dapat mengira keluasan dan isipadu sesuatu kawasan sasaran.
Selain itu, bentuk muka bumi, relief(ketinggian) dan lain-lain informasi yang
berguna juga boleh diperolehi menggunakan perisian canggih ini. Ianya percuma,
mudah, berguna dan sangat bermanfaat.
Selain
itu juga, kami digalakkan untuk meneroka dan mencuba lebih banyak teknologi-teknologi
dalam geologi selain daripada hanya menggunakan kaedah klasik dalam kajian. Hal
ini kerana kemahiran dalam penggunaan aplikasi seperti ini pasti memberi banyak
kelebihan dan manfaat kepada kami untuk membentangkan suatu projek/kajian dengan
baik.
Kami
sangat berbesar hati dan berbangga dengan kehadiran En. Amiruddin yang juga
bekas anak didik Geologi UKM kerana sudi meluangkan masa, berkongsi ilmu dan
kemahiran dengan kami ini yang mana masih mentah dalam ilmu geologi.
Alhamdulillah, semangat yang ditonjolkan dan ditiupkan En. Amir kepada kami
telah membangkitkan lagi semangat ingin tahu dan usaha kami dalam mendalami
ilmu geologi dengan lebih lagi. Ribuan terima kasih diucapkan.
*Diharap
di masa depan lebih ramai lagi Alumni dapat meluangkan masa untuk berkongsi
pengetahuan, pengalaman dan perkembangan dengan kami Mahasiswa/i di Geologi UKM J
No comments:
Post a Comment