Matlamat Kami Menjadi ‘Geologist’ yang Sejati & Berkualiti
#Be more than your
degree
#Have interest
beyond studies
.
Our steps toward achieving success
:
1. Menguasai pengetahuan-pengetahuan
asas Geologi (Basic yang kuat) :
.
Pengajian selama 3 tahun ini adalah
untuk faham setiap apa yang dipelajari. Pembelajaran melalui kuliah, amali dan
lapangan adalah untuk memberi kefahaman daripada teori kepada proses, mekanisme dan aplikasi hingga
kepada pengenalpastiannya di lapangan. Menguasai Basic : terutamanya
Pengenalpastian bahan dan struktur, Pemetaan Geologi & kemahiran yang
terlibat dalam kajian Geologi. Berani bertanya, membuat silap dan berusaha.
2. Kemahiran dalam Geologi : GeoSkills
.
Kemahiran Membuat cerapan (mengambil
data dan lakaran), teknik memetakan kawasan, menguasai kaedah/aplikasi, pengolahan dan penerangan serta
kemahiran menganalisis dan interpretasi. Juga mempelajari dan mengamalkan
keadah klasik dan moden seperti melakar dengan teliti ciri-ciri singkapan & membuat uji kaji. Memanfaatkan teknologi sedia ada seperti aplikasi ARC GIS, CorelDRAW, SURFER
10.0, Mod Flow Pro, Penggunaan “Satellite Image”, AP, Google Earth dan geology apps for fieldwork untuk menambah kualiti dalam persembahan kajian dan mungkin belajar menggunakan peralatan canggih
seperti 'PETREL E&P Software' bagi mendapat pengalaman menggunakan perisian ini.
"some people dream of success...while others wake up and work hard at it"
3. Usaha untuk meneroka dengan lebih
lagi
.
Tidak hanya bergantung kepada
nota-nota kuliah & ‘Google’ untuk mendapatkan maklumat dan pengetahuan. Belajar bukan kerana pointer, tetapi untuk mendapatkan ilmunya. Terdapat
banyak buku-buku ilmiah dalam bidang-bidang khusus, jurnal dan bulletin yang disediakan untuk dimanfaatkan
pelajar di perpustakaan dan bilik Sumber Geologi.
"kita dapat ijazah tetapi kita tidak dapat ilmunya"
Stephen R. Covey
Stephen R. Covey
4. Menimba Pengalaman
Gunakan kesempatan yang ada untuk
menimba pengetahuan dan pengalaman dengan para pensyarah dalam bidang kepakaran mereka. Kesempatan
semasa bekerjalapangan harus dimanfaatkan sebaik mungkin, untuk belajar, berfikir dan bekerja kerana peluang ini hanya sekali dan akan dipraktikkan di alam pekerjaan nanti
6. Aktif, amalkan geologi serta memberi
manfaat
Turut serta terlibat dengan program-program yang berkaitan
dengan geologi seperti menyertai Persidangan geosains, aktiviti-aktiviti
anjuran Persatuan Geologi Malaysia, LESTARI, WGM, JMG, AAPG dan Kelab Geologi serta menganjurkan
aktiviti geologi untuk menambahkan lagi semangat 'geologist' dalam diri setiap
mahasiswa.
A thrilling
experience. A culture of excellence
7. Kemahiran berkomunikasi
Softskills : “English & Thinking Capacity”. Industri
mensasarkan untuk merekrut pekerja yang berkebolehan dan berkemahiran.
Komunikasi sangat penting untuk dikembangkan kerana potensi seseorang itu
dilihat berdasarkan kebolehannya dalam melaksanakan sesuatu.
"Young
graduates put a value on themselves without having any experience to show
for"