Sunday, 20 October 2013

8th MALAYSIA GEOHERITAGE CONFERENCE
6th INDONESIA –MALAYSIA JOINT GEOHERITAGE CONFERENCE


Persidangan ini dianjurkan oleh LESTARI UKM, Kumpulan Warisan Geologi, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Universitas Pembangunan Nasional ‘Vateran’ dengan kerjasama Jabatan Warisan Negara dan juga Kerajaan Negeri Pahang Darul Makmur. Pada persidangan kali ini, ahli-ahli geologi daripada Malaysia dan Indonesia berusaha untuk mengetengahkan tapak-tapak warisan geologi penting yang dimiliki oleh Negara masing-masing dan berusaha untuk membangunkan tapak-tapak ini secara lestari. Pembangunan lestari dalam konteks ini melihat pembangunan yang mengambilkira pemuliharaan sumber tabii, pengenalan sumber sebagai tarikan pelancong khususnya sebagai geo dan ekopelancongan disamping memperkasakan ekonomi komuniti setempat dan membangunkan infrastruktur kawasan luar Bandar. Dengan itu amat bertepatan dengan tema persidangan pada kali ini iaitu “Geoheritage for Sustainable Regional Development” atau “Geowarisan untuk Pembangunan Lestari Wilayah”. 



Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan system semula jadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi. Salah satu kejayaan besar memartabat sumber warisan geologi mengikut acuan pembangunan lestari wilayah ialah dengan perwujudan Langkawi Geopark di Malaysia dan Batur Geopark di Pulau Bali, Indonesia. Dalam persidangan ini juga dialog berkenaan pemuliharaan warisan geologi khusus untuk negeri Pahang dan mudah-mudahan negeri Pahang yang sememangnya kaya dengan sumber geologi akan mempunyai satu Geopark tersendiri.


Nukilan : Kamilia Sharir 

No comments:

Post a Comment