GEOLOGI
EKONOMI
Geologi Ekonomi
adalah suatu bidang dalam Geologi yang mengkaji mineral-mineral yang mempunyai
manfaat ekonomi
Objektif Kursus :
- Mengetahui kejadian dan proses
pembentukan mineral-mineral ekonomi
- Mengenali dan menentukan jenis mineral-mineral
ekonomi
4 perkara penting dalam kajian
Geologi Ekonomi
- Mengenalpasti
jenis-jenis mineral ekonomi
- Memahami
kewujudan/kejadian/proses pembentukan mineral ekonomi
- Sekitaran
longgokan
- Pencirian
longgokan seperti jasad dan tekstur bijih
Definisi
Mineral :
Bersifat pepejal (Solid)
Kristal (Crystalline)
Bukan organik (Inorganic)
Bahan semulajadi (Naturally Occuring
material)
Penyusunan atom yang teratur (Ordered
Atomic arrangement)
Kandungan kimia yang tetap (Fixed
range of chemical composition)
Bukan bahan mudah terurai (Stable at
room temperature)
Definisi
‘Pemineralan’ merujuk kepada proses pembentukan mineral ekonomi (Bijih)
|
Malachite : Sumber logam tembaga |
# Mineral
Ekonomi :
Mineral-mineral
yang mempunyai manfaat ekonomi dan tidak boleh diperbaharui. Mineral ekonomi terbahagi
kepada dua iaitu Mineral Bijih dan Mineral Industri.
# Bijih adalah
suatu atau sekumpulan mineral yang mempunyai kandungan logam tertentu, dalam
jumlah melebihi paras normal dan mempunyai nilai ekonomi
# Mineral
bijih adalah mineral ekonomi yang memberikan hasil logam seperti bijih tembaga
(Cu), bijih besi (Fe), bijih timah (Sn), aluminium (Al) dan emas (Au).
# Mineral
Industri adalah mineral ekonomi yang digunakan secara menyeluruh untuk sesuatu
tujuan. Contoh seperti batu kapur, Granit,pasir, Barit dan Intan.
# Mineral Gangue adalah Mineral yang wujud bersama mineral bijih tetapi tiada kepentingan
ekonomi seperti Pirit dan kuarza.
Perlombongan
: Gred Bijih
Ditentukan
berdasarkan peratusan kandungan logam di dalam bijih
Gred
Penggalan : Merupakan kandungan minima logam di dalam bijih untuk dikerjakan
contoh :
Emas : > 2g/Ton
Bijih besi : > 50%
Bijih tembaga : >0.5%
Contoh-contoh Longgokan Bijih :
- Longgokan Ortomagama
- Longgokan Pegmatit
- Longgokan Skarn
- Longgokan Hidroterma
- Longgokan Tembaga Porfiri
- Longgokan VHMS
- Longgokan SEDEX
Longgokan Pegmatit :
- Terbentuk daripada magma baki felsik
- Magma kaya air dan logam
- Melibatkan Proses Pneumatolitik :
- Suhu melebihi 500’c
- Tekanan ~1200-1900 atm
- Kedalaman melebihi 11 kilometer
- Merupakan peringkat sebelum proses
hidroterma
- Sekitaran Pembentukan : di zon
subduksi dan zon rejahan Batolith
- Bentuk jasad longgokan adalah dalam
bentuk telerang
- Tekstur dan Mineralogi : terbahagi
kepada 2 jenis iaitu :
- Pegmatit Mudah dan Pegmatit kompleks
(berzon)
- Mineralogi Pegmatit : terdiri
daripada mineral Feldspar, turmalin, mica, beril,florit
- Mineral Bijih di dalam pegmatite
seperti : Uranium, Kasiterit (Sn) , tantalite (Ta), kolumbit (Nb) dan spodumen
(Lithium, Li)
- Perlombongan bijih daripada longgokan
pegmatit di :
- Rossing, Namibia : Uranium
- Bikita, Simbabwe : Li-Cs-Be (
Spodumen,beril dan petalit)
Longgokan Skarn :
# Longgokan skarn juga dikenali
sebagai longgokan Pirometasomatik
# Terbentuk pada sentuhan batuan
felsik rejahan dengan batuan dinding reaktif
Terdapat 2 son longgokan skarn iaitu
:
- Endoskarn : bahagian di dalam batuan
felsik rejahan
- Eksoskarn : bahagian pada batuan
dinding reaktif [berlaku pemineralan bijih : Oksida/sulfida]
Jenis batuan dinding reaktif dan
perubahan mineralogi skarn :
- Batu kapur : wujud mineral Garnet,
amfibol, piroksen dan wolastonit
- Syal : wujud mineral andalusit dan
sillimanit
- Dolomit : wujud mineral Olivine jenis
fosterit di dalam skarn
Mineral bijih di dalam skarn :
Mineral bijih yang dijumpai di dalam
skarn adalah tidak menentu. Sebagai contoh
seperti mineral Sheelit yang merupakan sumber (Tungsten)
Longgokan Hidroterma :
# Larutan hidroterma adalah larutan air
panas/ larutan asid fasa lewat.
# Contoh longgokan Hidroterma : VHMS
dan SEDEX (akan diperjelaskan di bawah)
#Pencirian dan pengelasan Longgokan
hidroterma berdasarkan :
- Perubahan batuan dinding
- Jasad pemineralan
- Tekstur bijih
- Maklumat bendalir terkepung
1. Perubahan batuan dinding.
Sentuhan larutan hidroterma dengan
batuan dinding akan menyebabkan perubahan mineralogi, tekstur dan kimia pada
batuan dinding. Walaubagaimanapun kadar
perubahan bergantung kepada suhu, tekanan dan kimia larutan hidroterma
tersebut. Perubahan yang berlaku pada batuan dinding dapat dilihat dengan
kewujudan mineral pirit pada batuan dinding.
Jasad pemineralan larutan hidroterma
boleh dalam bentuk telerang, stockwork, lod, stinger dan Paip
2. Tekstur longgokan Bijih Seperti :
Tekstur Ruang tebuka (pemendapan larutan hidroterma di dalam
rongga)
Jaluran (layered/banded)
Jaluran kerak
Struktur Sikat
Breksia
3. Maklumat bendalir terkepung :
# Berdasarkan kajian ke atas bendalir
yang terkepung di dalam mineral kuarza yang primer (tidak
termetamof) dapat ditentukan suhu, tekanan dan kimia bendalir bijih.
# Kegunaan maklumat bendalir terkepung (suhu
dan Kemasinan, salinity) adalah untuk tujuan pengelasan jenis-jenis longgokan
hidroterma.
Sebagai contoh, Longgokan VHMS
mempunyai suhu 250’C-350’C dan salinity <10 wt %.
Longgokan SEDEX :
- Sumber logam didalam bijih : zn-Pb-Ag
- Bijih seperti Galena dan Sfalerit
- Tekstur Bijih : berlapis/berlaminasi
- Bijih berGred tinggi (dalam kuantiti
yang banyak : >16% zn+Pb
- Batuan Perumah : Syal Hitam
berdolomit (lembangan sedimen)
- Perubahan batuan dinding secara
melebar
- Longgokan bijih terbentuk berhampiran
sesar utama
- Sesar sebagai ruang pengalir larutan
hidroterma
- Sekitaran longgokan : Sekitaran lembangan
Tepian
LONGGOKAN [VHMS] VOLCANIC HOSTED
MASSIVE SULPHIDE
- Longgokan sulfida masif bersekutu
dengan batuan volkanik
- Sekitaran dasar lautan (black smoke)
- Sumber Logam di dalam bijih : zn-Pb-Cu-Au-Ba
- Bijih : kalkopirit,sfalerit, galena,
barit,emas (kandungan 50-95% sulfida)
- Tekstur bijih : Sulfida Berlapis,
sulfida Masif tergred, telerang dan bijih stockwork
- Batuan perumah : Percampuran batuan
volkanik dan batuan sedimen (longgokan seusia dengan batuan perumah)
- Perubahan batuan dinding : Berlaku
Pengezonan
pada batuan dinding (perubahan pesat
pada bahagian Footwall)
- Perubahan batuan dinding (pengezonan)
: silica –> chlorite—> sericite
- Genesis daripada :
- Proses magma : Logam dan sulphur
daripada air magma
- Proses kitaran air laut : Sumber
Logam daripada Batuan (perumah) volkanik dan sulphur daripada air laut.